WorksheetsSANTUNI JIRANMU
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud jiran dari segi bahasa ialah orang yang berada_____________ ( SP6.8.1 -TP1 )
Di sebelah rumah
Di sekeliling
Di luar
Di depan
Maksud jiran dari segi istilah ialah orang yang tinggal berdekatan sehingga ________ buah rumah dari setiap penjuru. ( SP6.8.1-TP1 )
10
20
30
40
Hukum berbuat baik kepada jiran ialah ________ ( SP6.8.2 -TP1 )
sunat
makruh
wajib
harus
Memuliakan jiran membuktikan bahawa seseorang itu beriman kepada Allah dan _____________ (SP6.8.2-TP1)
rasul
perkara ghaib
hari akhirat
qadak dan qadar
Adab berjiran yang diamalkan oleh Rasulullah ialah ( SP6.8.3-TP2 )
Memberi salam dahulu sebelum jiran memberi salam.
Memberi hadiah dan makanan kepada jiran.
Meminta tetamu memberi salam di sisi pintu supaya tidak ternampak aib di dalam rumah.
menolong jiran ketika ada majlis kesyukuran
Kewajipan kita terhadap jiran bukan Islam ialah _______ ( SP6.8.4-TP2 )
Memanggil jiran dengan suara yang sesuai.
Memberi nasihat.
Mengamalkan amal makruf nahi mungkar.
Tidak mengintai aurat jiran.
Antara berikut aktiviti yang manakah sesuai dilakukan bersama-sama jiran? ( SP 6.8.4-TP2 )
Gotong-royong membersihkan taman perumahan.
Membuat rondaan sekitar kawasan perumahan untuk keselamatan.
Mengumpat jiran tetangga yang lain.
Menceritakan keburukan jiran.
Antara berikut, yang manakah perbuatan yang kita mesti jauhi dalam hidup berjiran? ( SP 6.8.4-TP2 )
Menggunakan air paip jiran untuk mencuci kereta kita.
Senyum kepada jiran.
Bertanya khabar mengenai kesihatan jiran.
Memberi ayam goreng ala KFC kepada anak jiran.
Bagaimanakah anda meringankan beban jiran sekiranya rumah mereka terbakar? ( SP 6.8.4-TP2 )
Memadamkan api
Menulis status di Facebook mengenai musibah jiran
Menyediakan makanan
Memberi pakaian
“ Jiran itu ada tiga : jiran yang ada satu hak , jiran yang ada dua hak dan jiran yang ada tiga hak ..."
Siapakah jiran yang ada dua hak? ( SP 6.8.4-TP2 )
Jiran muslim
Jiran bukan muslim
Jiran mempunyai persaudaraan
Jiran yang paling baik
*BERBICARA MENGIKUT KEPERLUAN
*MENJAGA MARUAH DIRI
*MELAHIRKAN SIMPATI TERHADAP KESUSAHAN JIRAN
Pernyataan di atas merujuk kepada ( SP6.8.4-TP2 )
Hikmah beradab dengan jiran
Adab berjiran
Kepentingn menjaga adab berjiran
Hak terhadap jiran
Pilih pernyataan yang menunjukkan sikap jiran yang tidak baik ( SP 6.8.4 - TP3 )
Melayani jiran dengan baik tanpa mengira bangsa dan agama
Saling memberi hadiah antara jiran
Mengutamakan jiran dalam urusan jual beli
Merasa gembira apabila jiran dalam kesusahan
Yang manakah hak Ali sebagai jiran kepada Ahmad yang merupakan sepupunya ( SP 6.8.4-TP2 )
Hak sebagai muslim
Hak sebagai jiran
Hak sebagai kerabat
Hak sebagai tetamu
Apabila kita ingin mengundang jiran ke majlis perkahwinan kita harus _________. ( SP 6.8.4 -TP2 )
menghantar kad sahaja
pergi ke rumah mereka
tunggu sehingga kita terserempak
minta makanan daripada mereka
Berikut adalah jenis-jenis jiran KECUALI_____ ( SP 6.8.4-TP2 )
Jiran yang mempunyai hubungan persaudaraan
Jiran bukan Islam
Jiran muslim
Jiran sebelah rumah
Kewajipan kita terhadap jiran bukan Islam ialah ( SP 6.8.4-TP2 )
Tidak memanggil jiran dengan suara yang sesuai.
Memberi nasihat.
Mengamalkan amal makruf nahi mungkar.
Tidak mengintai aurat jiran.
Rasulullah SAW sentiasa meminta tetamu memberi _________di sisi pintu supaya tidak ternampak aib di dalam rumah. ( SP 6.8.3-TP2 )
salam
ketukan
tanda
panggilan
Tidak beradab dengan jiran akan menyebabkan _______________ ( SP 6.8.5-TP 3 )
Kehidupan sentiasa dalam ketenangan
Disukai oleh ahli masyarakat
Ekonomi negara akan menjadi lebih maju
keharmonian dan hidup bermasyarakat terjejas
Yang manakah hikmah mengamalkan adab berjiran (SP6.8.5-TP3 )
Saling bermusuhan antara satu sama lain
Sentiasa berasa curiga sesama jiran
Sentiasa berasa selamat dan selesa
Kecurian sentiasa berlaku.
Antara hikmah mengamalkan adab berjiran dalam kehidupan ialah ........... mudah dicegah dengan mengukuhkan hubungan silaturahim antara jiran. ( SP 6.8.5-TP3)
kebaikan
kurang
kemungkaran
penat
