wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral Tingkatan 5 - Ujian Sumatif

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

5.1.1

Apakah yang dimaksudkan dengan NORMA MASYARAKAT GLOBAL?

a)

Perlakuan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat dunia berasaskan peraturan sosial yang diterima dan dikongsi bersama.

b)

Individu dalam komuniti dunia yang saling berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain.

c)

Seseorang yang mampu berdaya saing pada peringkat global tetapi berakar umbi atau berpegang teguh pada jati diri lokal iaitu tempat tumpah darah sendiri.

2.

5.1.2

Berdasarkan pernyataan di bawah, pilih TIGA (3) contoh AMALAN NORMA MASYARAKAT GLOBAL.

a)

Menghormati ibu bapa dan rakan sebaya

b)

Memahami isu silang budaya masyarakat global

c)

Menghormati perspektif dalam kepelbagaian isu global

d)

Mengamalkan sifat kemanusiaan secara global

3.

5.1.1

Berikut adalah cadangan nilai bagi UNIT 1 : NORMA MASYARAKAT GLOBAL, kecuali?

a)

Kesederhanaan

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Hormat

d)

Kebebasan

e)

Rasional

4.

5.1.3

Berdasarkan pernyataan di bawah, pilih TIGA (3) KEPENTINGAN AMALAN NORMA MASYARAKAT GLOBAL?

a)

Meningkatkan penguasaan teknologi dalam masyarakat global

b)

Memartabatkan hak asasi manusia dan kelestarian alam sekitar global

c)

Membentuk tingkah laku masyarakat global yang berperikemanusiaan

d)

Meningkatkan maruah dan nama baik individu atau negara

5.

5.1.4

Berikut merupakan Badan Sukarelawan yang terdapat di Malaysia yang aktif memberikan sumbangan dan bantuan di dalam mahupun di luar negara, KECUALI?

a)

MERCY Malaysia

b)

Yayasan Salam Malaysia

c)

Pasukan RELA Malaysia

d)

Yayasan Amal Malaysia

e)

Muslim Care Global

6.

5.1.5

Gambar di atas menunjukkan contoh Misi Bantuan Kemanusiaan yang berlaku dalam masyarakat global bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa peperangan.

Apakah perasaan anda setelah melihat gambar Misi Bantuan tersebut? - Pilih Dua (2)

a)

Bangga

b)

Gembira

c)

Sedih

d)

Kecewa

7.

BERIKUT MERUPAKAN MATLAMAT UTAMA DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK), KECUALI

a)

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara

b)

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan

c)

Mempertingkat kualiti kehidupan manusia

d)

Membolehkan negara lain menghormati Malaysia

8.

ANTARA YANG BERIKUT, SIAPAKAH SALAH SEORANG WIRA NEGARA YANG TELAH BERJAYA MENDAKI GUNUNG EVEREST?

a)

N. Mohandas

b)

V. Saravanan

c)

K. Mohan

d)

G. Shanti

9.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) KEPENTINGAN MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK

a)

Dapat mengelakkan pembaziran masa – masa dapat diguna secara optimum

b)

Dapat mengelakkan kerja tertangguh – kerja siap dalam tempoh masa yang ditetapkan

c)

Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah contohnya bersukan

d)

Dapat melakukan semua aktiviti yang disukai tanpa mengira masa

10.

Apakah matlamat Program Latihan Khidmat Negara?

a)

Meningkatkan semangat patriotisme

b)

Mendapatkan markah yang tinggi

c)

Menjadi seorang yang kurang berusaha

d)

