WorksheetsPentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun 2021-Sejarah Ting. 5
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Apakah konsep kekuasaan tertinggi sesebuah negara yang bebas ?
A.Kerajaan
B Kesatuan
C Kedaulatan
D Kewibawaan
Apakah perkataan yang merujuk kedaulatan dalam bahasa Arab?
A Daulat
B Daulah
C Derhaka
D Dermawan
Apakah asas sistem perundangan negara kita?
A.Badan Kehakiman
B.Senarai Persekutuan
C.Yang di-Pertuan Agong
D.Perlembagaan Persekutuan
Apakah peranan utama Parlimen?
A.Menentukan dasar kerajaan
B.Memeterai pelbagai perjanjian
C.Menggubal sistem perundangan
D.Menguruskan pembangunan negara
Apakah kuasa yang terlibat dalam melaksanakan dasar pentadbiran negara?
I Badan Berkanun
II Jemaah Menteri
III Kementerian berkaitan
IV Pihak berkuasa tempatan
A.I dan II
B.I dan IV
C.II dan III
D.III dan IV
Apakah nama Suruhanjaya yang menghasilkan laporan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
A.Suruhanjaya Reid
B.Suruhanjaya Cobbold
C.Suruhanjaya Pilihan Raya
D.Suruhanjaya Tinggi British
Maklumat berikut merujuk kepada kuasa pemerintahan.
*Membuat perlantikan jawatan utama negara
*Mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman orang disabitkan kesalahan oleh mahkamah
Apakah kuasa pemerintahan tersebut?
A.Badan Kehakiman
B.Yang di-Pertuan Agong
C.Yang di-Pertua Negeri
D.Perdana Menteri
Apakah ciri-ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
I Agama Islam
II Kedudukan Orang Melayu
III Tanah Simpanan Melayu
IV Sistem Pendidikan
A.I dan II
B.I dan IV
C.II dan III
D.III dan IV
Bagaimanakah bidang kuasa Sarawak dan Sabah apabila Malaysia dibentuk?
A.Menjadi kerajaan persekutuan
B.Memperoleh beberapa autonomi
C.Menubuhkan beberapa agensi
D.Menjadi negara bebas
Apakah bukti Malaysia mengamalkan sistem demokrasi?
A.Menggubal perlembagaan persekutuan
B.Menubuhkan pelbagai kementerian
C.Mengadakan pilihan raya umum
D.Melakukan pengagihan kuasa
Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah negeri pada tahun 1946.
Bagaimanakah keadaan tersebut berlaku?
A.Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
B.Perlantikan Pesuruhjaya Tinggi British
C.Pembubaran Majlis Raja-Raja
D.Pengenalan Malayan Union
Apakah peristiwa yang membawa kepada penubuhan Durbar pada tahun 1897?
A.Penubuhan NNMB
B.Pembentukan persekutuan
C.Pembubaran Sistem Residen
D.Penentangan terhadap British
Bagaimanakah pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan?
I Secara bergilir-gilir
II Melalui pilihan raya
III Kaedah sistem warisan
IV Peruntukan Perlembagaan Malaysia
A.I dan II
B.I dan IV
C.II dan III
D.III dan IV
Bagaimanakah keahlian Dewan Rakyat dipilih?
A.Diluluskan oleh Perlembagaan Persekutuan
B.Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
C.Dipilih rakyat melalui pilihan raya
Diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
Mengapakah hakim tidak dibenerkan terlibat dalam politik?
A.Menjaga keselamatan diri
B.Mengutamakan kes mahkamah
C.Mengelakkan pertindihan tugas
D.Menjamin keadilan undang-undang
Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan.
Apakah maksud Persekutuan?
A.Pemerintahan secara demokrasi
B.Penyatuan beberapa buah negeri
C.Pembentukan sistem Jemaah Menteri
D.Pentadbiran oleh Yang di-Pertuan Agong
Mengapakah peruntukan kuasa yang lebih besar diberikan pada peringkat Persekutuan?
I Menjamin kestabilan negara
II Meningkatkan kemajuan negara
III Mengukuhkan perpaduan rakyat
IV Membaiki struktur pentadbiran
A.I dan II
B.I dan IV
C.II dan III
D.III dan IV
Apakah persamaan sumbangan majlis berikut?
*Majlis Daerah
*Majlis Perbandaran
*Majlis Bandaraya
A.Menyediakan perkhidmatan pendidikan
B.Memajukan sektor perlancongan
C.Menyediakan kemudahan awam
D.Memberi pinjaman kewangan
Pernyataan berikut berkaitan dengan agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.
*Mengurus dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha melaksanakan pembangunan tanah baharu.
A.FELCRA
B.FELDA
C.RISDA
D.MARA
Pernyataan berikut berkaitan dengan prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
*Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan menyebutkan bahawa jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan hendaklah mengatasi undang-undang tersebut.
Apakah kepentingan prinsip keluhuran Perlembagaan tersebut?
A.Mengelakkan perbalahan rakyat
B.Mengukuhkan kedaulatan negara
C.Meningkatkan kerjasama kerajaan
D.Mengukuhkan sistem Persekutuan
Apakah persamaan cadangan pegawai Barat berikut?
*Sir Geofroy Tory
*Sir Gerald Templer
*Sir Malcolm MacDonald
A.Pengenalan Melayu Raya
B.Pelaksanaan pilihan raya
C.Penubuhan Persekutuan
D.Pembentukan Malaysia
Cadangan penubuhan Malaysia telah mendapat tentangan daripada Filipina.
