NEW
Font size
WorksheetsKuiz Bahasa Melayu Tahun 5
Total questions: 60
Worksheet time: 59mins
Amri tidak hadir ke sekolah kerana mengikut keluarganya menghantar abangnya melanjutkan pelajaran di __________ .
Hospital Sultanah Aminah
Pulau Langkawi
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dataran Merdeka
Beg tangan berharga ratusan ringgit itu dijahit dengan teliti menggunakan benang yang diperbuat ___________ emas.
dari
pada
dalam
daripada
Aktiviti 1 Murid 1 Sukan telah berjaya ______________ bakat-bakat baharu dalam kalangan murid sekolah.
menyemai
memupuk
menarik
mencungkil
Sewaktu baginda duduk ___________ , baginda dihiburkan dengan tarian tradisional oleh para penari istana.
beradu
bersiram
santap
gering
Puan Siti __________ apabila suaminya menyuruhnya memilih cincin bertatahkan berlian di kedai emas itu.
putih mata
sakit mata
cahaya mata
rambang mata
Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.
Pengguna jalan raya mesti berwaspada semasa berada di jalan raya.
cuai
lalai
berhati-hati
abai
Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.
Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melayu yang masyhur.
istimewa
terkenal
bijak
baik
Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.
Pergerakan pemain itu sungguh lincah.
cergas
cepat
cerdas
cekap
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Budak yang angkuh itu tidak mempunyai banyak kawan.
tampan
tekun
segak
ramah
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Nelayan pergi menangkap ikan apabila air laut pasang.
cair
masin
kecut
surut
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Perpustakaan awam itu terletak di hujung jalan.
akhir
tepi
pangkal
permukaan
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan di bawah:
"Adakah kamu mengenali wanita yang memakai topi keledar berwarna merah itu?"
Ya, wanita yang memakai topi keledar merah itu ialah jiran saya.
Saya mengenali lelaki yang memakai topi keledar merah itu sejak di bangku sekolah lagi.
Wanita itu memakai topi keledar merah bagi melindungi kepalanya daripada sebarang kecederaan .
Wanita yang memakai topi keledar biru itu sering menunggang sebuah motosikal.
Pilih ayat yang betul.
I. Adik minum air kerana dia sangat haus.
II. Anak kecil itu haus akan kasih sayang seorang ibu.
III. Tapak kasut sekolah telah haus.
IV. Ibu saya sedang haus ikan di dapur.
I , II dan III
I , III dan IV
II , III dan IV
I, II dan IV
Pilih ayat yang betul.
I. Buah rambutan di atas pokok itu sudah masak semuanya.
II. Adik saya sudah masak kasut sekolahnya di halaman rumah.
III. Saya sangat masak dengan perangai adik saya yang nakal itu.
IV. Jangan lupa masak buku latihan itu ke dalam beg.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan III
Ayat sama maksud.
Siau Chui menyapu sampah di halaman rumahnya.
Sampah disapu oleh Siau Chui di halaman rumahnya.
Halaman rumahnya disapu oleh sampah Siau Chui.
Siau Chui menyampah sapu di halaman rumahnya.
Sampah menyapu halaman rumah Siau Chui.
Ayat sama maksud.
Kamu perlu menyiapkan kerja sekolah itu.
Kerja sekolah itu perlu disiapkan oleh kamu
Kerja sekolah itu perlu kamu siapkan
Menyiapkan kerja sekolah itu perlu kamu
Kerja sekolah kamu itu perlu diasiapkan
Pilih perkataan yang sesuai menggantikan perkataan yang digariskan.
Ainul sedang menyanyikan sajak di atas pentas.
melukiskan
mendeklamasikan
mengail
melafazkan
