WorksheetsKarangan - Tema Sains dan Teknologi Pemacu Kemodenan
Total questions: 10
Worksheet time: 22mins
Yang manakah berikut ialah isi-isi untuk karangan yang bertajuk "Kepentingan-Kepentingan Kemajuan Bidang Sains dan Teknologi"? (Pilih 3 jawapan yang paling tepat)
peningkatan kualiti kehidupan rakyat
meningkatkan dan mengharumkan nama sesebuah negara
rakyat terpengaruh oleh budaya Barat yang bertentangan dengan budaya tempatan
perkembangan sektor perindustrian dangan peningkatan produktiviti sesebuah kilang
Apakah kesan-kesan negatif penggunaan telefon pintar tanpa kawalan kepada sesebuah masyarakat? (pilih 3 jawapan yang paling tepat)
senang untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini
kesihatan terjejas terutamanya kesihatan yang berkaitan dengan penglihatan
menjejaskan keputusan akademik kerana tidak sanggup berkorban masa untuk mengulang kaji pelajaran
hubungan dengan orang sekeliling terutamanya ahli keluarga terjejas disebabkan oleh kekurangan komunikasi
Apakah kesan-kesan positif perkembangan bidang sains dan teknologi? (pilih 3 jawapan yang paling tepat)
peningkatan sektor perindustrian sesebuah negara
peningkatan kes-kes pencemaran alam sekitar sesuatu kawasan
peningkatan sektor perubatan supaya rakyat mampu mendapatkan rawatan yang terkini
peningkatan bidang pendidikan supaya pelbagai kaedah pengajaran yang lebih menarik dapat digunakan
Lengkapkan ayat berikut dengan satu Kata Bantu Aspek yang sesuai.
"Pameran sains, teknologi dan inovasi yang terbesar di Malaysia (a) diadakan di Planetarium Negara selama seminggu bermula pada hari ini."
Lengkapkan ayat berikut dengan satu Kata Sendi Nama yang sesuai.
"Jabatan Perhutanan menggunakan kelengkapan rakaman yang terdapat (a) dron untuk memantau aktiviti kawasan hutan dengan lebih berkesan."
Pilih 3 ayat yang tidak menggunakan penanda wacana gramatis.
Hal ini demikian kerana kaedah tanaman hidroponik dapat menyelesaikan masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian.
Kemajuan bidang sains dan teknologi mempercepat seseorang untuk menghubungi ahli keluarganya contohnya "video call" melalui Whatsapp dan Wechat.
Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui akan mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida ke atmosfera.
Pada masa kini, perkembangan bidang sains dan teknologi amat penting untuk sesebuah negara.
Pastikan sama ada ayat di bawah ini mengandungi kesalahan tatabahasa. Jika ada, pilih A, B atau C. Pilih D, jika ayat itu tiada kesalahan tatabahasa.
"Pelbagai bahan-bahan (A) terbuang boleh digunakan (B) untuk menghasilkan pelbagai ciptaan (C) yang bersifat mesra alam. Tiada kesalahan (D)."
Jawapan: (a)
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat di bawah:
"Sains dan teknologi memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemajuan dalam bidang perindustrian di negara ini.".
Peningkatan sains dan teknologi dalam bidang perindustrian penting untuk dimajukan di negara ini.
Untuk meningkatkan kemajuan dalam bidang perindustrian di negara ini, peranan sains dan teknologi penting.
Bidang perindustrian yang sudah maju memainkan peranan untuk meningkatkan bidang sains dan teknologi.
Kemajuan dalam bidang perindustrian di negara ini penting untuk ditingkatkan setelah sains dan teknologi memainkan peranan.
Pilih 3 ayat yang mengandungi kesalahan tatabahasa.
Internet adalah rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini.
Internet mendatangkan kepada masyarakat tanpa mengira umur.
Internet memudahkan urusan seharian manusia seperti pembayaran bil, pembelian barangan, permohonan pekerjaan dan sebagainya.
Pelbagai isu semasa di dunia dapat ditelaah oleh kita melalui Internet.
Ayat di bawah mengandungi SATU kesalahan ejaan. Tulis ejaan yang betul dan tidak perlu menyalin ayat itu semula.
"Sektor perindustrian merupakan salah satu factor penyebab berlakunya pencemaran udara."
Jawapan: (a)
