wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tahun 4 Unit 8 Moral

Total questions: 65

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Sebagai seorang ketua dalam sesebuah komuniti berjiran, kita hendaklah tidak ___________________________ dalam mengambil tindakan datau keputusan.

a)

berprasangka buruk

b)

sama rata

c)

berat sebelah

d)

adil

2.

Kita hendaklah memberi layanan ___________________________ terhadap jiran tanpa mengira agama atau kaum.

a)

sama rata

b)

dingin

c)

pilih kasih

d)

berlebihan

3.

Sikap adil perlu diamalkan dalam mengagihkan sesuatu ___________________________ dalam komuniti berjiran.

a)

amalan

b)

penilaian

c)

latihan

d)

tugasan

4.

___________________________ yang adil dan saksama adalah penting tanpa memilih agama atau bangsa jiran-jiran dalam komuniti yang sama.

a)

Pergaduhan

b)

Pergaulan

c)

Konflik

d)

Permusuhan

5.

Memberi teguran dan nasihat kepada jiran hendaklah dengan cara yang ___________________________.

a)

berkasar

b)

berhemah tinggi

c)

bekerjasama

d)

berseronok

6.

Sikap suka ___________________________ haruslah dihapuskan supaya kita dapat hidup dalam suasana kejiranan yang harmoni.

a)

bekerjasama

b)

bertoleransi

c)

berprasangka buruk

d)

bersyukur

7.

Jeevan ___________________________ oleh jirannya kerana bersikap tidak adil terhadapnya.

a)

disayangi

b)

tidak disenangi

c)

dikasihi

d)

dimuliakan

8.

Sikap berat sebelah terhadap jiran akan ___________________________ terhadap jiran.

a)

merapatkan hubungan

b)

merosakkan kebahagiaan

c)

meningkatkan kemesraan

d)

merenggangkan hubungan

9.

Encik Gomez dan Encik Ramli bersikap ___________________________ semasa menyelesaikan perselisihan anak mereka.

a)

tidak berat sebelah

b)

saling membenci

c)

panas baran

d)

pilih kasih

10.

Saya berasa ___________________________ apabila membuat keputusan yang adil terhadap jiran.

a)

kecewa

b)

berduka

c)

puas hati

d)

rendah diri

11.

Nenek Paro membawa buah betik dari kampung. Nenek meminta Paro mengagihkannya kepada jiran.

Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh Paro?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Mengagihkan kepada jiran yang tinggal sebelah rumah sahaja

b)

Mengagihkan kepada semua jiran

c)

Memberikan buah yang baik kepada semua jiran

d)

Memilih buah yang besar untuk jiran yang disukai

12.

Pasu bunga jiran pecah semasa adik Enggo dan anak jiran bermain bola.

Apakah tindakan yang harus dilakukan dalam situasi ini?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Mereka berdua mesti mengakui kesilapan yang dilakukan

b)

Menuduh anak jiran yang telah menyebabkan pasu pecah

c)

Meminta maaf kepada jiran

d)

Menghilangkan diri selepas melakukan kesalahan tersebut

13.

Kamu memilih rakan jiran yang rapat sahaja untuk bermain bola keranjang.

Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Anak jiran yang tidak dipilih berasa dihargai

b)

Menimbulkan rasa tidak puas hati

c)

Mewujudkan suasana kejiranan yang harmoni

d)

Menyebabkan perselisihan faham

14.

Saya hanya mengutip sampah di hadapan rumah jiran yang hadir ke aktiviti gotong-royong.

Mengapakah tindakan ini dianggap tidak adil?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Saya bersikap pilih kasih terhadap jiran

b)

Jiran yang tidak hadir mungkin mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan

c)

Perbuatan saya akan mendapat pujian dari jiran tersebut

d)

Jiran tersebut boleh mengutip sendiri sampah di hadapan rumahnya

15.

Saya menjemput jiran yang berlainan kaum dan agama untuk menghadiri majlis jamuan makan malam.

Bagaimanakah saya boleh bertindak adil untuk melayan

tetamu yang hadir ke majlis itu?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Melayan semua jiran tanpa mengira agama dan kaum

b)

Menyediakan ruang tamu yang berlainan mengikut agama dan kaum jiran

c)

Menyediakan hidangan yang sedikit sahaja

d)

Menyediakan hidangan yang boleh dinikmati oleh semua jiran

16.

Semua tugasan dalam sesuatu aktiviti atau acara hendaklah diagihkan _____________________ .

a)

secara pilih kasih

b)

secara diktator

c)

secara adil dan saksama

17.

