NEW
Font size
WorksheetsBab 8 Vol 3
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Dasar penswastaan dilancarkan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat pada Mac 1983.
Apakah tujuan dasar tersebut?
Mengembangkan sektor pertanian
Melahirkan tenaga kerja mahir
Meningkatkan kualiti perkhidmatan
Memperhebatkan pembukaan tanah
Antara pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ialah penurunan kadar kemiskinan.
Manakah antara berikut merupakan faktor kepada penurunan tersebut?
I. Peningkatan peluang kerja
II. Perkembangan bidang pendustrian
III. Pemberian bantuan sara hidup
IV. Pengurangan jumlah cukai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah petunjuk berlakunya peningkatan kualiti hidup rakyat setelah pelaksanaan DEB dan DPN?
Peningkatan kos sara hidup
Pertambahan jumlah pelancong
Mengurangkan subsidi kerajaan
Peningkatan tahap kesihatan rakyat
Antara berikut yang manakah dianggap sebagai golongan kelas menengah baru dalam masyarakat yang dilahirkan oleh DEB dan DPN.
I. Guru
II. Wartawan
III. Akauntan
IV. Arkitek
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tokoh berikut merupakan antara Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang diwujudkan melalui DEB dan DPN.
* Tan Sri Azman Hashim
* Tan Sri Syed Mokhtar
Apakah peranan tokoh tersebut kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin bumiputera?
Membina kemudahan asas
Menubuhkan koperasi rakyat
Memberi sumbangan kewangan
Menyediakan peluang pekerjaan
Apakah badan yang mengendalikan perindustrian berteknologi tinggi di negara kita?
Malaysia Industri Limited (MIEL)
Lembaga Kemajuan perindustrian (MIDA)
Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF)
Antara berikut, yang manakah termasuk di bawah projek perindustrian berteknologi tinggi?
I. Membina bangunan KLCC
II. Menapis petroleum, Kerteh
III. Membaiki kapal, Pasir Gudang
IV. Memasang barangan elektronik, Prai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pelaksanaan DEB dan DPN telah mewujudkan kawasan perindustrian baharu.
Apakah rasional pembentukam sesuatu kawasan perindustrian tersebut?
Keadaan iklim yang sesuai
Berhampiran pusat kewangan
Kawasan tanah yang luas
Bekalan buruh yang mencukupi
Berikut merupakan Taman Teknologi Industri yang dibina di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.
* Taman Teknologi Industri Kulim Hi-Tech Park
Apakah peranan taman teknologi tersebut?
Pusat latihan kejuruteraan
Pusat penyelidikan dan inovasi
Pusat perniagaan barangan industri
Pusat penempatan kepelbagaian industri
Pembentukan kawasan Zon Perindustrian Bebas bertujuan menarik pengusaha untuk melabur dan meransang ekonomi di kawasan sekitar. Apakah insentif yang diberi bagi menarik pelaburan tersebut?
Pelepasan cukai
Tenaga buruh murah
Potongan kos elektrik
Suntikan dana kerajaan