Meningkatkan peluang pekerjaan

11.
 Apakah tujuan Tuhan menciptakaan manusia?
a)
Menyesali kekurangan diri
b)
Memandang tinggi akan masyarakat berakhlak
c)
Mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan
d)
Melakukan kemungkaran jika tidak patuh akan agama
12.
Mengapakah golongan kurang berupaya wajar diberi layanan yang bersopan?
a)
Memudahkan untuk mendapat bantuan
b)
Bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa
c)
Sebab mereka kurang berupaya melakukan sesuatu
d)
Supaya mereka tidak berasa tersisih
13.
Mengapakah kita perlu menerima teguran dan kritikan dengan hati yang tenang?
a)
Untuk kepentingan bersama
b)
Agar disegani oleh orang lain
c)
Untuk menunjukkan kekuasaan 
d)
Agar disukai oleh rakan-rakan
14.
Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan kaum?
a)
Berdasarkan jumlah bilangan peserta yang menyertai 
b)
 Melalui sekolah-sekolah yang menyertai aktiviti kokurikulum
c)
Berdasarkan kawasan aktiviti tersebut dilakukan 
d)
Melalui penglibatan pelbagai kaum
15.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan perlakuan mengikut ajaran agama?
a)
Mei Ling bercakap kasar dengan ibunya
b)
Gopal memakan daging lembu kerana sedap
c)
Syarina minum arak bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya
d)
Gormit Singh sering mengikut bapanya bersembahyang di Gurdwara
16.

BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Penderaan seksual

b)

Penderaan fizikal

c)

Penderaan hati

d)

Penderaan emosi

17.

BERIKUT MERUPAKAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Panas baran

b)

Faktor kemiskinan / kewangan

c)

Didorong oleh pasangan

d)

Tekanan dengan sikap anak yang sukar dikawal

18.

Berikut adalah contoh sumber dan maklumat yang sahih KECUALI

a)

Jurnal

b)

Ensiklopedia

c)

Buku Teks

d)

Whatsapp

19.

Berikut adalah langkah yang betul untuk menyebarkan maklumat KECUALI

a)

menyebarkan isu negatif seperti perkauman

b)

mendapatkan maklumat dari pihak yang berautoriti

c)

tidak menggodam akaun peribadi orang lain

d)

tidak mencetak maklumat tanpa kebenaran pemilik asal

20.

Implikasi atau kesan penyebaran maklumat yang tidak tepat kepada masyarakat adalah___________

a)

Masyarakat hidup aman dan tenteram

b)

Menjatuhkan imej masyarakat

c)

Keselamatan masyarakat terjamin

d)

Mengeratkan perpaduan antara kaum

21.

Portal SEBENARNYA.MY diwujudkan untuk

a)

membeli belah atas talian

b)

menempah tiket penerbangan

c)

melayari info pendidikan

d)

menyemak dan melaporkan berita yang tidak ditentusahkan

22.

Kawan anda menerima satu mesej seperti dalam gambar di atas. Apakah tindakan anda?

a)

Saya akan membantu kawan mendapatkan wang itu

b)

Saya akan hubungi nombor telefon yang terdapat dalam mesej itu

c)

Saya akan menyebarkan mesej itu

d)

Saya akan melaporkan kepada pihak polis

23.

Berikut adalah pihak berautoriti yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan Covid-19 KECUALI

a)

Kementerian Kesihatan Malaysia

b)

Majlis Keselamatan Negara

c)

MySejahtera

d)

Shoppee

24.

Wajarkah anda menjadi orang yang pertama untuk menyebarkan mesej sebelum menyemak kesahihan mesej itu terlebih dahulu?

a)

Wajar

b)

Tidak Wajar

25.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN UNTUK MENGATASI GEJALA RASUAH DARIPADA TERUS BERLELUASA...

a)

Mengurangkan kadar denda atau hukuman / memberi Pengampunan kepada pelaku rasuah

b)

Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjauhi rasuah

c)

Memberikan pendidikan pencegahan rasuah kepada masyarakat

d)

Membentuk institusi pencegahan rasuah-menyiasat kes rasuah

26.

APAKAH AKTA YANG DIGUBAL UNTUK MEMERANGI GEJALA RASUAH?

a)

Akta Pencegahan Rasuah 1977

b)

Akta Pencegahan Rasuah 1987

c)

Akta Pencegahan Rasuah 1997

d)

Akta Pencegahan Rasuah 1167

27.

Pada pendapat anda, nyatakan dua (2) punca kegiatan penyeludupan berlaku.

a)

permintaan pasaran yang tinggi terhadap hidupan liar

b)

manusia yang tamak mencari keuntungan

c)

memudahkan manusia meraih pendapatan yang tinggi

d)

hidupan liar mempunyai banyak khasiat

28.

