NEW
Font size
WorksheetsMATEMATIK PENGGUNA : SIMPANAN & PELABURAN, KREDIT & HUTANG
Total questions: 15
Worksheet time: 1hrs 15mins
Antara berikut, yang manakah merupakan simpanan?
Hartanah
Saham
Amanah saham
Akaun simpanan tetap
Puan Lau ingin mendapat pulangan tinggi daripada pelaburan yang berisiko tinggi. Antara berikut, yang manakah sesuai bagi Puan Lau?
Hartanah
Amanah saham
Saham
Emas
Faizal menyimpan RM 8 000 dalam akaun simpanan tetap untuk tempoh setengah tahun. Kadar faedah yang ditawarkan ialah 3.3% setahun. Hitung faedah yang diterima oleh Faizal.
RM 123
RM 132
RM 257
RM 264
Antara berikut, yang manakah BUKAN tujuan simpanan dilakukan?
pendapatan tambahan
kegunaan membeli belah
kegunaan masa hadapan
kegunaan masa kecemasan
Encik Amzar ialah seorang peniaga. Dia membuat bayaran melalui cek dan kemudahan overdraf kepada pembekal. Antara berikut, yang manakah jenis akaun yang sesuai untuk Encik Amzar?
Akaun semasa
Akaun simpanan
Akaun simpanan tetap
Akaun simpanan tidak tetap
Encik Wong menyimpan sebanyak RM 30 000 di sebuah bank. Berapakah jumlah simpanan Encik Wong selepas 5 tahun jika kadar faedah yang diberikan ialah 4.2% setahun?
RM 6 300
RM 36 300
RM 46 300
RM 63 300
Puan Lim menyimpan sebanyak RM 150 kedalam akaun simpanannya yang memberi kadar 4% setahun dan dikompaun setiap bulan. Berapakah jumlah wang simpanannya pada akhir tahun keempat?
RM 156.11
RM 162.40
RM 169.09
RM 175.98
Hadri melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 3 000 unit yang bernilai RM 1.80 seunit pada 1 Januari 2019. Berapakah dividen Hadri pada 1 Januari 2020 jika ASB membayar dividen sebanyak 5.5%?
RM 243
RM 297
RM 423
RM 729
Encik Adrian telah meminjam dari Bank Perpaduan sebanyak RM 18 000 untuk kegunaan peribadi. Beliau akan membayar balik dalam tempoh 6 tahun dengan ansuran bulanan sebanyak RM 310. Berapakah faedah setahun yang dikenakan oleh pihak bank?
3.5%
4%
4.5%
5%
Cik Haryati meminjam dari Bank MNO sebanyak RMx dengan kadar faedah 4% setahun. Tempoh bayaran balik adalah selama 8 tahun. Jika ansuran bulanan yang dibayar ialah RM 275, berapakah jumlah wang yang dipinjam oleh Cik Haryati.
RM 15 000
RM 18 000
RM 20 000
RM 25 000
Puan Zakiah membeli sebuah rumah dengan harga RM 380 000 secara tunai. Dia menjual rumah itu dengan harga RM 620 000 selepas 5 tahun. Jumlah caj yang terlibat dalam urusan jual beli ialah RM 42 000. Hitung nilai pulangan pelaburan Puan Zakiah.
49.5%
52.1%
56.9%
74.2%
Harith membeli sebuah periuk berharga RM 400 dengan menggunakan kad kredit. Dia tidak membuat bayaran balik dalam tempoh tanpa faedah. Bank P mengenakan caj kewangan 18% setahun ke atas baki belum jelas untuk 36 hari dan caj bayaran lewat 1% daripada baki belum jelas atau minimum RM 10. Andaikan Harith tidak menggunakan kad kredit sebelum dan selepas pembelian periuk itu. Hitung jumlah baki tertunggak dalam penyata kad kredit pada bulan depan.
RM 407.10
RM 417.10
RM 470.15
RM 487.15
Iskandar melabur RM 9 030 dalam saham H dengan kos purata seunit saham ialah RM 2.15. Hitung jumlah unit saham H yang dimiliki oleh Iskandar.
4 000
4 100
4 150
4 200
Lily menggunakan RM 6 000 untuk membeli syer syarikat Q. Selepas setahun, dia menjual syer dan mendapat RM 6 600. Dalam tempoh memegang syer tersebut, dia telah memperoleh dividen sebanyak RM 120. Hitung nilai pulangan pelaburan Lily.
8%
10%
11%
12%
Lisa membuat pinjaman peribadi sebanyak RM 30 000dari sebuah bank dengan kadar faedah sama rata 6.5% setahun selama 5 tahun. Hitung jumlah bayaran balik Lisa.
RM 37 900
RM 38 790
RM 39 750
RM 40 150
