WorksheetsKUIZ AIDILADHA TAHAP 2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Nabi Ibrahim digelar sebagai ...............
Habibullah
Khalilullah
Saifullah
Asadullah
2. Siapakah ibu kepada Nabi Ismail?
Sarah
Hajar
3. Apakah jawapan Nabi Ismail apabila ayahnya, Nabi Ibrahim memberitahu perintah Allah untuk menyembelihnya?
Wahai ayahanda kesayanganku, mana mungkin Allah menyuruh berbuat seperti itu?
Wahai ayahanda kesayanganku, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepada ayahanda.
4. Maksud korban ialah menyembelih binatang ternakan pada Hari Raya Aidiladha atau ....................... dengan tujuan menghampirkan diri kepada Allah.
Hari Raya Aidilfitri
Hari Syak
Hari Asyura
Hari Tasyrik
5. Maksud Hari Tasyrik ialah pada .......................
1 Muharram
11, 12 dan 13 Zulhijjah
11, 12 da 13 Zulkaedah
30 Syaaban
6. Bilakah ibadat korban disyariatkan?
Tahun pertama Hijrah
Tahun kedua Hijrah
Tahun ketiga Hijrah
Tahun keempat Hijrah
7. Golongan yang tidak berhak menerima daging korban ialah orang ......................
kaya
kafir
muallaf
miskin
8. Apakah hukum berkorban?
Wajib
Sunat
Harus
Sunat Muakkad
9. Sunnah untuk tidak memotong kuku dan rambut bagi orang yang berkorban bermula 10 Zulhijjah sehingga binatang korban selesai disembelih.
Betul
Salah
Berikut merupakan jenis haiwan yang boleh dikorbankan kecuali ...............
unta
lembu
rusa
kambing
11. Apakah dalil pelaksanaan korban?
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ
فَٱلۡمُغِيرَٰتِ صُبۡحٗا
وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ
12. Bilakah waktu korban terakhir?
Matahari terbenam pada 11 Zulhijjah
Matahari terbenam pada 12 Zulhijjah
Matahari terbenam pada 13 Zulhijjah
Matahari terbenam pada 10 Zulhijjah
13. Syarat cukup umur unta untuk korban ialah 1 tahun.
Betul
Salah
14. Orang yang paling layak menerima daging korban ialah .................
Ravi
Ah Lai
Ali
Keong
15. Berapakah bilangan rakaat solat sunat Aidiladha?
3 rakaat
4 rakaat
2 rakaat
16. Berikut merupakan perkara sunat ketika berkorban kecuali ..............
Melakukan penyembelihan qurban dengan sendiri
Mengasah pisau di hadapan haiwan yang akan dikorbankan
Memilih haiwan ternakan yang paling baik
Memberi makan kepada haiwan korban sebelum disembelih
17. Binatang korban yang buta sebelah matanya sah dijadikan haiwan korban.
Betul
Salah
18. Bilakah umat Islam di Malaysia menyambut hari raya Aidiladha pada tahun 2021?
19 Julai
20 Julai
21 Julai
18 Julai
19. Seekor lembu korban boleh dibahagikan kepada ......................
5 bahagian
6 bahagian
7 bahagian
9 bahagian
20. Antara hikmah berkorban ialah mengingati pengorbanan ..........................
Nabi Muhammad & Nabi Ibrahim
Nabi Muhammad & Nabi Ismail
Nabi Ibrahim & Nabi Ismail
Nabi Ismail & Nabi Ishak
