WorksheetsPENILAIAN: PENGHAYATAN CARA HIDUP ISLAM ( IBADAH)
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Bagaimanakah untuk kita memastikan sesuatu perbuatan itu ialah ibadah.
Melakukan perbuatan dengan tujuan yang baik.
Melakukan sesuatu perbuatan dengan bersungguh-sungguh.
Melakukan perbuatan dengan tujuan yang baik kerana Allah S.W.T.
Melakukan perbuatan secara sukarela tanpa dipaksa.
Pengertian menunaikan solat fardu secara berjemaah ialah:
menunaikan solat secara bersebelahan
menunaikan solat secara berdua atau lebih dalam waktu dan tempat yang sama.
menunaikan solat secara berasingan pada tempat yang sama.
menunaikan solat di masjid.
Seseorang yang alim dapat mengimamkan orang lain semazhab dengan niat yang sama, berdasarkan waktu dan tempat yang sama. Berikut ialah
Syarat solat di masjid
Syarat solat sunat
Syarat mendapat pahala
Syarat solat berjemaah
Berikut merupakan hikmah (kesan baik) bagi orang yang menunaikan solat fardu secara berjemaah kecuali:
Dikasihi dan dihormati masyarakat
Tidak disukai kawan
Mengukuhkan perpaduan sesama muslim
Mendapat 27 kali ganda ganjaran pahala
Sila pilih tempat yang boleh digunakan untuk menunaikan solat fardu:
I. sekolah
II. Rumah
III. Masjid / Surau
Iv. Tandas
I, II, III
I, II,IV
II,III, IV
i, III, IV
Yang manakah antara berikut merupakan rukun qauli dalam solat ?
Niat
Takbiratul Ihram
Sujud
Membaca Al-fatihah
Berapakah solat fardu yang wajib ditunaikan sehari semalam?
4
3
5
2
Apakah tujuan menunaikan solat?
Mendapat pujian darpada manusia.
Mendapat kemewahan hidup
Berserah diri kepada Allah Taala dan mengaku diri sebagai hambanya.
Menghindari leteran ibu
Berapakah bilangan tahiyat awal yang dilakukan dalam solat fardu sehari semalam?
4 Kali
5 kali
3 Kali
6 Kali
Berikut merupakan solat sunat yang boleh dilakukan pada setiap hari, KECUALI
Solat sunat witir
Solat sunat dhuha
Solat sunat tarawih
Solat sunat hajat
Solat Ali batal kerana dia tertelan sisa makanan yang terdapat di dalam mulutnya ketika solat.
Betul
Salah
Solat sunat ........... dilakukan sebaik sahaja masuk kedalam masjid.
Hajat
Rawatib
Witir
Tahiyatul Masjid
Wuduk Adam batal kerana terpijak tahi ayam.
Betul
Salah
Puasa bermaksud menahan diri dari ................ dan ................. serta perkara -perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar Sadiq hingga terbenam matahari dan mengikut syarat tertentu.
mandi dan tidur
membuang air kecil & air besar
lapar & dahaga
belajar & bermain
Pilih tanda-tanda orang yang dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.
I. Sibuk mengumpat orang lain
II. Menunaikan solat fardu 5 waktu
III. Tidak membazir
IV. Bersabar dan sentiasa tenang
I, II, III
I, III, IV
I,II, Iv
II, III, IV
Apakah tanda-tanda orang yang tidak menjalani ibadah puasa dengan sempurna?
I. Sibuk bercerita perihal makanan
II. Meninggalkan solat fardu 5 waktu
III. Melakukan perkara sia-sia
IV. Berbudi pekerti mulia
I, II, III
I, II, IV
I, III, IV
II,III, iv
Berikut merupakan sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu menyucikan dirinya dari hadas besar, KECUALI
Haid
Nifas
Membuang air besar
Jimak
Tujuan menyucikan diri dari hadas besar adalah untuk kekal sihat, cerdas serta menghindari wabak penyakit.
Betul
Salah
Sewaktu berhadas besar, kita dilarang melakukan ibadah:
I. tawaf
II. solat
III. puasa
Iv. zikir
I, II dan III
I,II dan IV
I, III dan Iv
II, III dan Iv
Berikut merupakan rukun mandi wajib, KECUALI
Niat
Menyiram air dibahagian anggota wuduk sahaja
Meratakan air keseluruh badan
Apakah hukum solat Jamak dan qasar bagi orang yang bermusafir?
Wajib
Harus
Sunat
Makruh
Mengapah solat jamak dan qasar disyariatkan dalam islam ?
Supaya orang merasa gembira pergi bermusafir
Supaya masjid tidak terlalu penuh
Untuk memudahkan musafir menunaikan kewajipan solat.
Apakah syarat diharuskan solat qasar dan jamak .
I. Bermusafir dengan tujuan yang baik.
II. Bermusafir ke pusat peranginan sejauh 40km.
III. Jarak perjalanan musafir tidak kurang 2 marhalah.
IV. Bermusafir dengan menaiki kereta.
I dan II
I dan III
II dan III
I dan IV
2 marhalah bersamaan dengan ................ .
20 km
40 km
60 km
90 km
Hafiz telah bermusafir ke rumah saudaranya yang berjarak 60km dari rumahnya, kemudian dia menunaikan solat qasar dan jamak. Sah atau tidak solat yang dilakukannya??
Sah
Tidak sah
