wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun 2021

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut yang manakah merupakan peralatan perlindungan untuk badan

a)

Gogal

b)

Sarung tangan

c)

Topeng muka

d)

Baju makmal

2.

Antara yang berikut, yang manakah fungsi kebuk wasap

a)

Perlindungan terhadap wasap toksik dan wap

b)

Tempat menyimpan bahan kimia

c)

Tempat menyimpan radas kaca yang mahal

d)

Perlindungan terhadap haba tinggi

3.

Antara yang berikut yang manakah digunakan untuk menyekat tumpahan merkuri

a)

Pasir

b)

Air

c)

Garam

d)

Serbuk sulfur

4.

Antara yang berikut yang manakah kebakaran Kelas api C

a)

Logam

b)

Gas

c)

Bahan pepejal

d)

Bahan mudah terbakar

5.

Apakah jenis pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan jenis logam

a)

Air

b)

Buih

c)

Serbuk kering

d)

Karbon dioksida

6.

Antara yang berikut , yang manakah tidak sesuai menggunakan alat kebakaran jenis ini

a)

Pepejal mudah terbakar seperti kertas dan kayu

b)

Api memasak melibatkan minyak dan gris

c)

Cecair mudah terbakar seperti petroleum

d)

Api melibatkan peralatan elektrik

7.

Antara peralatan berikut yang manakah digunakan untuk melindungi mata semasa menjalankan eksperimen

a)

cermin mata

b)

gogal

c)

kacamata hitam

d)

kanta lekap

8.

Antara yang berikut, peralatan manakah sesuai digunakan jika murid terkena bahan kimia pada kulit atau mata

a)

Pembilas mata

b)

Gogal

c)

Kebuk wasap

d)

Baju makmal

9.

Pernyataan di bawah merujuk kepada bahan sisa buangan X

Cara pelupusan

. Dibungkus dan dimasukkan ke dalam bag plastik biobahaya

. Perlu dinyahkontaminasi secara autoklaf


Apakah bahan X

a)

Bahan buangan organ

b)

Bahan buangan pepejal

c)

Bahan buangan biologi

d)

Bahan buangan cecair

10.

Berikut adalah satu pernyataan

Bahan buangan kimia merupakan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki

Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas

a)

Bahan buangan kimia akan menyebabkan pencemaran air

b)

Bahan buang kimia akan meletup

c)

Bahan buang kimia akan menyerap dalam tanah

d)

Bahan buang kimia akan bertindakbalas dengan bahan-bahan lain

11.

Apakah nombor talian kecemasan di Malaysia?

a)

991

b)

999

c)

191

d)

111

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan CPR?

a)

Cardiopulmunary resuscitation

b)

Cardiopulmunary rescue

c)

Cardiopulmunaryt respond

d)

Cardiopulmunary recharged

13.

CPR melibatkan gabungan teknik...

a)

hembusan ke dalam hidung

b)

tekanan di bahagian dada

c)

hembusan ke dalam mulut

d)

menepuk bahu

14.

Situasi manakah yang memerlukan CPR?

a)

Jika seseorang individu tidak bernafas

b)

Jika seseorang individu tiada degupan jantung atau nadi

c)

Jika seseorang tercekik semasa makan

d)

Jika seseorang individu tidak memberikan respons terhadap ransangan

15.

Apakah kepentingan hembusan mulut ke mulut?

a)

Menghasilkan peredaran darah secara buatan dalam badan mangsa.

b)

Mangsa dapat menerima udara beroksigen ke dalam peparunya.

c)

Oksigen dapat diangkut ke seluruh badan mangsa.

d)

Dapat mengelakkan kerosakan otak mangsa.

16.

Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu yang ...

a)

lemas

b)

terkena renjatan elektrik

c)

pengsan

d)

tercekik

17.

Apakah ciri-ciri individu yang memerlukan bantuan dengan menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre?

a)

Memegang leher dengan kedua-dua tangan

b)

Tidak boleh bercakap atau batuk

c)

Sukar bernafas

d)

Kulit, bibir dan kuku kelihatan kebiruan dan kehitaman

18.

Apakah kepentingan Heimlich Manoeuvre?

a)

Membenarkan oksigen disedut masuk ke dalam peparu.

b)

Membenarkan makanan masuk ke dalam perut.

c)

Menyebabkan mangsa memuntahkan semua makanan.

d)

Menyebabkan seseorang merasa kenyang.

19.

I: Kelilingkan tangan dari belakang mangsa dan genggamkan tangan kanan.

II: Letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dengan bawah rusuk mangsa. Letakkan tangan kiri di atas tangan kanan yang digenggam.

III: Tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan cepat.

IV: Berdiri di belakang mangsa dan bongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan.


Yang manakah merupakan urutan yang betul semasa melakukan bantuan kaedah Heimlich Manoeuvre?

a)

I, II, III, IV

b)

II, III, IV, I

c)

III, IV, I, II

d)

IV, I, II, III

20.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda berseorangan semasa tercekik?

a)

Meletakkan tangan di antara pusat dengan bawah rusuk.

b)

Menepuk atau memukul dada dengan kuat.

c)

Membongkokkan badan.

d)

Membongkok dan menolak badan kepada objek separas pinggang.

