wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tatabahasa Kali 1

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

________ ialah pakaian tradisional bagi masyarakat India.

a)

Sari

b)

Ceongsam

c)

Samfu

d)

Baju kurung

2.

Encik Hasan membawa keretanya yang rosak itu ke ______ untuk dibaiki.

a)

klinik

b)

gerai

c)

bengkel

d)

makmal

3.

Encik Lim menunggang motosikal ________ ke pejabatnya setiap hari.

a)

Toshiba

b)

Yamaha

c)

Parker

d)

Canon

4.

Penyanyi itu menyanyi sambil _________ gitar.

a)

memukul

b)

menggesek

c)

meniup

d)

memetik

5.

______ merupakan pahlawan negeri Melaka yang terkenal.

a)

Dr. Mahathir Mohamad

b)

Si Luncai

c)

Hang Tuah

d)

Pak Belang

6.

Kami singgah di _________ untuk menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan.

a)

Stadium Negara

b)

Menara Condong

c)

Klinik Permai Jaya

d)

Restoran Bambu

7.

Saya dan Fatimah tinggal di taman yang sama. ________ pergi ke sekolah bersama-sama dengan bas.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Mereka

d)

Saya

8.

" ________ akan menjunjung segala titah tuanku," sembah Laksamana Hang Tuah.

a)

Beta

b)

Hamba

c)

Patik

d)

Baginda

9.

Encik Saravanan ialah jiran saya. ________ ialah seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

a)

Beliau

b)

Baginda

c)

Mereka

d)

Beta

10.

Kamu boleh membeli buku ini di ________ kedai buku Popular di Malaysia.

a)

bila-bila

b)

apa-apa

c)

siapa-siapa

d)

mana-mana

11.

"Sila duduk dahulu, ________. Kakak saya akan pulang sebentar lagi," kata Rokiah kepada perempuan itu.

a)

cik

b)

tuan

c)

encik

d)

saudara

12.

" ________ hendak berangkat sekarang," titah Sultan Iskandar.

a)

Patik

b)

Beta

c)

Hamba

d)

Baginda

13.

Sofea berehat di bawah pokok sambil _______ udara yang segar.

a)

menelan

b)

meneguk

c)

merasa

d)

menghirup

14.

Abang berpakaian kemas semasa _________ temu duga di sebuah syarikat antarabangsa.

a)

menduduki

b)

menemui

c)

menghadiri

d)

menjumpai

15.

Pak Cik Yusof _________ kedatangan saudara-mara dengan tangan terbuka.

a)

menyambut

b)

mengajak

c)

menjemput

d)

menghalau

16.

Datuk ________ buah durian yang gugur di dusun.

a)

mengetip

b)

mengusik

c)

mengutip

d)

mengetuk

17.

Intan membantu ibunya _________ langsir yang baharu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

a)

menyidai

b)

memasang

c)

meletak

d)

menjemur

18.

Angin yang bertiup _________ telah menumbangkan sebuah khemah di padang sekolah itu.

a)

rendang

b)

kentang

c)

kenyang

d)

kencang

19.

Datuk menjolok buah rambutan dengan sebatang galah yang _______.

a)

tinggi

b)

panjang

c)

pendek

d)

tebal

20.

Ibu memasukkan biskut ke dalam bekas supaya tidak ______.

a)

hanyir

b)

lemau

c)

garing

d)

hapak