Semasa mengagihkan cenderamata kepada semua penduduk yang hadir, Yi Cheng dan Latha memberikan cenderamata kepada _______________________

a)

seorang ahli keluarga sahaja.

b)

setiap keluarga mengikut bilangan anak jiran.

c)

penduduk yang dikenali rapat sahaja.

18.

Kita hendaklah memberikan layanan yang sama kepada semua anak jiran tanpa mengira kaum.

a)

Benar

b)

Salah

19.

Dalam suatu pertandingan melukis, Radzi mengumpulkan kertas lukisan yang siap sahaja. Adakah tindakan Radzi adil?

a)

Ya

b)

Tidak

20.

Veron bertugas mengagihkan makanan kepada semua penduduk yang hadir dalam karnival tersebut. Dia memberikan makanan ______________________________ .

a)

mengikut giliran yang beratur di kaunter makanan.

b)

kepada jiran baiknya yang beratur di belakang barisan.

c)

kepada adiknya yang tidak beratur.

21.

Nyatakan contoh tindakan adil terhadap jiran. Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Adil dan saksama dalam mengagihkan sesuatu tugas.

b)

Tidak pilih kasih dalam melayan anak-anak jiran.

c)

Mengutamakan jiran yang lebih rapat.

d)

Memberikan cenderamata kepada jiran tertentu sahaja.

22.

Mengapakah kita perlu bersikap adil terhadap jiran?

a)

Mewujudkan hubungan yang renggang sesama jiran.

b)

Mewujudkan hubungan yang lebih mesra sesama jiran.

c)

Mewujudkan rasa tidak puas hati dengan jiran.

23.

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bersikap tidak adil dengan jiran?

a)

Mewujudkan rasa tidak puas hati jiran.

b)

Hubungan semakin erat sesama jiran.

c)

Jiran gembira dan berpuas hati.

24.

Berikut adalah maksud bersikap adil, kecuali

a)

tidak memihak atau sama rata.

b)

tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang.

c)

tidak ada pilih kasih.

d)

tidak memberi peluang kepada orang lain.

25.

Kesan sekiranya bersikap tidak adil dengan jiran adalah seperti berikut, kecuali

a)

tidak disayangi oleh jiran.

b)

tidak akan rasa bersalah dengan jiran.

c)

tidak akan gembira dengan jiran.

26.

Jiran kamu baru balik dari hospital kerana sakit. Apakah tindakan yang harus kamu lakukan?

a)

menziarahi jiran itu

b)

meminta jiran itu datang ke rumah kamu

c)

bertanya kenapa dia harus masuk hospital

d)

menelefon jiran sahaja

27.

Setiap pagi, Jane memberikan salam kepada jirannya. Apakah nilai yang terdapat dalam situasi di atas?

a)

Hormat

b)

Adil

c)

Bekerjasama

d)

Toleransi

28.

Anak jiran meletakkan basikal di hadapan rumah kamu. Apakah tindakan kamu?

a)

Saya merosakkan basikal itu.

b)

Saya memarahi anak jiran itu.

c)

Saya membenarkan anak jiran meletakkan basikalnya.

d)

Saya mengalihkan basikal ke rumahnya tanpa keizinan.

29.

Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju

kamu. Apakah yang patut kamu lakukan ?

a)

Memaafkannya kerana tidak disengajakan.

b)

Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan.

c)

Tidak memaafkannya.

d)

Melaporkan kepada guru disiplin.

30.

Antara yang berikut, sikap yang manakah perlu ada untuk hidup berjiran?

a)

Bekerjasama

b)

Memencilkan diri

c)

TIdak bertegur sapa

d)

Menjauhkan diri

31.

Pilih pernyataan yang betul mengenai amalan baik sesama jiran.

a)

Perselisihan faham

b)

Hubungan tidak harmoni

c)

Memberi sokongan moral

d)

Menggalakkan keburukan yang mereka lakukan

32.

Jiran saya, Ahmad sedang berpuasa hari ini. Saya patut...

a)

makan dan minum di hadapannya

b)

tidak makan dan minum di hadapannya

c)

memberi makanan kepadanya

d)

memperlekehkan amalan puasanya

33.

Wendy berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang dihadirinya. Dia juga tidak berpakaian mencolok mata. Wendy mengamalkan nilai...

a)

Baik Hati

b)

Rajin

c)

Kesederhanaan

d)

Toleransi

34.

Semua yang berikut merupakan amalan yang mulia, kecuali...

a)

bertanya khabar

b)

menghormati orang tua

c)

membuang sampah di rumah ibadat

d)

bertanggungjawab

35.

