WorksheetsKata ganda separa Tahun 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Apakah maksud kata ganda separa
A. beberapa perkataan yang dirangkaikan dan membawa maksud baharu
B. proses penggandaan sebahagian kata dasar.
C. kata dasar yang telah menerima imbuhan
2. Beberapa ekor ______ berterbangan di tepi tasik yang jernih itu.
A. sesumpah
B. pepatung
C. jejentik
D. kekupu
3. Puan Nora meletakkan pasu yang dihadiahkan oleh sahabatnya di ______ rumah.
A. pepenjuru
B. kekuda
C. pepara
D. kekisi
4. Pak Daud mencantas ______ pokok yang sudah mati.
A. tetulang
B. pepohon
C. reranting
D. dedaun
5. Ibu memotong _______ ikan itu kepada empat bahagian supaya mudah dimakan.
A. cecair
B. dedalu
C. dedaun
D. bebola
6. Saya kagum melihat _____ milik peserta dari Kelantan yang kreatif dan dapat terbang tinggi itu.
A. kekuda
B. lelangit
C. lelayang
D. tetikus
7. Walaupun sudah _______ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.
A. berkali-kali
B. berkobar-kobar
C. berpeluh-peluh
D. beringat-ingat
8. Jason ____ untuk mengambil kunci rumah yang terletak di atas rak yang tinggi itu
A. terkekeh-kekeh
B. terumbang-ambing
C. terjengket-jengket
D. terkinja-kinja
9. Pak Kasim menjual _____ pisang nipah kepada pengusaha kerepek yang berasal dari Johor itu.
A. berlapis-lapis
B. berbilah-bilah
c. berbatang-batang
D. bertandan-tandan
10. Budak itu menangis ____________ kerana dimarahi oleh ibunya.
A. tersipu-sipu
B. teresak-esak
C. terbahak-bahak
D. terkebil-kebil
11. Ali berangkat ___________ ke sekolah sehingga tertinggal bekal makanannya.
A. terkedek-kedek
B. terkial-kial
C. tergesa-gesa
D. terngiang-ngiang
12. Kita hendaklah ____________semasa melakukan sesuatu kerja.
A. tolak-menolak
B. bantu-membantu
C. tegur-menegur
D. berbaik-baik
13. Apakah maksud kata ganda penuh?
A. kesemua kata dasar diulang tanpa perubahan dan diletakkan tanda sempang (-)
B. proses merangkaikan dua kata dasar yang membawa makna tertentu
C. kata dasar yang menerima imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan
14. Antara berikut, manakah kata ganda penuh yang tepat?
A. kuih-muih
B. buku-buku
C. tergesa-gesa
D. sesiku
15. Antara jawapan berikut adalah kata ganda penuh yang betul kecuali.
A. jalan-jalan
B. cantik-cantik
C. lari-lari
D. lintang-pukang
16. Ramai yang mengetahui bahawa __________tidak baik untuk.
A. pedas-pedas
B. gula-gula
C.paru-paru
D. guli-guli
17. Nenek menyediakan makanan yang _______ setiap kali kami pulang ke kampung.
A. cantik-cantik
B. lauk-pauk
C. enak-enak
D. penuh-penuh
Petani itu meletakkan __________ di sawahnya untuk menakut-nakutkan burung.
A. bunga-bunga
B. kayu-kayu
C. para-para
D. orang-orang
19. Kita perlu berfikir _________ sebelum membuat sebarang keputusan.
A. masak-masak
B. tajam-tajam
C. penuh-penuh
D. tebal-tebal
20. Adik makan asikrim secara ________ kerana takut dimarahi oleh ibu.
A. sembunyi-sembunyi
B. sekat-sekat
C. gelap-gelap
D. jauh-jauh