Jelaskan langkah-langkah untuk mengatasi masalah penyeludupan tersebut daripada berleluasa.

a)

menguatkuasakan undang-undang

b)

mengenakan hukuman yang lebih berat

c)

membeli hidupan liar dari penyeludup

d)

membuat habitat hidupan liar di hutan

29.

Tandakan (√) bagi pernyataan yang menunjukkan bahawa seseorang murid itu merupakan seorang insan bermoral

a)

Rajin ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan

b)

Berdiri tegak apabila lagu Negaraku dinyanyikan

c)

Membuang sampah di dalam kelas.

d)

Memberi salam kepada semua guru.

e)

Bersahabat dengan berprasangka dengan kawan berlainan agama dan bangsa.

30.

Pilih nilai yang tidak diamalkan oleh juruwang tersebut.

a)

Amanah

b)

Berdikari

c)

Kasih Sayang

d)

Kepercayaan Kepada Tuhan

31.

Abu selalu mencuci kasut tanpa disuruh oleh ibunya. Pilih nilai yang terdapat pada Abu.

a)

Kasih Sayang

b)

Amanah

c)

Harga Diri

d)

Bertanggungjawab

32.

Hak-hak pekerja yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) ialah seperti berikut.

(Pilih tiga jawapan)

a)

kebebasan membentuk organisasi

b)

menentang kegiatan buruh paksa

c)

hak berpersatuan

d)

mendapat hak yang bebeza dari segi layanan dan peluang pekerjaan

33.

Sekumpulan pekerja dari sebuah syarikat pengeluaran pakaian mengadakan mogok untuk menuntut gaji dan bayaran kerja lebih masa (overtime) tiga bulan yang tidak dibayar oleh majikan.

Kesan-kesan kepada syarikat tersebut sekiranya pekerja tidak menamatkan mogok ialah seperti berikut kecuali...............

a)

reputasi syarikat tersebut akan terjejas.

b)

produktiviti syarikat akan berkurangan.

c)

akan kehilangan kepercayaan pekerja.

d)

dapat menarik perhatian yang positif kepada syarikat.

34.

BERIKUT ADALAH TIGA (3) JENIS CUKAI YANG PERLU DIBAYAR OLEH RAKYAT

a)

Cukai jalan

b)

Cukai perkhidmatan

c)

Cukai tanah

d)

Cukai perbelanjaan

35.

APAKAH TUJUAN UTAMA KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI?

a)

Mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai projek pembangunan negara

b)

Untuk mengaut keuntungan

c)

Membayar gaji pemimpin negara

d)

Membayar / menjelaskan hutang negara

36.

Apakah peranan media massa?

a)

Saluran komunikasi

b)

menyebarkan percambahan idea

c)

memberi ruang kepada pembaca meluahkan perasaan

d)

semua di atas

37.

Apakah cara yang paling sesuai diambil sekiranya rakyat tidak berpuas hati terhadap pemimpin negara

a)

membuat rusuhan

b)

menulis surat atau melaporkan kepada wakil rakyat

c)

menulis di laman sosial seperti facebook,instagram dan sebagainya

38.
Apakah langkah yang perlu diambil untuk menyedarkan orang ramai agar menjaga kebersihan pantai?
a)
Mengadakan kempen-kempen kebersihan pantai
b)
Melarang orang ramai mengunjungi kawasan pantai
c)
Menghadapkan individu yang mengotorkan pantai ke mahkamah
d)
Mengenakan tindakan yang keras terhadap individu yang membuang sampah
39.
Mengapakah golongan kurang berupaya wajar diberi layanan yang bersopan?
a)
Memudahkan untuk mendapat bantuan
b)
Bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa
c)
Sebab mereka kurang berupaya melakukan sesuatu
d)
Supaya mereka tidak berasa tersisih
40.

Berikut ialah amalan-amalan yang digalakkan oleh agama, kecuali

a)

membantu orang yang berada dalam kesusahan

b)

bersyukur dengan rezeki yang diperolehi

c)

menggunakan barang orang lain tanpa keizinan

d)

menjauhi perkara yang tidak baikl