NEW
Font size
WorksheetsBAB 8.1 REAKSI PEMERINTAH NNMU DAN JOHOR TERHADAP BARAT
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pernyataan berikut merupakan faktor-faktor yang mendorong penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (NNMU) kecuali...
Perkembangan politik serantau
Melibatkan persaingan kuasa Barat
Persaingan antara British dan Perancis
Kekayaan hasil bumi terutama bijih timah dan getah
Perjanjian Bangkok 1909 telah ditandatangani antara British dan Siam.
Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Tanah Melayu?
Memecahbelahkan wilayah Negeri-negeri Melayu Utara
Membangkitkan kuasa British di Negeri-negeri Melayu
Memulihkan hubungan antara Siam dengan Kedah
Menggabungkan Negeri-negeri Melayu Utara
Apakah asas penentuan sempadan Negeri-negeri Melayu Utara dengan Siam berdasarkan protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909?
Bentuk batuan
Jenis tanaman
Legeh dan lembah sungai
Kesuburan tanah
Pernyataan berikut merupakan Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909 kecuali...
Bermula dari utara muara Sungai Perlis
Berakhir di muara Kuala Tabal
Pulau Langkawi menjadi kepunyaan British
Perlis menjadi milik Siam
Pemerintah Perlis iaitu Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1943) membantah tindakan Siam mengambil wilayah .............................. dan dimasukkan ke dalam wilayah ..............................
Setul, Pujoh
Pujoh, Siam
Pujoh, Setul
Pujoh, Kuala Perlis
Mengapakah Raja Syed Alwi Jamalullail mengganggap wilayah Pujoh sebahagian daripada Perlis?
Ditadbir oleh Penghulu Kuala Perlis
Pentadbiran dikuasai pembesar Perlis
Hak memungut cukai oleh Sultan
Semua di atas
Pemerintah Kedah ........................... tersinggung kerana tidak diajak berunding tentang perihal negeri Kedah dan menganggap pihak yang menjual negeri Kedah seperti menjual seekor kerbau.
Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1943)
Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943)
Sultan Zainal Abidin III
Sultan Muhammad IV
Kesan Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909, menyebabkan Kedah kehilangan wilayah-wilayah berikut kepada Siam kecuali...
Sadao
Setul
Pulau Terutau
Pulau Langkawi
Bagaimanakah usaha Sultan Zainal Abidin III mengecam tindakan Siam menyerahkan Terengganu kepada British?
Memohon bantuan ketenteraan daripada Jerman
Mengemukakan bantahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat
Membatalkan hubungan luar dengan British
Menghentikan hantaran bunga emas kepada Siam
Terengganu menghantar bunga emas kepada Siam sebagai ............................
Tanda persahabatan
Sebagai jajahan Siam
Hubungan diplomatik
Negeri naungan Siam
Mengapakah Sultan Muhammad IV di Kelantan menentang Perjanjian Bangkok 1909?
Diturunkan takhta
Kehilangan wilayah
Diserang oleh British
Keselamatan terancam
Kenyataan berikut adalah benar mengenai wilayah Tabal di Kelantan kecuali...
British menyerahkan wilayah Tabal kepada Siam
Dihuni kira-kira 15,000 orang Melayu
Sebahagian besar penduduk berhijrah ke Kelantan
Penduduk Tabal gembira berada dalam jajahan Siam
Apakah iktibar yang diperolehi kesan daripada Perjanjian Bangkok 1909?
Kita mesti mempunyai pendirian yang tegas untuk mempertahankan hak dan maruah bangsa
Kepentingan diri lebih penting daripada keselamatan negara
Sultan Kedah murka dengan perjanjian ini
Setiap perjuangan perlukan sokongan daripada pihak yang kuat.
Pernyataan berikut adalah benar mengenai kewibawaan pemerintah Johor Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862) kecuali .....
Berhati-hati dalam setiap tindakan agar Johor tidak dikawal British
Peka terhadap setiap rancangan British
Berusaha membina jati diri sebagai pemerintah berdaulat
Berminat untuk menandatangani perjanjian dengan British
Mengapakah Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862) mengasaskan Bandar Iskandar Puteri di Johor?
Memusatkan sistem pentadbiran negeri
Mengurangkan kos perbelanjaan
Mengelakkan tekanan British di Negeri-negeri Selat
Melicinkan pengurusan pentadbiran
Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai Sistem Kangcu di Johor kecuali...
Temenggung Daeng Ibrahim yang memperkenalkan sistem ini
Melibatkan kaum Cina
Mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam
Pembukaan kawasan hutan secara besar-besaran
Pernyataan berikut merupakan kebijaksanaan pemerintah Johor menyekat kemaraan British kecuali..
Mengeksploitasi hasil hutan
Memodenkan pentadbiran negeri
Menjamin keselamatan perairan
Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam
Kenyataan berikut merupakan kepentingan Surat Sungai yang diberikan oleh Temenggung Daeng Ibrahim kepada Kangcu (ketua penempatan di lembah sungai) kecuali...
Surat kebenaran untuk menetap
Mengutip cukai hasil lada hitam dan gambir
Mengusahakan pertanian di lembah-lembah sungai di Johor
Mewujudkan Kangkar
Pada Januari 1866, Bandar Iskandar Puteri dinamakan nama baharu, ................................ oleh Sultan Abu Bakar.
Johor Baharu
Singapura
Kota Tinggi
Pasir Gudang
Kewibawaan .......................... berjaya memacu pembangunan dan kemakmuran negeri Johor dan sekali gus menyekat penguasaan Brirish di Johor
Sultan Abu Bakar
Sultan Ibrahim
Temenggung Daeng Ibrahim
Sistem Kangcu
