WorksheetsPemahaman
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Fitri mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. ___________ berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Dia
Beliau
Kamu
Baginda
Sungai di belakang rumah saya __________ akibat kemarau.
calar-balar
kering-kontang
bengkak-bengkok
comot-momot
Kapal terbang yang dinaiki oleh Encik Lee telah selamat __________ di Lapangan Terbang Bayan Lepas.
mendarat
berlepas
berlabuh
belayar
Pengerusi majlis sedang __________ nama pemenang bagi pertandingan deklamasi sajak di atas pentas.
memberitahu
menyampaikan
mengumumkan
menghebohkan
Beberapa ekor burung kenari terbang di langit sambil __________.
bernyanyi
berbunyi
berkokok
berkicau
Pemandangan sawah padi yang berhampiran dengan bukit itu indah ___________.
terlalu
agak
nian
paling
Pengalaman pahit itu __________ segar dalam ingatannya walaupun perkara tersebut telah berlaku lapan tahun yang lalu.
telah
belum
masih
pernah
Sumbangan yang diberikan itu _________ untuk menampung kos pembedahan kanak-kanak itu.
juga
tidak
ialah
adalah
Jian Yi meletakkan sebuah kotak yang berisi buku di ________ biliknya.
sudut
celah
belakang
sisi
Pengemis itu memakai baju yang ____________ kerana tidak mempunyai wang.
compang-camping
kusut-masai
kopak-kapik
coreng-moreng
Abang kelihatan gelisah bagai ___________ ketika menunggu keputusan pertandingan diumumkan.
kera mendapat bunga
itik pulang petang
cacing kepanasan
bersatu teguh, bercerai roboh
Puan Lee rindu _________ anaknya yang sudah lama tidak pulang ke kampung.
untuk
sejak
akan
tentang
Arjan makan beberapa _________ cempedak yang dibeli oleh bapa di gerai itu.
biji
ulas
tandan
pangsa
__________ kambing sedang meragut rumput di padang yang berdekatan.
Sekawan
Sepasukan
Seangkatan
Sekumpulan
__________ telinga Shalini rosak kerana sering mendengar muzik yang kuat.
Jejari
Kekisi
Gegendang
Lelangit
Pendapat yang diberi oleh Jia Xin sungguh __________ dan mendapat pujian daripada semua pihak.
cetek
dalam
tajam
bernas
Cikgu Nora menyuruh murid-murid menyerahkan borang kebenaran itu kepada ibu bapa _____________.
belaka
segelintir
masing-masing
tiap-tiap
Semua murid menghantar kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Tee __________ Belle.
kecuali
kerana
hingga
jika
Wartawan itu sempat mengadakan sesi ___________ dengan atlet lumba basikal Malaysia.
uji kaji
temu duga
temu ramah
soal selidik
"____________ kalian menerima keputusan peperiksaan ini dengan hati yang tenang," kata Cikgu Hasni kepada murid-murid.
Harap
Tolong
Usah
Minta
