wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Kesihatan : SAYA SIHAT... ANDA SIHAT?

Total questions: 35

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Sakit dada yang disebabkan oleh bekalan darah dalam arteri koronari yang tidak mencukupi ke jantung.

Namakan keadaan ini?

a)

Angina

b)

Serangan jantung

c)

Lemah jantung

d)

Strok

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan Penginfarkan miokardium?

a)

Penyakit jantung

b)

Serangan jantung

c)

Strok

d)

Angina

3.

Apakah punca berlakunya angin ahmar?

a)

Apabila sel-sel jantung mati akibat kegagalan mendapatkan bekalan oksigen disebabkan oleh salur darah ke jantung tersumbat atau pecah

b)

Apabila sel-sel jantung mati akibat kegagalan mendapatkan bekalan oksigen dan nutrient disebabkan oleh salur darah ke jantung tersumbat atau pecah

c)

Apabila sel-sel otak mati akibat kegagalan mendapatkan bekalan oksigen dan nutrient disebabkan oleh salur darah ke otak tersumbat atau pecah

d)

Apabila sel-sel otak mati akibat kegagalan mendapatkan bekalan oksigen disebabkan oleh salur darah ke otak tersumbat atau pecah

4.

HIV atau virus kurang daya tahan manusia merupakan virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Virus ini sukar dimusnahkan kerana sentiasa menukar bentuk antigennya supaya tidak dapat dicam oleh antibodi.Virus HIV melemahkan dan memusnahkan sistem keimunan manusia dengan cara menyerang sel limfosit yang menyelaras sistem keimunan badan.

Namakan sel limfosit tersebut.

a)

Sel limfosit Alfa

b)

Sel limfosit Delta

c)

Sel limfosit B

d)

Sel limfosit T

5.

Gejala penyakit ini adalah ruam terbentuk pada kulit muka dan leher, ulser mulut, keguguran rambut, keradangan pada salur darah dan sendi-sendi dan kulit yang sensitif pada cahaya matahari.

Punca penyakit ini masih kurang jelas tetapi dikaitkan dengan faktor genetik, persekitaran, hormon dan sesetengah jenis ubat.

Kerap berlaku dikalangan wanita berbanding lelaki.

Apakah penyakit ini?

a)

Alahan

b)

Sindrom Myia

c)

Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)

d)

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

6.

Kecacatan gen ini menyebabkan pengawalan proses penyerapan garam ke dalam dan keluar tubuh terganggu. Peningkatan kandungan garam menyebabkan air terhalang untuk diserap ke dalam sel tubuh serta menggalakkan lebih pembentukan mukus.

Lapisan mukus terbentuk di dalam paru-paru, sistem penghadaman dan beberapa organ lain. Lapisan mukus ini terbentuk berulangkali, berbahaya, menyebabkan jangkitan paru-paru serta menghalang fungsi pankreas untuk mengeluarkan enzim bagi proses pencernaan nutrien penting pemakanan.

a)

Asma

b)

Bronkitis

c)

Cystic Fibriosis

d)

Emfisema

7.

Penyakit ini selalunya terjadi pada kaum wanita.

Punca utama penyakit ini ialah penghasilan hormone kortisol yang berlebihan dan kanser kelenjar adrenal. Pesakit selalunya mengalami peningkatan berat badan, masalah tekanan darah tinggi dan pengumpulan lemak pada bahu dan muka.

Rajah di atas menunjukkan simptom yang berlaku pada manusia yang menghidap penyakit ini.

Namakan penyakit ini.

a)

Sindrom Edward

b)

Sindrom Cushing

c)

Sindrom Down

d)

Sindrom Asperger

8.

Antara berikut yang manakah penyakit yang tergolong di bawah COPD?

a)

Emfisema

b)

Dismorfia

c)

Herpes

d)

ALS

9.

Berlaku apabila kandungan gula darah menurun ke tahap bawah normal disebabkan pengambilan ubatan seperti insulin dan sulfonilurea. Pelbagai simptom akan muncul dengan segera apabila keadaan ini berlaku termasuk masalah percakapan, kekeliruan, pitam, sawan atau maut,rasa lapar, berpeluh, menggigil serta lemah badan.

a)

Hipoglisemia

b)

Hiperglisemia

c)

Hipotermia

d)

Hipertermia

10.

Namakan penyakit berdasarkan rajah di atas.

a)

Pertussis

b)

Goiter

c)

Poliomylitis

d)

Difteria

11.

Merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae dan dapat merebak dengan cepat. Pada manusia, antara gejala umum adalah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa tidak sedap badan. Dalam kes yang lebih teruk,boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Golongan berisiko tinggi adalah pesakit yang menghidap penyakit kencing manis, mereka yang mengalami masalah pernafasan dan lelah, pesakit kardiovaskular, pesakit buah pinggang, pesakit dengan masalah sistem imun seperti penyakit HIV, mereka yang menerima rawatan barah atau yang menjalani pemindahan organ serta kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Maklumat di atas merujuk kepada penyakit

a)

Faringitis

b)

Resdung

c)

Influenza

d)

Alahan

12.