Mengapakah penentangan tersebut belaku?
A.Menuntut hak terhadap Sabah
B.Mempunyai agenda politik tersendiri
C.Menganggapnya satu penjajahan baru
D.Menghalang pembentukan Kalimantan Utara
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah pembentukan Malaysia.
*Meninjau reaksi penduduk Sarawak dan Sabah
*Membuat 35 lawatan ke pusat lawatan
*Membuat laporan kepada kerajaan British
A.Suruhanjaya Reid
B.Suruhanjaya Cobbold
C.Jawatankuasa Antara Kerajaan
D.Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
Apakah kuasa autonomi yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia?
A.Pertahanan
B.Hal ehwal luar negara
C.Imigresen
D.Kebajikan sosil
Mengapakah Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia?
A.Menggagalkan gagasan Melayu Raya
B.Mengurangkan kuasa politik Melayu
C.Mengancam kedudukan Indonesia
D.Menggalakkan ancaman komunis
Malaysia menghadapi cabaran dalam persaingan politik.
Apakah kesan sekiranya kerajaan gagagl mengatasinya?
A.Menggugat perpaduan kaum
B.Menjejaskan pendapatan rakyat
C.Meningkatkan kadar kemiskinan
D.Menjejaskan pertumbuhan sosial
Apakah faktor ekonomi sebagai pemisahan Singapura daripada Malaysia?
I Penambahan kadar cukai
II Pengecualian kadar faedah
III Pembinaan pelabuhan bebas
IV Pembukaan pasaran bersama
A.I dan II
B.I dan IV
C.II dan III
D.III dan IV
Apakah persamaan antara kedua-dua kaedah berikut?
*Operasi Hammer
*Rancangan Briggs
A.Menyerang secara gerila
B.Memberi pengampunan
C.Memenangi hati rakyat
D.Mengadakan lawatan
Komunis telah melakukan serang hendap terhadap pasukan keselamatan di Semenanjung Malaysia.
Apakah kemuncak ancaman komunis tersebut?
A.Pengeboman kubu pertahanan
B.Menembak mati askar Melayu
C.Menyerang balai polis Kuala Krau
D.Pembunuhan pegawai kanan polis
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan ke arah pembangunan dan perpaduan bangsa Malaysia.
X----->*ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969
*bertujuan untuk mengembalikan keharmonian
kaum
Apakah X ?
A.Majlis Amanah Rakyat
B.Majlis Gerakan Negara
C.Majlis Tindakan Negara
D.Majlis Angkatan Tentera
Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.
Apakah dasar pembangunan ekonomi yang terlibat?
I Dasar Bumi Hangus
II Dasar Kawalan Ekonomi
III Dasar Pembangunan Nasional
IV Dasar Ekonomi Baru
A.I dan II
B.I dan IV
C.II dan III
D.III dan IV
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal pada tahun 1988.
Apakah matlamat utama FPN?
A.Memperteguhkan hala tuju pendidikan negara
B.Memberi panduan dalam penggubalan kurikulum
C.Memberi panduan pelaksanaan aktiviti pendidikan
D.Menilai keberkesanan sistem pendidikan kebangsaan
Apakah slogan yang melahirkan semangat patriotisme rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,agama dan budaya?
A.Budi Bahasa Budaya Kita
B.Malaysia Boleh
C.Bersekutu Bertambah Mutu
D.Muafakat Membawa Berkat
Pernyataan berikut merujuk kepada prinsip pertama Rukun Negara.
*Kepercayaan Kepada Tuhan
Apakah kebaikan prinsip tersebut terhadap masyarakat?
A.Menghormati lambang negara
B.Hubungan antara kaum terpelihara
C.Membentuk keperibadian yang baik
D.Berani mempertahankan negara
Apakah nilai yang dipupuk melalui sukan berpasukan berikut?
*Hoki
*Bola sepak
*Bola tampar
I Keadilan
II Bersatu padu
III Bekerjasama
IV Ketaatan
A.I dan II
B.I dan IV
C.II dan III
D.III dan IV
Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat utama dasar ekonomi negara.
*Membasmi kemiskinan
*Menyusun semula masyarakat
Apakah dasar ekonomi tersebut?
A.Dasar Penswastaan
B.Dasar Hala Tuju Negara
C.Dasar Pertanian Negara
D.Dasar Ekonomi Baru
Bagaimanakah FELDA membantu penduduk luar bandar yang miskin?
I Membina kemudahan asas
II Memberi tanah seluas 10 ekar
III Meningkatkan pemilikan saham
IV Membuka kawasan perindustrian
A.I dan II
B.I dan IV
C.II dan III
D.III dan IV
*Pemodalan Nasional Berhad (PNB)
*Amanah Saham Nasional (ASN)
Apakah kepentingan kedua-dua program tersebut?
A.Memberi dana kepada pengusaha kecil
B.Menggalakkan orang ramai membuat pelaburan
C.Menyediakan pinjaman modal kepada bumiputera
D.Mengimbangi pemilkan harta dan saham bumiputera
Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut?
*Politeknik
*Maktab Perguruan Teknik
*Universiti Teknologi Malaysia
A.Meningkatkan sahsiah diri
B.Mengatasi masalah buta huruf
C.Melahirkan tenaga kerja mahir
D.Menjadi rakyat berpengetahuan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menetapkan langkah untuk Malaysia menjadi negara yang maju.
Apakah aspek negara maju tersebut?
A.Keadilan sosial
B.Bersikap demokratik
C.Berilmu pengetahuan
D.Kecemerlangan sosial
