WorksheetsKATA ADJEKTIF TAHUN 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah yang dimaksudkan dengan kata adjektif ?
Kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
Kata yang menunjukkan perbuatan seseorang
Kata yang menanyakan sesuatu
Kata yang menggantikan nama orang
Pilih ayat yang menunjukkan kata adjektif jenis waktu.
Harga kain sutera itu sangat mahal
Mohandas dan rakannya berjaya mendaki gunung yang paling tinggi
Rumah Encik Ali sangat besar
Ayah pergi ke pejabat pada awal pagi
Rasa buah limau itu ___________ seperti cuka.
masin
pahit
manis
masam
Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat mereka.
gembira
berani
peramah
degil
Kata adjektif dikenali sebagai :
Kata tanya
Kata sifat
Kata kerja
Kata ganti nama
Sampan kecil itu __________ dengan buah kelapa dan buah cempedak yang baru dipetik dari kebun Lebai Malau
sarat
berat
ketat
muat
Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.
gopoh
lampat
cepat
cermat
Pilih contoh jenis kata adjektif perasaan yang betul.
jelita, baik, jahat, baik
biru, merah, kuning, hitam
marah, sayang, cemburu, sedih
bulat, bujur, segi tiga, bengkok
Ayah memandu kereta agak ___ semasa hujan lebat.
deras
perlahan
ligat
cemas
Chua Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________________________ apabila diumumkan sebagai pemenang pertandingan mendeklamasikan sajak.
manja
sayu
gembira
hairan
Cikgu Kamal berasa _________ akan murid-murid yang suka ponteng sekolah itu.
gembira
ceria
terang
marah
Berikut merupakan contoh perkataan bagi kata adjektif pancaindera kecuali:
Lazat
Busuk
Biru
Hodoh
Lauk-pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap-sedap belaka walaupun ____________ .
kelat
pedas
payau
masin
Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
kuat
rakus
senyap
perlahan
Pilih jenis kata adjektif yang betul bagi perkataan yang digariskan.
Arus sungai itu sangat deras
Kat adjektif perasaan
Kata adjektif cara
Kata adjektif waktu
Kata adjektif warna