Perhatikan kariotip manusia dibawah.

Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini mempunyai kepala kecil dengan telinga yang rendah atau dagu kecil atau hidung yang lebar. Kedudukan mata yang jauh antara satu sama secara luar biasa dan kelopak mata dapat memiliki lipatan kulit yang dapat

Perkembangan kemahiran bahasa yang sangat perlahan.Tangisan berbunyi seperti kucing dan bernada tinggi kerana mempunyai masalah larinks dan sistem saraf. Jeritan bernada tinggi biasanya hilang dalam beberapa tahun selepas kelahiran. Akan tetapi, suara yang bernada tinggi tetap menimbulkan masalah. Di samping itu, tulang belakang bengkok dapat berkembang sepanjang hayat.


Namakan sindrom ini.

a)

Sindrom William Cat

b)

Sindrom Digeorge Cat

c)

Sindrom Du Du Chat

d)

Sindrom Cri Du Chat

13.

Doktor : Boleh saya bantu... Apa masalah encik?

Pesakit : Zakar saya mengeluarkan nanah dan terasa seperti ada luka didalam. Terasa pedih dan ngilu ketika buang air kecil. Sudah seminggu saya mengalami masalah ini dan 2 hari lepas, pangkal peha saya bengkak. Pergerakan yg agresif juga menyebabkan kesakitan. Saya juga rasa cepat letih.


Berdasarkan temubual di atas, pesakit ini telah mengalami .....

a)

Chlamydia

b)

Herpes

c)

Sifilis

d)

Gonorrhea

14.

Simptom ini merujuk kepada penyakit....

a)

Chlamydia

b)

Herpes

c)

Sifilis

d)

Gonorrhea

15.

Rajah di atas menunjukkan satu kaedah perubatan.


Apakah kesan apabila seorang lelaki menjalani kaedah ini.

a)

Sperma yang dihasilkan tidak normal

b)

Sperma tidak dapat memasuki zakar

c)

Sperma tidak dapat dihasilkan

d)

Sperma tidak dapat dihasilkan dengan banyak

16.

Rajah di atas menunjukkan keadaan hiperpigmentasi yang merupakan salah satu gejala awal penyakit ini.Selain daripada keadaan ini, pesakit juga mengalami penurunan berat badan, tekanan darah yang rendah, masalah gastrointestinal dan perubahan emosi.Kekurangan hormone kortisol dan aldosterone yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal merupakan punca penyakit ini.

Apakah penyakit ini?

a)

Sindrom Addison

b)

Sindrom Graves

c)

Kanser Adrenal

d)

Hiperadrenalisme

17.

Rajah di atas menunjukkan satu punca berlakunya penyakit berkaitan dengan jantung.

Namakan penyakit tersebut.

a)

Aterosklerosis

b)

Arteriosklerosis

c)

Hipertensi

d)

Strok

18.

Gambar di atas menunjukkan simpton satu jenis penyakit. Penyakit ini menyebabkan darah lambat atau tidak boleh membeku apabila mengalami kecederaan. Ia merupakan suatu penyakit keturunan.

Namakan penyakit ini

a)

Lebam

b)

Hemophilia

c)

Trombosis

d)

Embolisme

19.

Alat di atas digunakan untuk penyakit

a)

Glucolisme

b)

Diabetes inspidus

c)

Diabetes melitus

d)

Glucometer

20.

Lelaki di atas telah mengalami sejenis penyakit dimana dia mengalami pembesaran tangan, kaki dan muka termasuklah tulang muka, hidung, bibir dan lidah. Lelaki ini juga mengalami perpeluhan yang berlebihan dan bau badan.Mudah merasa letih dan lemah pada sendi dan otot.

Namakan hormon yang menyebabkan penyakit di atas.

a)

Hormon insulin yang berlebihan

b)

Hormon tiroksina yang berlebihan

c)

Hormon pembesaran yang berlebihan

d)

Hormon tumbesaran yang berlebihan

21.

Susan adalah seorang wanita kerjaya dan ibu kepada tiga orang anak. Oleh kerana jadual yang amat sibuk, dia sering kali mengubah masa makan, atau makan secara tidak teratur. Baru-baru ini, dia sering mengadu sakit perut dan berasa tekaknya mengandungi banyak ludah, dan dia tidak boleh menelan atau meludah keluar dengan mudah. Doktor telah mendiagnosis bahawa otot sfinkter esofagusnya agak lemah dan tidak mengecut dan menyebabkan jus gastrik memasuki esofagus. Apakah masalah / penyakit yang dihadapi oleh Susan?

a)

Gastritis

b)

Asid refluk

c)

Pica

d)

Gastroparesis

22.

