Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

[BIO T4] 10.2 Sistem Peredaran Manusia

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Sekumpulan penyelidik di Malaysia telah menghasilkan peranti myThrob. Apakah fungsi alat pintar tersebut?

a)

mengesan denyutan jantung tidak normal pada pesakit

b)

mengesan denyutan nadi yang tidak normal pada pesakit

c)

memantau aras gula dalam darah

d)

menghantar maklumat kandungan oksigen dalam darah

2.

Apakah fungsi arteri koronari?

a)

mengangkut darah beroksigen untuk tisu jantung

b)

mengangkut darah terdeoksigen dari tisu jantung

c)

mengangkut darah ke seluruh badan

d)

mengangkut darah terdeoksigen dari seluruh badan ke jantung

3.

Rajah menunjukkan injap pada jantung. Apakah yang akan berlaku kepada seseorang sekiranya injap bikuspid jantungnya tidak tertutup sepenuhnya ketika ventrikel mengendur?

a)

Darah akan mengalir balik ke atrium kiri

b)

Darah akan mengalir ke ventrikel kanan

c)

Darah akan mengalir ke aorta

d)

Darah akan mengalir balik ke atrium kanan

4.

Perfluorocarbon (PFC) merupakan sejenis larutan kimia yang berpotensi digunakan sebagai darah buatan. Apakah keupayaan PFC?

a)

Mempunyai keupayaan mengangkut oksigen dan karbon dioksida

b)

Mempunyai keupayaan membunuh patogen seperti sel darah putih

c)

Berupaya membekukan darah sekiranya berlaku kecederaan

d)

Berfungsi sebagai anti beku dalam darah

5.

Protein plasma merupakan salah satu komponen dalam plasma darah. Apakah protein plasma yang berfungsi dalam pembekuan darah?

a)

Fibrinogen

b)

Albumin

c)

Heparin

d)

Globulin

6.

Rajah menunjukkan eritrosit. Mengapakah eritrosit berbentuk dwicekung?

a)

Membolehkan JLP/I yang besar bagi pertukaran gas respirasi berlaku dengan cekap

b)

Supaya lebih banyak hemoglobin dapat dimuatkan didalamnya

c)

Supayamempunyai tempoh hayat dengan lebih lama

d)

Untuk mencegah pembekuan darah

7.

Rajah menunjukkan eosinofil, sejenis leukosit. Apakah fungsi eosinofil?

a)

Membebaskan enzim yang melawan keradangan dalam tindak balas alergi

b)

Menelan sel bakteria dan tisu mati secara fagositosis

c)

Mengandungi heparin yang mencegah pembekuan darah

d)

Menghasilkan antitoksin terhadap toksin yang dihasilkan oleh bakteria atau virus

8.

Leukosit terbahagi kepada dua jenis iaitu granulosit dan agranulosit. Pilih leukosit dari jenis granulosit. (Pilih 3)

a)

Neutofil

b)

Eosinofil

c)

Basofil

d)

Limfosit

9.

Rajah menunjukkan aorta, iaitu arteri utama yang meninggalkan jantung. Mengapa dinding arteri bersifat kenyal? (Pilih 2)

a)

Mengembang apabila menerima darah yang keluar dari jantung

b)

Menghalan arteri daripada pecah akibat darah bertekanan tinggi yang mengalir melaluinya

c)

Membenarkan pertukaran gas berlaku

d)

Membenarkan aliran darah menjadi sehala

10.

Rajah menunjukkan keratan rentas jantung. Mengapa ventrikel kiri mempunyai dinding berotot yang lebih tebal berbanding ventrikel kanan?

a)

Mengecut dengan lebih kuat untuk menjana tekanan yang lebih besar untuk mengepam darah keluar dari aorta ke seluruh badan

b)

Memisahkan bahagian jantung kiri daripada bahagian jantung kanan

c)

Memastikan darah beroksigen tidak bercampur dengan darah terdeoksigen

d)

Memastikan pengaliran darah adalah sehala