WorksheetsPentaksiran PPT Sejarah Tingkatan 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kesultanan Melayu Melaka telah mewarisi ciri-ciri negara bangsa daripada kerajaan apa ?
A. Kerajaan Srivijaya
B. Kerajaan Majapahit
C. Kerajaan Johor-Riau
D. Kerajaan Kedah Tua
Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ?
A. Sistem Pembesar Berpusat
B. Sistem Pentadbiran Melayu Melaka
C. Sistem Pembesar Empat Lipatan
D. Sistem Pembesar Lapan Lipatan
Apakah peranan nakhoda yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka ?
A. Melantik Syahbandar
B. Mengawal peraturan pelabuhan
C. Berkuasa penuh dalam pelayaran
D. Menjalankan hukuman ke atas kesalahan di pelabuhan
Mengapakah rakyat Melaka tidak menderhaka kepada Sultan Melaka ?
A. Takut ditimpa tulah
B. Akan dihukum bunuh
C. Melanggar perintah agama
D. Tidak mendapat keistimewaan
Waadat ialah perjanjian yang dilakukan oleh Demang Lebar Daun yang mewakili golongan diperintah dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan pemerintah.
Apakah kesan perjanjian tersebut ?
A. Mengawal tingkah laku rakyat sesebuah negara
B. Menjalinkan hubungan baik antara pemerintah dan rakyat
C. Menjamin keselamatan rakyat dalam negara
D. Pemerintah berkuasa melaksanakan kerahan tenaga
Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.
Apakah pandangan professor Hans Kohn berkaitan nasionalisme ?
A. Perjuangan menuntut kemerdekaan
B. Fenomena sejagat untuk menubuhkan negaranya sendiri
C. orang Melayu dalam negara sendiri
D. Gerakan kesetiaan kepada negara dan bangsanya
Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh sikap masyarakat Jepun yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara.
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Satyagraha
B. Kamikaze
C. Al-Urwah al-Wuthqa
D. Semangat Bushido
Apakah strategi Jose Rizal apabila tuntutan beliau gagal mendapat perhatian daripada kerajaan Sepanyol ?
A. Melancarkan gerakan bersenjata
B. Menubuhkan Liga Filipina
C. Menjalankan rundingan damai
D. Membentuk Katipunan
"Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran agama sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis"
Pernyataan di atas merujuk kepada akhbar
A. Warta Malaya
B. Al-Imam
C. Fajar Sarawak
D. Jawi Peranakan
Persaudaraan Sahabat Pena atau PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang.
Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?
A. Menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme
B. Mengumpulkan golongan pemuda
C. Menggalakkan ahlinya bersatu padu
D. Menuntut kemerdekaan
Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara Eropah. Manakah penyataan yang tidak benar mengenai faktor Perang Dunia Pertama ?
A. Berlaku disebabkan krisis ekonomi
B. Persaingan kuasa imperialis
C. Pakatan ketenteraan
D. Krisis Rantau Balkan
Mengapakah Tanah Melayu menjadi sasaran awal dasar perluasan kuasa Jepun terhadap Asia Tenggara ?
I Tanah Melayu merupakan tanah jajahan British
II Mendapat sokongan dan bantuan daripada orang tempatan
III Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah
IV Kedudukan Tanah Melayu yang strategik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Anggota tentera ini mendapat latihan di India dan Sri Lanka dan kemudiannya dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau diturunkan melalui payung terjun dari kapal terbang. Apakah nama pertubuhan anggota tentera yang dimaksudkan ini ?
A. Force 136
B. Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu
C. Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA)
D. Parti Komunis Malaya (PKM)
Siapakah nama individu yang menggunakan nama samaran "Lion of Malaya" dalam menggerakkan penentangan terhadap pendudukan tentera Jepun ?
A. Sybil Kathigasu
B. Albert Kwok
C. Datu Mustapha Datu Harun
D. Gurchan Singh
Amerika Syarikat melancarkan pengeboman terhadap Jepun sebanyak dua kali iaitu pada 6 Ogos 1945 di Hiroshima dan 8 Ogos 1945 di Nagasaki. Mengapakah Amerika Syarikat melancarkan pengeboman tersebut ?
A. Menambah kekuatan kuasa paksi
B. Menamatkan Perang Dunia Kedua
C. Kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat
D. Menguji kekuatan senjata
Apakah peranan British Military Administartion (BMA) di Tanah Melayu selain mengembalikan kestabilan dan keamanan ?
A. Melaksanakan Malayan Union
B. Menghapuskan saki-baki komunis
C. Memulihkan kepercayaan rakyat terhadap British
D. Menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan
Perkara yang berkaitan KERTAS PUTIH 6274 yang dibentangkan dalam Parlimen British seperti bentuk pentadbiran,sistem perundangan ,kedudukan Raja-raja Melayu dan syarat kewarganegaraan .Kesemuanya adalah berkaitan dengan
A. Gagasan Malayan Union
B. Peranan British Military Admnistration
C. Usaha ke arah kemerdekaan Melayu
D. Pembangunan selepas Perang Dunia Kedua
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Sir Harold MacMichael bagi mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union ?
A. Mengurangkan bayaran elaun
B. Memberikan ganjaran dan kuasa kepada Raja - Raja Melayu
C. Berbuat baik dengan Raja-Raja Melayu
D. Menggunakan desakan dan paksaan untuk mendapatkan persetujuan
"Sungkit Berdarah" adalah nama yang diberi kepada peristiwa ..
A. Demonstrasi kaum ibu membantah penyerahan Sarawak
B. Pergerakan PPM menghantar surat bantahan kepada kerajaan British
C. Perletakkan jawatan beramai-ramai oleh pegawai perkhidmatan awam
D. Duncan Stewart ditikam oleh Rosli Dhoby
Bagaimanakah British melemahkan gerakan nasionalisme persatuan-persatuan di Sabah ?
I. Menawarkan jawatan kenaikan pangkat kepada pemimpin
II. Pemimpin ditamatkan perkhidmatan dan diberi pencen
III. Pemimpin dibuang negeri
IV. Pemimpin dan ahli dipindahkan ke bandar lain
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