Faktor-faktor di bawah adalah penyebab kegagalan penghasilan insulin pada seseorang individu :


i. Kerosakan atau trauma pada organ pankreas

ii. Antibodi dalam badan menyerang sel pankreas (autoimmune)

iii. Pengambilan alkohol

iv. Merokok

v. Jangkitan kuman atau keradangan pada pankreas


Apakah masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh individu tersebut?

a)

Obesiti

b)

Kanser pankreas

c)

Diabetes jenis 1

d)

Diabetes jenis 2

23.

Pengambilan diet tinggi serat sangat penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit seperti di bawah kecuali

a)

Aneroxia nervosa

b)

Sembelit

c)

Kanser kolon

d)

Buasir

24.

Manakah antara berikut merupakan penyakit yang berkaitan dengan sistem endokrin?

a)

Epilepsi

b)

Sclerosis ganda

c)

Meningitis

d)

Diabetes melitus

25.

………………. adalah penyakit saraf yang menyebabkan kelemahan atau kelumpuhan sementara pada otot-otot di wajah. Keadaan ini terjadi ketika saraf periferi yang mengawal otot wajah mengalami keradangan, pembengkakan, atau penekanan yang menyebabkan sebahagian wajah pesakit akan menjadi kaku, sukar tersenyum atau menutup mata

a)

Bell's palsy

b)

Strok

c)

Epilepsi

d)

Penyakit Parkinson

26.

Encik Ahmad berumur 68 tahun dan tinggal bersama anaknya selepas kematian isterinya 5 tahun lalu. Baru-baru ini anak Encik Ahmad menyedari terdapat perubahan tingkah laku pada bapanya. Encik Ahmad seringkali menjadi pelupa, sukar untuk mengingati sesuatu perkara walaupun perkara tersebut baharu sahaja berlaku, perubahan sikap yang mendadak dan sering mengurung diri.


Manakah antara berikut merupakan masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh Encik Ahmad?

a)

Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS)

b)

Sclerosis ganda

c)

Alzheimer

d)

ADHD

27.

Seorang doktor telah menerima pesakit yang mempunyai simptom seperti berikut;


● Tulang bahu tinggi sebelah

● Pinggul yang tidak sekata

● Sakit belakang

● Masalah pernafasan yang disebabkan kurang rongga dada untuk pengembangan peparu


Berdasarkan simptom di atas, apakah diagnosis penyakit yang mungkin dialami oleh pesakit tersebut?

a)

Artritis

b)

Osteomalasia

c)

Osteoporosis

d)

Skoliosis

28.

Pernyataan di bawah merujuk kepada osteoarthritis kecuali;

a)

Tulang yang lembut akibat kekurangan kalsium, fosforus dan vitamin D

b)

Pengurangan bendalir synovial dan rawan yang haus

c)

Tulang rawan menjadi nipis

d)

Ligamen menjadi pendek dan hilang kekenyalan

29.

Apakah nama lain untuk penyakit osteomalasia?

a)

Athritis

b)

Riket

c)

Kwasyiorkor

d)

Rheumatoid

30.

Jangkitan saluran kencing (UTI) berlaku apabila kuman menjangkiti sistem urinari yang terdiri daripada pundi kencing, buah pinggang, salur ureter dan salur uretra. Mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing ialah

a)

P. acnes

b)

S. aureus

c)

E. coli

d)

S. enterica

31.

Makanan yang kaya dengan garam dan tinggi kandungan oksalat boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Manakah antara makanan di bawah yang boleh meningkatkan risiko batu karang jika diambil berlebihan?

a)

Brokoli

b)

Susu soya

c)

Oren

d)

Ikan salmon

32.

Berikut adalah cara mencegah batu karang kecuali

a)

Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari

b)

Kurangkan makanan bergaram

c)

Kurangkan makan daging

d)

Kurangkan pengambilan kalsium

33.

Antara berikut, yang manakah merupakan penyakit pewarisan?

a)

Alkaptonuria

b)

Hepatitis

c)

Scabies

d)

Denggi

34.

Antara berikut yang manakah benar tentang thalassemia?

a)

Thalaasemia adalah penyakit darah yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah

b)

Thalasemia adalah penyakit yang dibawa oleh alel dominan

c)

Thalassemia beta adalah penyakit genetik yang terdapat pada kromosom ke 11

d)

Genotip untuk thalassemia minor adalah heterozigot

35.

Antara berikut, yang manakah penyakit yang disebabkan oleh mutasi gen?

a)

Sindrom Down

b)

Albino

c)

Klinefelter

d)

Sindrom Jacob