wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN : KERTAS 1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kelebihan bentuk pemilikan Synergy Power Berhad berbanding Kuasa Teguh Sendirian Berhad?

a)

A. Saham boleh diurus niaga di Bursa Malaysia

b)

B. Pemegang syer menanggung liabiliti terhad

c)

C. Bilangan ahli maksimum adalah 50 orang

d)

D. Dikenakan cukai yang rendah

2.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?

a)

A. Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu

b)

B. Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesatan ekonomi

c)

C. Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja

d)

D. Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa

3.

Apakah halangan dalaman yang boleh membantutkan pencapaian wawasan?

a)

A. Ekonomi semasa

b)

B. Kemahiran teknikal

c)

C. Kemudahan infrastruktur

d)

D. Penguatkuasaan undang – undang

4.

Pernyataan manakah yang betul tentang fungsian pengurusan pelanggan?

a)

A. Menambah baik produk sedia ada

b)

B. Menghasilkan barang melalui proses menukarkan input

c)

C. Melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai visi dan misi

d)

D. Menyampaikan produk untuk memenuhi keperluan pengguna

5.

Mengapakah penggunaan teknologi maklumat penting dalam urusan perniagaan?

a)

A. Meningkatkan persaingan perniagaan

b)

B. Memudahkan pelanggan mencuba barang

c)

C. Memaksimumkan keuntungan perniagaan

d)

D. Mewujudkan hubungan dan jaringan yang luas

6.

Antara yang berikut, yang manakah sumber fizikal dalam operasi sesebuah perniagaan?


I Tepung gandum

II Mesin pengisar

III Perisian komputer

IV Karya seni

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

7.

Apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank untuk meluluskan sesuatu pinjaman?


I Nama perniagaan

II Bilangan rakan kongsi

III Nilai aset yang dicagar

IV Tempoh bayaran balik pinjaman

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

8.

Apakah kelebihan pinjaman melalui agensi kerajaan berbanding pinjaman bank?

a)

A. Cagaran dalam apa jua bentuk

b)

B. Jumlah pinjaman yang kecil

c)

C. Kadar faedah yang rendah

d)

D. Tiada syarat pinjaman

9.

Syarikat Smartees Sdn. Bhd. mengeluarkan beg sekolah. Kos tetap yang ditanggung oleh syarikat ialah RM350 000. Beg dijual dengan harga RM60 seunit. Kos berubah seunit RM25. Modal syarikat berjumlah RM400 000.

Berapakah titik pulang modal?

a)

A. 10 000 unit

b)

B. 14 000 unit

c)

C. 16 000 unit

d)

D. 20 000 unit

10.

Gambar ini berkaitan dengan sejenis stok.


Mengapakah stok ini dikatakan stok yang berisiko tinggi?

a)

A. Mudah rosak

b)

B. Boleh dijual dengan cepat

c)

C. Perlukan khdimat selepas jualan

d)

D. Ketinggalan zaman jika disimpan lama