wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu

Total questions: 10

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

------------------------ Puan Zunita diragut ketika dia menunggu bas.

a)

Barang kemas

b)

Barang antik

c)

Alat kemas

d)

Barang emas

2.

Kita hendaklah mengingati kebaikan seseorang. Janganlah kita menjadi seperti ---------------------- .

a)

serampang dua mata

b)

kacang lupakan kulit

c)

melukut di tepi gantang

d)

bersatu teguh bercerai roboh

3.

Buah mangga muda rasanya agak ----------------------- dan sesuai dijadikan jeruk.

a)

manis

b)

masam

c)

pahit

d)

kelat

4.

Sikap majikan itu yang -------------- membuatkan banyak pekerjanya tidak berpuas hati.

a)

pilih kasih

b)

kepala batu

c)

kepala angin

d)

tangan terbuka

5.

Puteri Tanjung: Beta akan ------------ ke Istana Kayangan.

Bendahara: Patik akan siapkan para hulubalang untuk mengiringi tuan puteri.

a)

beradu

b)

gering

c)

bersantap

d)

berangkat

6.

Kanak-kanak cacat pendengaran itu berinteraksi dengan menggunakan bahasa isyarat.


Pilih perkataan sinonim bagi berinteraksi.

a)

bersatu hati

b)

berbual-bual

c)

berhibur

d)

bermain

7.

Haikal gagap apabila ditanyakan soalan oleh Perdana Menteri kerana terkejut.


Pilih perkataan antonim bagi gagap.

a)

kelu

b)

keji

c)

jinak

d)

fasih

8.

Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Azlan mengaduh kesakitan setelah kepalanya terhantuk tiang.

a)

"Amboi, kerasnya tiang ini!" kata Azlan.

b)

Azlan menyatakan kepalanya sakit.

c)

"Aduh, sakitnya kepalaku!" kata Azlan.

d)

"Cis, celaka sungguh tiang ini!" kata Azlan.

9.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Latifah berpakaian kemas kerana hendak menghadiri temu duga.

a)

Mengapakah Latifah berpakaian kemas?

b)

Siapakah berpakaian kemas?

c)

Latifah hendak pergi ke mana?

d)

Latifah tinggal di mana?

10.

Pilih ayat yang betul.

a)

Baju baru berwarna merah hati itu dihadiahi ayah.

b)

Puan Jamilah menghidangkan goreng pisang kepada tetamunya dari Pahang.

c)

Aini mendapat tiket penerbangan percuma pergi ke Korea.

d)

Suraya tidak pernah pulang ke kampung sejak kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia.