wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA (BAHASA MELAYU TAHUN 4, 5 DAN 6)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

"Aku berharap __________ dapat sampai tepat pada masanya," kata Alham kepada kawannya.

a)

kami

b)

saya

c)

beliau

d)

engkau

2.

Pengganas komunis yang berjaya ditembak kelihatan __________ di dalam khemah.

a)

berguguran

b)

bertebaran

c)

bergelimpangan

d)

bertempiaran

3.

Saddam sungguh __________ akan keluarganya kerana sudah lama tidak pulang ke kampung.

a)

gemar

b)

sukacita

c)

senang

d)

rindu

4.

Pemburu itu masuk ke hutan sambil menggalas selaras __________.

a)

pisau

b)

kapak

c)

parang

d)

senapang

5.

Meja makan yang baru dibeli ibu masih belum __________ lagi.

a)

beralas

b)

pengalas

c)

mengalas

d)

beralaskan

6.

Kerja yang rumit itu perlu __________ yang agak lama untuk menyelesaikannya.

a)

mengambil kira

b)

mengambil masa

c)

mengambil peduli

d)

mengambil untung

7.

Puan Muslihah menangis __________ setelah dimarahi oleh suaminya.

a)

terkebil-kebil

b)

terkekeh-kekeh

c)

teresak-esak

d)

termangu-mangu

8.

Polis segera datang __________ mendapat maklumat tentang rompakan itu.

a)

setelah

b)

semoga

c)

sehingga

d)

sedangkan

9.

Negara kita __________ pesat membangun.

a)

akan

b)

sedang

c)

mesti

d)

harus

10.

Puan Fadhilah __________ gembira akan kejayaan anaknya dalam UPSR.

a)

terlalu

b)

terlalu

c)

benar

d)

nian

11.

Roslizal telah terpilih sebagai olahragawan __________ hari sukan tahunan sekolah kami.

a)

oleh

b)

pada

c)

dengan

d)

tentang

12.

__________ bahagian hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim.

a)

Ketiga

b)

Segala

c)

Separuh

d)

Masing-masing

13.

Maznah membeli beberapa __________ tali untuk mengikat kayu itu.

a)

biji

b)

utas

c)

helai

d)

potong

14.

Di __________ kek hari jadi adik terdapat beberapa batang lilin yang menyala dan beberapa biji buah strawberi.

a)

atas

b)

hujung

c)

pangkal

d)

puncak

15.

__________ keadaan kampung itu setelah dilanda banjir baru-baru ini?

a)

Apakah

b)

Bilakah

c)

Mengapakah

d)

Bagaimanakah