Font size
WorksheetsSEJARAH B3/T5
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Abad ke-18 menyaksikan pemerintahan beraja kerajaan Melayu mula menghadapi cabaran. Apakah faktor utama yang membawakan cabaran tersebut?
Gejala sosial
Perebutan takhta
Kemerosotan ekonomi
Kedatangan kuasa asing
Asas pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ialah sistem beraja. Manakah merupakan ciri pemerintahan beraja kesultanan tersebut?
Berkuasa mutlak
Sistem penggiliran
Berasaskan waadat
Raja Berpelembagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka.
[Hukum Kanun Melaka]
[Undang-undang Laut Melaka]
Apakah kepentingan pelaksanaan perundangan tersebut?
Amalan demokrasi
Kehidupan bernegara
Kecekapan pembesar
Pemerintah berwibawa
Legasi Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh kerajaan Melayu selepasnya. Antara berikut, kerajaan Melayu manakah meneruskan legasi Kesultanan Melayu Melaka secara langsung?
Kerajaan Kelantan
Kesultanan Pahang
Kesultanan Johor Riau
Kerajaan Negeri Sembilan
Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintahan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).
[Pemerintahan negeri Melayu diterajui oeleh raja Melayu]
Apakah bukti penyataan tersebut?
Raja ketua agama Islam
Undang-undang Tubuh dirujuk
Pegawai British dilantik oleh Raja-raja Melayu
British mentadbir melalui surat pengistiharaan raja-raja Melayu
Berbanding dengan raja di NNMB, kedudukan raja di NNMTB adalah lebih kukuh. Mengapakah halnya demikian?
Raja berkuasa mutlak
Pentadbiran oleh pembesar Melayu
Pentadbiran tidak bersifat persekutuan
Undang-undang Tubuh Kerajaan dirujuk
Bagaimanakah status raja berdaulat dapat dibuktikan dalam struktur pentadbiran negeri Melayu?
Menjalinkan hubungan luar
Mendapat sokongan rakyat
Mengesahkan undang-undang
Mendapat pengiktirafan kerajaan luar
Selepas negara mencapai kemerdekaan, pemerintahan beraja diteruskan dalam konsep baru. Apakah konsep tersebut?
Demokrasi berparlimen
Raja berpelembagaan
Perkongsian kuasa raja
Undang-undang tidak bertulis
Apakah status raja-raja Melayu di negeri baginda semasa pendudukan Jepun?
Ketua hakim
Ketua pentadbir negeri
Ketua keselamatan dan keamanan
Ketua hal ehwal agama Islam
Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan selepas Perang Dunia ke-2.
[1946 : Malayan Union]
Mengapakah pelaksanaan perlembagaan tersebut mengancam kedudukan raja Melayu?
Raja Melayu tidak di iktiraf
Kedudukan raja Melayu dilucutkan
Pentadbiran langsung oleh Gabenor
Raja Melayu menerima nasihat pegawai British
Menurut Perlembagaan Persekutuan , siapakah yang menjadi Ketua Utama Negara Malaysia?
Sultan
Menteri Besar
Perdana Menteri
YDPA
Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan NNMB.
[1897 : Pembentukan Durbar]
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
Pemantapan kuasa raja Melayu
Pemansuhan kuasa raja Melayu
Permulaan Majlis raja-raja Melayu
Kerjasama raja Melayu dengan British
Breikut berkaitan dengan perubahan dalam perlembagaan negara.
[Malayan Union 1946 : Persekutuan Tanah Melayu 1948]
Apakah hasil daripada perubahan tersebut?
Majlis raja-raja
Raja berpelembagaan
Demokrasi berparlimen
Undang-undang Tubuh
Apakah perubahan yang dialami oleh Majlis Raja-raja selepas negara mencapai kemerdekaan?
Perubahan fungsi
Pengagihan kuasa
Penambahan keahlian
Pengurangan peranan
Majlis raja-raja merupakan institusi beraja di Malaysia. Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, apakah fungsi Majlis raja-raja?
