Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Tunggal tahun 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Jian Jye dan Zhong Yi bermain bola sepak di padang.


Adakah ayat di atas merupakan ayat tunggal?

a)

Ya

b)

Tidak

2.

Ayah saya seorang askar.


Adakah ayat di atas merupakan ayat tunggal?

a)

Ya

b)

Tidak

3.

Yang manakah merupakan ayat tunggal yang tepat bagi menerangkan gambar di atas?

a)

Christopher makan ayam goreng.

b)

Zi Xuan makan ayam dan kentang goreng.

4.

Yang manakah merupakan ayat tunggal yang tepat bagi menerangkan gambar di atas?

a)

Rumah itu sangat cantik dan kemas.

b)

Rumah itu sangat cantik.

c)

Rumah itu sangat cantik, bersih dan berwarna kuning.

d)

Rumah itu sangat cantik, bersih, berwarna kuning dan merah.

5.

Yang manakah ayat tunggal yang betul bagi menerangkan gambar di atas?

a)

Kereta itu berwarna kuning.

b)

Kereta itu sangat cantik dan berwarna kuning.

c)

Kereta itu kuning dan bersinar.

d)

Kereta itu sangat cantik dan berkilau.

6.

Kakak saya menanam pokok bunga.


Berpandukan ayat di atas, manakah subjek bagi ayat tunggal tersebut?

a)

Kakak saya

b)

menanam pokok bunga

c)

saya

d)

pokok bunga

7.

Puan Sabariah mengajar di Sekolah Kebangsaan Skudai.


Apakah predikat bagi ayat tunggal di atas?

a)

Puan Sabariah

b)

mengajar di sekolah

c)

mengajar di Sekolah Kebangsaan Skudai.

d)

Sekolah Kebangsaan Skudai.

8.

Kucing jiran Rui En mengiau.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

9.

Pilih ayat tunggal yang betul

a)

Yumi suka membaca buku sambil mendengar radio

b)

Emak menanak nasi di dapur.

c)

Ayah seorang pegawai bank yang gemar memancing.

10.

Pilih ayat tunggal yang betul

a)

Jia Xuan dan Shan Na pergi ke sekolah.

b)

Kai Zhe suka bermain bola.

c)

Budak comel yang berbaju biru itu ialah adik Louise.

d)

Rui Sheng suka minum teh atau susu?

11.

Manakah antara berikut merupakan ayat tunggal?

( lebih daripada 1 jawapan.)

a)

Kakak saya amat meminati tarian Zapin.

b)

Ginette gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

c)

Yi Xuan hendak ke pasar atau taman permainan?

d)

Ayah Xuan Yu sedang membasuh kereta.

12.

Pilih ayat tunggal yang betul.

( lebih daripada 1 jawapan.)

a)

Kami pergi melancong ke negara Korea dan Jepun.

b)

Chen Fong telah menyerahkan trofi itu.

c)

Kamu boleh memilih untuk belajar taewando atau tarian selepas tamat kelas nyanyian.

d)

Anak harimau itu sedang tidur di dalam kandang.

13.

Pilih ayat tunggal berdasarkan senarai ayat di bawah.

( lebih daripada 1 jawapan.)

a)

Kee Jun aktif dalam bidang sukan olahraga.

b)

Angelina tidak suka memegang kucing dan arnab.

c)

Xin En memakai baju kebaya berwarna kuning hari ini.

d)

Zhi Han membasuh pinggan manakala adik mengelap meja.

14.

Pilih ayat tunggal yang betul.

a)

Tali pinggang keledar hendaklah digunakan oleh pemandu dan penumpang.

b)

Persekitaran sekolah Shernelle indah.

c)

Ciptaan Yee Shan kecil tetapi menarik.

d)

Ibu Theo menasihati abangnya agar menghabiskan makanan yang dimakan.

15.

Pilih ayat tunggal yang betul.


(Jawapan satu sahaja)

a)

Puan Sakinah masak tengahari sambil membaca resepi.

b)

Ahmad membela kucing manakala Ali membela kura-kura.

c)

Kami terkejut apabila mendengar bunyi letupan.

d)

Botol air saya berwarna hijau.

16.

Betul atau Salah (Ayat Tunggal)


Qi Jun suka makan nasi ayam.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Betul atau Salah (Ayat Tunggal)


Pengerusi menyampaikan kata-kata aluan.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Betul atau Salah (Ayat Tunggal)


Wei Xiong dan Derrick merupakan adik beradik kembar?

a)

Betul

b)

Salah

19.

Pilih ayat tunggal dalam senarai ayat di bawah.

a)

Apakah punca-punca pencemaran alam sekitar?

b)

Wah, nyamannya ydara di sini!

c)

Tong kitar semula mempunyai 3 warna iaitu perang, biru dan jingga.

d)

Pokok bunga itu ditanam oleh Chun Jing atau Justus?

20.

Tuliskan jawapan kamu. Ayat tunggal mengandungi satu subjek dan satu (a)