Chong Wei beratur semasa membeli makanan di kantin. Dia mengamalkan nilai ...

a)

cintakan negara

b)

patuh pada peraturan

c)

hormat menghormati

d)

berterima kasih

36.

1. Puan Azlina _______________ pakaian dan selimut kepada mangsa banjir.

a)

meminjamkan

b)

mendermakan

37.

1. Judith ________________ buku rujukannya supaya boleh belajar bersama kawannya.

a)

berkongsi

b)

menutup

38.

1. Encik Param dan Encik Abu saling ___________ bantuan antara satu sama lain agar susah senang bersama.

a)

berbalah

b)

menghulurkan

39.

1. Doris ____________ sikap anak jirannya yang selalu berbuat bising.

a)

menegur

b)

memuji

40.

1. Pak Karim selalu ________ duit poket kepada Anis supaya dia boleh berbelanja di sekolah.

a)

memberi

b)

meminta

41.

1. Puan Sheila ______________ anak jirannya ke halaman rumahnya untuk makan kuih muih.

a)

menghalau

b)

memanggil

42.

1. Igang dan ayahnya akan membuka _______________ sebelum masuk ke dalam masjid.

a)

kasut

b)

baju

43.

1. Pakain yang tidak _______________ dilarang dipakai ke tempat beribadat

a)

labuh

b)

sopan

44.

1. Kakak dan adik dimarahi ibu kerana ketawa dengan ________________ semasa berada di dalam gereja.

a)

kuat

b)

perlahan

45.

1. Safiyyah diajar untuk membaca _______________ sebelum tidur.

a)

doa

b)

akhbar

46.

Berikut adalah perkataan yang sama maksud dengan adil KECUALI

a)

Layanan sama rata

b)

berat sebelah

c)

tidak menyebelahi mana-mana pihak

d)

saksama

47.

Kita perlu menghulurkan ...................... kepada jiran-jiran tanpa mengira kaum dan agama.

a)

bilangan

b)

bantuan

c)

adil

d)

berhemah

48.

Encik Osman memberi layanan yang ...................... kepada jiran-jiran yang datang ke majlis kenduri kahwin anaknya.

a)

adil

b)

sombong

c)

berat sebelah

d)

buruk

49.

Ketua kampung tidak bersikap ....................... apabila membuat keputusan demi kebaikan bersama.

a)

adil

b)

saksama

c)

berat sebelah

d)

berhemah

50.

Puan Mahani sentiasa ...................... dengan jiran-jiran tanpa membezakan kedudukan mereka.

a)

berat sebelah

b)

bergaul mesra

c)

pilih kasih

d)

sombong

51.

Puan Mages memberikan cenderamata yang ............. kepada setiap anak jirannya.

a)

mahal

b)

berbeza

c)

banyak

d)

sama

52.

Edora membantu jiran-jirannya yang kaya sahaja

a)

betul

b)

salah

53.

Suraya menyiasat punca pergaduhan adiknya dengan anak jiran dengan adil.

a)

betul

b)

salah

54.

Zamri mengagihkan hadiah kepada jirannya yang rapat dengannya sahaja.

a)

betul

b)

salah

55.

Izara tidak berat sebelah ketika mengagihkan makanan kepada penduduk semasa aktiviti gotong royong

a)

betul

b)

salah

56.

Saya ______________ dengan jiran jika melakukan kesalahan.

a)

membuat tidak tahu

b)

meminta maaf

57.

Saya menggunakan nada suara yang _________________ketika berbual dengan jiran.

a)

sopan

b)

tinggi

58.

Saya sentiasa beramah __________________ dengan jiran.

a)

marah

b)

mesra

59.

Saya berpakaian ________________ dan sesuai ke upacara perkahwinan jiran untuk menjaga imej.

a)

seksi

b)

sopan

60.

Saya duduk dengan _________________ semasa mengunjungi rumah jiran.

a)

aktif

b)

tertib

61.

Saya berasa _______________apabila mengamalkan hemah tinggi sesama jiran.

a)

sedih

b)

bangga

62.

Saya membalas senyuman dan ___________________tangan dengan anak jiran yang kurang upaya.

a)

berjabat

b)

menolak

63.

Saya sentiasa menerima teguran daripada jiran dengan ______________________ dan hati terbuka.

a)

berhemah

b)

perasmian marah

64.

Amalan _________________sapa dapat mewujudkan perhubungan yang lebih akrab sesama jiran.

a)

bertolak

b)

bertegur

65.

Saya akan dipandang ________________sekiranya sentiasa menjaga ada dalam kehidupan berjiran.

a)

rendah

b)

tinggi