Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tingkatan 5- Ujian Sumatif

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

5.1.1

Apakah yang dimaksudkan dengan NORMA MASYARAKAT GLOBAL?

a)

Perlakuan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat dunia berasaskan peraturan sosial yang diterima dan dikongsi bersama.

b)

Individu dalam komuniti dunia yang saling berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain.

c)

Seseorang yang mampu berdaya saing pada peringkat global tetapi berakar umbi atau berpegang teguh pada jati diri lokal iaitu tempat tumpah darah sendiri.

2.

5.1.2

Berdasarkan pernyataan di bawah, pilih TIGA (3) contoh AMALAN NORMA MASYARAKAT GLOBAL.

a)

Menghormati ibu bapa dan rakan sebaya

b)

Memahami isu silang budaya masyarakat global

c)

Menghormati perspektif dalam kepelbagaian isu global

d)

Mengamalkan sifat kemanusiaan secara global

3.

5.1.1

Berikut adalah cadangan nilai bagi UNIT 1 : NORMA MASYARAKAT GLOBAL, kecuali?

a)

Kesederhanaan

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Hormat

d)

Kebebasan

e)

Rasional

4.

5.1.2

Pilih TIGA (3) pernyataan berkaitan dengan CONTOH NORMA MASYARAKAT GLOBAL dari aspek KELESTARIAN ALAM SEKITAR.

a)

Mengamalkan budaya mesra alam

b)

Menjalankan pembangunan secara terancang

c)

Menjalankan aktiviti pembangunan berskala besar dan mementingkan keuntungan bersama

d)

Aktiviti pembangunan yang dijalankan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang antarabangsa

5.

5.1.3

Bersadasarkan pernyataan di bawah, pilih TIGA (3) KEPENTINGAN AMALAN NORMA MASYARAKAT GLOBAL?

a)

Meningkatkan penguasaan teknologi dalam masyarakat global

b)

Memartabatkan hak asasi manusia dan kelestarian alam sekitar global

c)

Membentuk tingkah laku masyarakat global yang berperikemanusiaan

d)

Meningkatkan maruah dan nama baik individu atau negara

6.

5.1.3

Antara kepentingan amalan masyarakat global adalah MEMBENTUK TINGKAH LAKU MASYARAKAT GLOBAL YANG BERPERIKEMANUSIAAN.


Pilih DUA (2) jawapan yang paling tepat bagi pernyataan tersebut.

a)

Dapat menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti ekonomi global

b)

Dapat mengukuhkan persefahaman budaya masyarakat normal

c)

Dapat meningkatkan tahap komunikasi antara masyarakat global

d)

Mewujudkan masyarakat yang bertingkah laku mengikut peraturan dan undang-undang antarabangsa

7.

5.1.4

Pengabaian norma masyarakat global mampu memberikan kesan negatif kepada dunia.

Pilih EMPAT (4) KESAN PENGABAIAN NORMA MASYARAKAT GLOBAL.

a)

Pertumbuhan ekonomi global terjejas

b)

Interaksi sosial masyarakat global terjejas

c)

Mewujudkan masyarakat yang saling bertoleransi

d)

Wujudnya diskriminasi antara masyarakat global

e)

Keharmonian masyarakat global terjejas

8.

5.1.4

Berikut merupakan Badan Sukarelawan yang terdapat di Malaysia yang aktif memberikan sumbangan dan bantuan di dalam mahupun di luar negara, KECUALI?

a)

MERCY Malaysia

b)

Yayasan Salam Malaysia

c)

Pasukan RELA Malaysia

d)

Yayasan Amal Malaysia

e)

Muslim Care Global

9.

5.1.5

Gambar di atas menunjukkan contoh Misi Bantuan Kemanusiaan yang berlaku dalam masyarakat global bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa peperangan.

Apakah perasaan anda setelah melihat gambar Misi Bantuan tersebut? - Pilih Dua (2)

a)

Bangga

b)

Gembira

c)

Sedih

d)

Kecewa

10.

5.1.6

Setelah mempelajari tentang NORMA MASYARAKAT GLOBAL MEMBENTUK KEHARMONIAN SEJAGAT, apakah tindakan yang WAJAR anda lakukan dalam memastikan Norma Masyarakat Global terus dipelihara dan dikekalkan? - Pilih TIGA (3)

a)

Saya akan terus memperjuangkan norma masyarakat global

b)

Saya akan memastikan norma masyarakat global mudah dimanipulasi oleh pelbagai pihak

c)

Saya akan memastikan kelestarian alam di peringkat global sentiasa terpelihara

d)

Saya akan mengamalkan amalan masyarakat global dalam kehidupan seharian walaupun di manapun saya berada

11.

Mengapakah kita perlu mengekalkan kerjasama dalam masyarakat global?

a)

untuk keharmonian sejagat.

b)

untuk kepentingan diri.

c)

untuk memperluaskan lagi kuasa negara.

d)

untuk menyebarkan ideologi sesebuah masyarakat.

12.

Pilih antara bidang kerjasama yang boleh dilakukan dalam masyarakat global

a)

Pendidikan

b)

Sains dan Teknologi

c)

Keamanan dan Keselamatan

d)

Sosial

13.

Pilih contoh kerjasama dalam masyarakat global khusus dalam sudut pendidikan

a)

Program pertukaran pelajar

b)

Program biasiswa di bawah pertubuhan antarabangsa

c)

Program pertukaran kepakaran

d)

Program misi bantuan

14.

Pilih contoh kerjasama dalam masyarakat global khusus dalam sudut ekonomi

a)

Program kerjasama perdagangan antarabangsa

b)

Program pertukaran inovasi produk

c)

Program keamanan antarabangsa

d)

Program kerjasama dalam sumber tenaga kerja

15.

Berikut adalah kepentingan bekerjasama dalam masyarakat global KECUALI

a)

Pertukaran sumber tenaga kerja

b)

Mengekalkan kerjasama antara negera

c)

Penguasaan bahasa asing meningkat

d)

Hak asasi masyarakat global dimansuhkan

16.

ANTARA YANG BERIKUT, SIAPAKAH SALAH SEORANG WIRA NEGARA YANG TELAH BERJAYA MENDAKI GUNUNG EVEREST?

a)

N. Mohandas

b)

V. Saravanan

c)

K. Mohan

d)

G. Shanti

17.

Apakah matlamat Program Latihan Khidmat Negara?

a)

Meningkatkan semangat patriotisme

b)

Mendapatkan markah yang tinggi

c)

Menjadi seorang yang kurang berusaha

d)

Meningkatkan peluang pekerjaan

18.

Apakah ciri wanita yang inginkan kejayaan ?

a)

Tidak menepati masa

b)

Tidak mudah berputus asa

c)

Gigih berusaha

d)

Mempunyai semangat kental

19.

Apakah tindakan yang patut anda lakukan sekiranya tidak bersetuju terhadap pendapat guru tentang pengajaran yang diberikan.

a)

Bercakap dengan sopan

b)

berbincang dengan guru tentang pengajaran tersebut

c)

semua di atas

20.

BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Penderaan seksual

b)

Penderaan fizikal

c)

Penderaan hati

d)

Penderaan emosi

21.

BERIKUT MERUPAKAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Panas baran

b)

Faktor kemiskinan / kewangan

c)

Didorong oleh pasangan

d)

Tekanan dengan sikap anak yang sukar dikawal