wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Telekomunikasi di Malaysia

Total questions: 40

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Sejenis alat telekomunikasi yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1876 untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu.

a)

Mesin faks

b)

Mesin teleks

c)

Telegraf

2.

Digunakan untuk memindahkan salinan dokumen, khususnya menggunakan peranti yang disambungkan dengan rangkaian telefon

a)

Telefon bimbit

b)

Mesin faks

c)

Telegraf

3.

Agensi yang bertanggungjawab dalam perkembangan perkhidmatan telefon di Malaysia ialah

a)

TMNet

b)

JARING

c)

Telekom Malaysia

d)

Tenaga Nasional Berhad

4.

Telefon bimbit juga dikenali sebagai

a)

Telefon selular

b)

telefon pintar

c)

Telefon bestari

5.

Jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon. Berfungsi mengirim pesanan dalam bentuk teks

a)

telefon

b)

telefaks

c)

telegraf

d)

teleks

6.

Susun atur perkembangan telekomunikasi di Malaysia ialah seperti berikut...

a)

Telefon --> telegraf --> teleks --> mesin faks --> telefon bimbit --> telefon pintar

b)

Teleks --> telefonn --> telegraf --> telefon bimbit --> mesin faks --> telefon pintar

c)

Telegraf --> telefon --> teleks --> mesin faks --> telefon bimbit -->telefon pintar

d)

mesin faks --> telegraf -->teleks --> telefon pintar --> telefon bimbit --> telegraf

7.

Satelit bumi pertama di Malaysia di bina di...

a)

Wilayah persekutuan Labuan

b)

Semantan, Sarawak

c)

Kuantan, Pahang

8.

Berikut merupakan satelit yang berasal dari Malaysia kecuali..

a)

RazakSAT

b)

MEASAT

c)

TiungSAT

d)

BRIsat

9.

Melalui pelancaran Satelit MEASAT-1 sistem televisyen satelit yang pertama telah dilancarkan iaitu..

a)

RTM

b)

TV3

c)

TV2

d)

ASTRO

10.

Satelit mikro pertama ialah...

a)

RazakSat

b)

TiungSAT

c)

MEASAT-1

d)

MEASAT-3

11.

Kabel berkapasiti tinggi yang diperbuat daripada serat kaca atau plastik yang sangat halus.

a)

Kabel broadband

b)

Kabel fiber optik

c)

Kabel jalur lebar

12.

Koridor Raya Multimedia atau MSC berpusat di...

a)

Cyberjaya

b)

Putrajaya

c)

Kelana Jaya

d)

Kulai Jaya

13.

Berikut merupakan etika penggunaan alat telekomunikasi yang betul kecuali...

a)

Mengganggu dan merosakkan sistem komunikasi orang lain

b)

tidak mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada umum

c)

Menghargai hasil kerja orang lain dan tidak melakukan aktiviti plagiat.

d)

Mendukung Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

14.

Antara kepentingan telekomunikasi di Malaysia ialah...


I Mengeratkan silaturahim

II Pengurusan dan pentadbiran negara lebih sistematik dan teratur

III Segala urusan kerajaan dan swasta menjadi cepat dan efisien

IV Peluang pendidikan terhad

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

15.

Berikut merupakan kesan negatif telekomunikasi KECUALI ❓

a)

Isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem pangkalan data secara atas talian.

b)

Terdapat maklumat yang tersebar di laman sesawang yang tidak tepat

c)

Maklumat berunsur negatif seperti keganasan, hasutan dan khabar angin sukar ditapis

d)

Maklumat dapat diperoleh dengan cepat dan mudah melalui internet

16.

Antara kesan positif telekomunikasi ialah...

( 3 jawapan )

a)

Membolehkan telesidang

b)

Urusan perbankan boleh dijalankan di mana-mana sahaja

c)

Peluang pekerjaan terhad

d)

Perkhidmatan dan jual beli boleh dilakukan atas talian

17.

Perkhidmatan teleperubatan telah dilaksanakan di beberapa hospital di Malaysia bertujuan untuk ...

a)

memberi perubatan percuma

b)

mengurangkan kos perubatan

c)

memberi rawatan terbaik kepada pesakit

d)

menggalakkan perkongsian kepakaran doktor

18.

Telekomunikasi bermaksud

a)

interaksi seorang diri

b)

interaksi secara bersemuka (face to face)

c)

interaksi secara dekat dan mudah

d)

interaksi jarak yang jauh antara penyampai dengan penerima

19.

Berikut adalah BUKAN❌ antara kegunaaan telefon pintar

a)

menonton siaran luar negara

b)

mengeluarkan wang tunai

c)

mempromosikan produk

d)

membayar bil telefon

20.

