WorksheetsT5 BAB 4 : KADAR TINDAK BALAS (TVPERAK)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Antara proses berikut, yang manakah merupakan tindak balas yang cepat ?
A. Fotosintesis dalam tumbuhan
B. Pembakaran arang
C. Pengaratan paip besi
D. Penapaian beras
Apakah unit bagi kadar tindak balas ?
A. kg
B. J mol-1
C. ms-2
D. cm3 s-1
Apabila magnesium bertindak balas dengan asid hidroklorik, gas hidrogen dibebaskan. 45 cm3 gas hidrogen dibebaskan dalam masa seminit. Berapakah kadar tindak balas purata?
A. 0.45 cm3 s-1
B. 0.50 cm3 s-1
C. 0.75 cm3 s-1
D. 0.80 cm3 s-1
Rajah menunjukkan graf isipadu gas melawan masa.
Titik manakah menunjukkan kadar tindak balas yang paling tinggi.
A. S
B. T
C. U
D. V
Maklumat berikut menunjukkan suatu persamaan tindak balas.
Antara kaedah berikut, yang manakah paling sesuai untuk menentukan kadar tindak balas di makmal sekolah?
A. Menentukan perubahan suhu larutan dengan masa
B. Menentukan perubahan kepekatan larutan zink klorida dengan masa
C. Menentukan isi padu gas hidrogen yang dibebeaskan dengan masa
D. Menentukan perubahan kepekatan asid hidroklorik dengan masa.
Mengapakah pertambahan kepekatan larutan natrium triosulfat akan meningkatkan kadar pembentukan mendakan kuning?
A. Pertambahan tenaga kinetik
B. Mengubah kadar sesuatu tindak balas kimia
C. Pertambahan bilangan zarah-zarah tindak balas
D. Jumlah luas permukaan (JLP) yang terdedah yang lebih besar kepada tindak balas
Rajah menunjukkan suatu tindak balas.
Tindakan manakah yang boleh meningkatkan kadar tindak balas.
A. Tambahkan air ke dalam asid
B. Guna bekas yang lebih besar
C. Guna kalsium karbonat yang bersaiz besar
D. Tingkatkan suhu asid
Berapakah nisbah nitrogen dan hidrogen yang diperlukan dalam Proses Haber ?
A. 1:2
B. 1:3
C. 1:4
D. 1:5
Mengapakah vanadium (V) oksida digunakan di dalam Proses Sentuh ?
A. Untuk merendahkan suhu
B. Untuk meningkatkan kadar tindak balas
C. Untuk meningkatkan tekanan
D. Untuk meningkatkan masa tindak balas
Lily ingin memasak daging dalam masa yang singkat. Antara berikut, yang manakah kaedah terbaik yang boleh dilakukan oleh Lily ?
A. Masak di dalam periuk tekanan
B. Menambah air semasa memasak
C. Menghiris daging dengan nipis
D. Rendam daging dalam larutan garam sebelum masak