21.

Berapakah suhu badan normal manusia?

a)

35.9 'c

b)

36.9 'c

c)

37.9 'c

d)

38.9 'c

22.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal?

a)

Makan makanan pedas

b)

Keletihan

c)

Jangkitan bakteria

d)

Tidak cukup tidur

23.

Suhu badan juga boleh kurang daripada normal. Apakah masalah yang boleh disebabkan oleh suhu badan yang kurang?

a)

Badan berpeluh dengan banyak

b)

Maut

c)

Bibir kering dan kebiruan

d)

Kurang selera makan

24.

Apakah unit yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?

a)

milimeter merkuri

b)

meter merkuri

c)

kilometer merkuri

d)

nanometer merkuri

25.

Dalam bacaan tekanan darah, nombor atas menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah semasa otot jantung mengecut. Apakah nombor ini?

a)

Sistolik

b)

Diastolik

c)

Sistertolik

d)

Duostalik

26.

Rajah di bawah menunjukkan satu jenis termometer

a)

Termometer klinik

b)

Termometer makmal

c)

Termometer rektal

d)

Termometer inframerah

27.

Antara berikut yang manakah kegunaan alat ini?

a)

Menghasilkan imej organ dalam badan

b)

Mengukur suhu pada jarak jauh

c)

Digunakan semasa sesak nafas

d)

Mengukur tekanan darah

28.

Antara berikut, individu yang manakah mempunyai kadar denyutan nadi yang paling rendah?

a)
b)
c)
d)
29.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?

a)

Termometer

b)

Stetoskop

c)

Sfigmomanometer

d)

Sonografmeter

30.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara mengawal berat badan?

a)

Makan sehingga betul-betul kenyang

b)

Mengambil pemakanan yang sihat dengan mengamalkan konsep suku suku separuh

c)

Makan apabila sangat lapar dengan kuantiti yang banyak

d)

Makan semua makanan yang telah dihidangkan

31.

Yang manakah antara berikut bukan merupakan empat tonggak kelestarian dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?

a)

Tenaga

b)

Kesihatan

c)

Alam Sekitar

d)

Ekonomi

32.

Berikut adalah salah satu sektor dalam Teknologi Hijau.

a)

Sektor pendidikan

b)

Sektor pelancongan

c)

Sektor pengangkutan

d)

Sektor perindustrian

33.

Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga hijau?

a)

Tenaga bersih yang tidak boleh dijana semula

b)

Tenaga bersih yang boleh dijana semula

c)

Tenaga semulajadi yang tidak boleh dijana semula

d)

Tenaga semulajadi yang tidak boleh diperbaharui

34.

Yang manakah antara berikut bukan merupakan sumber tenaga hijau?

a)

Solar

b)

Air

c)

Arang batu

d)

Angin

35.

Berikut adalah isu sosiosaintifik sektor tenaga

a)

Bekalan bahan api fosil yang berlebihan

b)

Bekalan bahan api fosil yang berkurangan

c)

Penggunaan bahan api fosil tidak terkawal

d)

Penggunaan bahan api yang tidak sistematik

36.

Mengapakah penggunaan racun serangga kimia merupakan salah satu isu sosiosaintifik sektor pertanian?

a)

Harga yang amat mahal

b)

Sukar untuk diperolehi

c)

Menjejaskan kesihatan

d)

Tidak dapat disimpan untuk tempoh yang lama

37.

Aktiviti penyahutanan dijalankan atas faktor-faktor berikut kecuali

a)

pembukaan kawasan pertanian

b)

pembinaan stesen hidro elektrik

c)

pembinaan kawasan tadahan hujan

d)

pembinaan kawasan perumahan

38.

Yang manakah antara berikut merupakan isu sosiosaintifik sektor pengangkutan?

a)

Harga kenderaan yang terlalu tinggi

b)

Pembakaran bahan api dalam enjin kenderaan membebaskan gas rumah hijau.

c)

Jumlah kenderaan berat semakin bertambah di atas jalan raya.

d)

Penggunaan sumber tenaga hijau oleh kenderaan menjejaskan kesihatan

39.

Apakah yang dimaksudkan dengan kenderaan cekap tenaga?

a)

Kenderaan yang menggunakan bahan api fosil yang berlebihan

b)

Kenderaan yang mempunyai nilai harga yang rendah

c)

Kenderaan yang memenuhi spesifikasi penggunaan bahan api dan pelepasan karbon yang terhasil

d)

Kenderaan yang boleh memuatkan ramai penumpang.

40.

Apakah yang dimaksudkan dengan jejak karbon ?

a)

Pembebasan gas oksigen hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan penurunan suhu mukabumi

b)

Pembebasan gas oksigen hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan kenaikan suhu mukabumi

c)

Pembebasan gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan kenaikan suhu mukabumi

d)

Pembebasan gas karbon dioksida hasil dari aktiviti manusia

yang menyebabkan penurunan suhu mukabumi