Berikut adalah tujuan MSC (Koridor Raya Multimedia) ditubuhkan.

a)

Menarik syarikat berteknologi tinggi untuk memajukan industri ICT Malaysia.

b)

Meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara.

c)

Menyediakan talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara.

d)

Memperkasakan capaian internet dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara

21.

Alat telekomunikasi yang dilengkapi dengan perisian untuk kerja-kerja seperti mengubah ,menyimpan ,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu

a)

internet

b)

komputer

c)

satelit

d)

televisyen

22.

5. Berikut adalah penggunaan alat telekomunikasi secara beretika

a)

Memasuki sistem informasi orang lain secara tidak sah

b)

Memberikan kata laluan dan kata nama kepada orang lain untuk masuk ke dalam sistem

c)

Mengenal pasti sumber maklumat dan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya dalam media sosial.

d)

Menggunakan alat telekomunikasi untuk melanggar hukum dan norma dalam masyarakat.

23.

Alat berikut ialah

a)

Telegraf

b)

Mesin teleks

c)

Mesin faks

d)

Pita rekod

24.

Gambar menunjukkan

a)

Telefon Bimbit

b)

Telefon

c)

Telefon pintar

d)

Telegraf

25.

Nyatakan fungsi alat berikut

a)

Mengirim pesanan dalam bentuk teks

b)

Merekod pesanan dalam bentuk suara

c)

Menyambung rangkaian telefon

d)

Merekod teks , gambar dan video

26.

Alat berikut ialah

a)

Mesin teleks

b)

Printer

c)

Telegraf

d)

Mesin faks

27.

Gambar berikut merujuk kepada ( tanda 3 jawapan)

a)

Telefon bimbit

b)

Telefon selular

c)

Telefon tanpa wayar

d)

Telefon pintar

e)

Telefon

28.

Telefon pintar merangkumi perisian komputer seperti GPS...apakah maksud GPS ❓

a)

Global Pointing Station

b)

Google Privacy Settings

c)

Global Positioning System

d)

Good Points System

29.

Satelit ini dilancarkan pada 26 September 2000

a)

RazakSAT

b)

TiungSAT-1

c)

MEASAT-3a

d)

MEASAT-2

30.

Tandakan penyataan yang betul berkaitan Satelit berikut 👆 ( 3 jawapan )

a)

Dilancarkan pada 14 Julai 2000

b)

Merupakan Satelit mikro kedua yang berupaya membekalkan imej data yang lebih spesifik

c)

Menggunakan kamera yang beresolusi tinggi

d)

RazakSAT

e)

Menggunakan kamera yang beresolusi rendah

31.

Satelit MEASAT-1 dilancarkan pada 13 Januari 1996

a)

Betul

b)

Salah

32.

Satelit MEASAT-3a dilancarkan pada 23 Jun 2009

a)

Betul

b)

Salah

33.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertanggungjawab meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara.

a)

Betul

b)

Salah

34.

Apakah yang dimaksudkan dengan "telekesihatan"❓

a)

Pesakit boleh diperiksa oleh doktor pakar secara peribadi

b)

Pesakit boleh diperiksa oleh doktor pakar secara jarak dekat menggunakan teknologi komunikasi

c)

Pesakit boleh diperiksa oleh doktor pakar secara jarak jauh menggunakan teknologi komunikasi

d)

Penjualan ubat-ubatan secara dalam talian

35.

Maksud "plagiat"

a)

Merosakkan sistem komunikasi orang lain

b)

Menyentuh isu-isu sensitif yang melanggar undang-undang dan norma

c)

Hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri.

d)

Mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada umum.

36.

Kepentingan telekomunikasi di Malaysia

a)

Satelit cuaca dapat memberi data ramalan cuaca dan fenomena alam dengan lebih tepat serta terperinci.

b)

Segala urusan kerajaan dan swasta menjadi lambat dan tidak efisien

c)

Mengurangkan intergrasi dan perpaduan negara

37.

Bandar manakah yang dapat dikaitkan dengan Foto tersebut?

I. Ipoh

II. Kuantan

III. Alor Gajah

IV. Kuala Lumpur

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

satelit TiungSAT dan RazakSAT adalah satelit mikro.


BETUL atau SALAH

a)

BETUL

b)

SALAH

39.

pernyataan di bawah dapat dikaitkan dengan


Jenny dapat berinteraksi dengan pensyarahnya secara langsung walaupun dia berada jauh dari kampus.

a)

e-dagang

b)

telesidang

c)

teleperubatan

d)

teleperbankan

40.

Apakah kegunaan alat telekomunikasi tersebut?

a)

Berperanan besar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

b)

Menggunakan rangkaian 3G dan 4G

c)

Menyalurkan informasi dan memindahkan arus data dalam dunia jaringan komputer.