wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ RAYA HAJI PAIBA VERSI PELAJAR

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, manakah yang dimaksudkan dengan Aidil Adha?

a)

Hari Raya umat Islam yang disambut pada 10 Zulhijjah

b)

Hari Raya umat Islam yang disambut pada 1 Syawal

c)

Hari Raya umat Islam yang disambut pada 1 Zulkaedah

d)

Hari Raya umat Islam yang disambut pada 1 Muharram

2.

Apakah hukum menunaikan solat Aidiladha?

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Sunat muakkad

d)

Makruh

3.

Apakah amalan sunat semasa menyambut hari raya Aidiladha?

a)

Makan sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat hari raya

b)

Makan selepas menunaikan solat sunat hari raya

4.

Apakah hukum bertakbir dalam solat hari raya?

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Wajib

5.

Apakah hukum sekiranya tertinggal takbir dalam solat hari raya?

a)

Sah

b)

Tidak sah

6.

Berapa kalikah takbir dalam solat sunat hari raya rakaat yang kedua?

a)

7

b)

6

c)

4

d)

5

7.

Apakah surah yang digalakkan dibaca dalam rakaat pertama?

a)

al-Fatihah

b)

al-Ghasiyah

c)

al-A’la

8.

Apakah Kaifiyah khutbah hari raya?

a)

Sunat dimulakan dengan 9 kali takbir pada khutbah pertama

b)

Disunatkan berkhutbah dengan 2 khutbah selepas solat

c)

Dilakukan sebelum solat hari raya

d)

5 kali takbir pada khutbah kedua

9.

Apakah syarat sah khutbah?

i. khutbah selepas solat sunat hari raya

ii. rukun khutbah dalam bahasa Arab

iii. berselawat ke atas Nabi

iv. khatib seorang lelaki

a)

i dan ii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, ii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

10.

Berapakah rukun haji ?

a)

5

b)

6

c)

7

11.

Apakah jenis haji yang biasa dilaksanakan oleh Jemaah Haji Malaysia?

a)

Haji Tamattuk

b)

Haji Ifrad

c)

Haji Qiran

12.

Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji merupakan ...

a)

Haji Tamattuk

b)

Haji Ifrad

c)

Haji Qiran

d)

Haji Widak

13.

Adakah Bayaran Haji untuk jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji akan kekal sebanyak RM9,980 untuk tahun hadapan?

a)

Statik, tiada peningkatan dan penurunan harga

b)

Kos dan bayaran ditentukan oleh Tabung Haji

c)

Setiap musim haji, Kos Haji dan Bayaran Haji akan ditentukan dan diumumkan pada tahun berkenaan

d)

Kos dan bayaran telah digubal untuk setiap tahun

14.

Bilakah masa untuk melontar jamrah pada Hari Tasyrik?

a)

Subuh 10 Zulhijjah - Maghrib 13 Zulhijjah

b)

Subuh 11 Zulhijjah - Asar 13 Zulhijjah

c)

Zohor 11 Zulhijjah - Isyak 13 Zulhijjah

d)

Zohor 11 Zulhijjah - Maghrib 13 Zulhijjah

15.

Bilakah puasa sunat Arafah akan dilaksanakan pada tahun 2021 ini?

a)

9 Dzulhijjah 1442 H

b)

9 Julai 2021

c)

8 Dzulhijjah 1442 H

d)

18 Julai 2021

16.

Apakah hukum melakukan ibadah korban?

a)

Harus

b)

Makruh

c)

Sunat Muakkad

d)

Wajib

17.

Nabi apakah yang diperintahkan menyembelih anaknya?

a)

Nabi Muhammad

b)

Nabi Ismail

c)

Nabi Ibrahim

d)

Nabi Idris

18.

Antara berikut merupakan tahap minimum umur bagi haiwan korban, KECUALI

a)

Biri biri - satu tahun dan ke atas

b)

Kambing - dua tahun dan ke atas

c)

Unta - empat tahun dan ke atas

d)

Lembu/kerbau - dua tahun dan ke atas

19.

Penyataan yang manakah adalah benar bagi pembahagian daging Qurban?

i) Daging qurban hendaklah dibahagi-bahagikan kepada orang Islam terutamanya fakir dan

miskin serta kaum kerabat.Afdhal diberi daging mentah.

ii) Ia tidak boleh diberi kepada orang kafir.

iii) Orang yang membuat qurban juga sunat untuk memakan daging qurban tersebut.

iv) Orang yang menerima daging qurban ini, jika dia seorang yang fakir dan miskin, dia

boleh memakan daging tersebut, menyimpannya atau menjualnya.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

Semua di atas

20.

Bolehkah sembelih binatang yang tempang?

a)

Boleh

b)

Tidak boleh

21.

Antara sunat sebelum sembelih binatang KECUALI

a)

Menajamkan pisau

b)

Membaca basmallah & Allahuakbar

c)

Melakukan sembelihan di malam hari

d)

Menghadap kiblat

22.

Bolehkah orang bukan Islam membuat korban?

a)

Boleh

b)

Tidak boleh

23.

Apakah hukum berkongsi seekor binatang qurban, sebahagian untuk qurban dan sebahagian lagi sebagai aqiqah?

a)

Wajib

b)

Haram

c)

Makruh

d)

Harus

24.

Antara berikut, haiwan apa yang tidak boleh dikorbankan

a)

Lembu

b)

Unta

c)

Arnab

d)

Kambing

25.

Antara perkara makruh ketika sembelihan

a)

Memakai pisau yang tajam

b)

Terputus urat halkum dan marikh

c)

Niat kerana Allah

d)

Menggunakan pisau yang tumpul

26.

Berapa bahagian korban dalam seekor lembu?

a)

7

b)

5

c)

4

d)

9

27.

Apakah hikmah korban?

a)

Dapat berkongsi rasa nikmat Allah SWT dengan golongan yang kurang bernasib baik

b)

Melemahkan iman

c)

Mempunyai sifat tamak dan kedekut

d)

Kehidupan menjadi lebih sempit