Penasihat kerajaan
Pakar rujuk perlembagaan
Penggubal undang-undang
Pengimbang sistem demokrasi
Maklumat berikut berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
[Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan]
Apakah kepentingan peruntukan tersebut?
Tanggungjawab Parlimen
Bidang kuasa Perdana Menteri
Kedudukan YDPA
Pengamalan demokrasi berparlimen
Gambar berikut menunjukkan Ketua Utama Negara. Berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan persekutuan, apakah peranan baginda?
Ketua hakim
ketua pentadbir
Ketua audit negara
Ketua agama Islam bagi negeri tidak beraja
Senarai berikut menunjukkan keutamaan kedudukan dalam Persekutuan.
- YDPA
- Raja Permaisuri Agong
- RAja-raja Negeri dan Pemangku Raja
- YDPN
- X
Apakah X?
Raja Muda
Perdana Menteri
Timbalan PM
Bekas raja permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada Kerajaan Persekutuan
Pada pendapat anda, mengapakah insitusi beraja wajib dimartabatkan oleh setiap warganegara Malaysia?
penaung rakyat
tuntutan perlembagaan
bukti kemerdekaan negara
pemerintahan YDPA
Rajah berikut berkaitan dengan kuasa eksekutif YDPA. Apakah X dan Y?
Diplomatik
Perpaduan
Kehakiman
Ketenteraan
Manakah merupakan bidang kuasa perundangan YDPA?
Mengistiharkan darurat
Menggubal undang-undang
Mentadbir kewangan negara
Menjadi Ketua Agama Islam
Pilihanraya merupakan elemen penting dalam pengamalan demokrasi di negara kita. Mengapakah pilihanraya didakan?
Memilih Jemaah Menteri
Menguatkan jati diri rakyat
Memupuk perpaduan kaum
Mandat rakyat untuk memerintah
Menjelang pilihanraya, bagaimanakah matlamat berikut dapat dicapai?
[Mengenali calon]
[Memahami manifesto]
Siaran berita
Laporan akhbar
Kempen pilihanraya
Kenyataan Jabatan Penerangan
Senarai berikut berkaitan dengan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
- Kebebasan diri
- Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan
- X
- Y
Apakah X dan Y?
Kebebasan beragama
Kebebasan berkarya
Hak mengumpul harta
Hak berkenaan dengan pendidikan
Rajah berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Apakah peranan nya?
Membentuk kerajaan
Melindungi hak asasi
Memerhati proses pilihanraya
Menasihati Jemaah Menteri
Rajah berikut berkaitan dengan pelaksanaan pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan Malaysia. Siapakah menjadi punca kuasa kepada ketiga-tiga badan tersebut?
Rakyat
Perdana Menteri
Ahli Dewan Rakyat
YDPA
Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Apakah fungsi parlimen?
Menggubal undang-undang
Menentukan hala tuju negara
Melaksanakan dasar kerajaan
Memilih YDPA
Tugas utama Jemaah Menteri ialah menggubal dasar negara dan melaksanakan pembangunan negara. Apakah prinsip yang dipegang oleh anggota Jemaah Menteri?
Amalan demokrasi
Utamakan kedaulatan
Tanggungjawab bersama
Mempertahankan institusi raja
Negara kita mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Pada pendapat anda, mengapakah gabungan kedua-dua sistem ini kaedah terbaik untuk negara kita?
Penubuhan pelbagai parti politik
Memesatkan pembangunan negara
Memanfaatkan kekayaan hasil bumi
Penduduk pelbagai bangsa, agama dan budaya
Senarai berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan di negara kita.
- Raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen
- Pemerintahan beraja yang berkecuali
- Konsep pengasingan kuasa
Apakah kelebihan sistem tersebut?
Menjamin kestabilan politik
Pemeliharaan institusi raja
Mekanisme semak dan imbang
Kemakmuran dan kemajuan ekonomi
