wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

8.3 & 8.4 Dasar Pembangunan Negara (DPN)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) berakhir?

a)

1970

b)

1990

2.

DUA Rancangan Pembangunan Lima Tahun di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

a)

Rancangan Malaysia Kelima

b)

Rancangan Malaysia Keenam

c)

Rancangan Malaysia Ketujuh

3.

Siapakah yang melancarkan Dasar Pembangunan Nasional?

a)
b)
c)
4.

Apakah matlamat Dasar Pembangunan Nasional?

a)

Mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan

b)

Melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pertanian dan perindustrian

5.

DPN menetapkan langkah untuk Malaysia menjadi negara yang maju. Apakah aspek negara maju tersebut?

a)

Keadilan sosial

b)

Bersikap demokratik

6.

Apakah strategi DPN untuk meneruskan usaha membasmi kemiskinan masyarakat?

a)

Melibatkan pihak swasta dalam pembangunan

b)

Memperkasakan sekolah jenis kebangsaan

7.

Kerajaan turut menitikberatkan pembangunan fizikal dan alam sekitar dalam DPN melalui DUA usaha berikut

a)

Penggunaan teknologi hijau

b)

Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar

c)

Penggunaan sains dan teknologi pertanian

8.

DUA strategi kerajaan dalam melaksanakan DPN dalam aspek sosial.

a)

Menyediakan dan menambah baik kemudahan asas

b)

Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera

c)

Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif

9.

Bagaimanakah matlamat DPN untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan dapat dicapai?

a)

Penyediaan dan penambahbaikan kemudahan asas

b)

Pembangunan seimbang antara negeri, bandar dan luar bandar

10.

DPN merupakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan

a)

Wawasan 2020

b)

Wawasan Kesemakmuran Bersama

11.

Bagaimanakah kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat dapat dihapuskan?

a)

Pemberian subsidi dan sokongan kepada golongan penanam padi dan nelayan

b)

Pemberian kontrak, kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera

12.

Apakah yang diperoleh golongan belia melalui Pusat Latihan Kemahiran Giatmara?

a)

Membaiki tahap kualiti dan mutu pengeluaran

b)

Mendapat pekerjaan berkaitan dengan kemahiran

13.

Apakah tujuan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)?

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Meningkatkan pendapatan rakyat

14.

DUA langkah menyusun semula masyarakat di bawah DPN.

a)

Pemberian latihan pengurusan harta dan etika perniagaan

b)

Pendedahan terhadap teknologi terbaharu dan kemudahan modal

c)

Pembangunan wilayah dan kesamarataan pendapatan

15.

Bagaimanakah matlamat penyusunan semula modal saham dapat dilaksanakan?

a)

Pelaksanaan program penswastaan

b)

Menggalakkan pelaburan modal asing

16.

Apakah faedah Dasar Penswastaan?

a)

Meningkatkan kualiti perkhidmatan

b)

Meningkatkan pelibatan pelabur asing

17.

DUA agensi yang terlibat dalam projek penswastaan syarikat perniagaan bumiputera.

a)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

b)

Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

c)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

18.

Apakah usaha kerajaan membaiki ketidaseimbangan pembangunan wilayah dalam DPN?

a)

Meluluskan lesen kepada syarikat usahasama

b)

Memperkenalkan konsep pertanian pintar

19.

Manakah antara berikut pihak yang bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan pembangunan pertanian?

a)

MARDI

b)

FELDA

20.

Berikut merupakan kaedah pertanian pintar yang dijalankan bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian KECUALI

a)

Penggunaan tenaga haiwan dan kaedah penanaman tradisional

b)

Penggunaan jentera moden untuk membajak dan menuai