wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ EKONOMI TERBUKA

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara jenis perkerjaan yang berikut, manakah yang tergolong dalam sektor kedua?


(Sektor kedua melibatkan aktiviti pemprosesan)

a)

Pemandu bas

b)

Buruh binaan

c)

Penternak kambing biri-biri

d)

Penyelia asrama sekolah

2.

Kegiatan manakah yang dikategorikan dalam sektor kedua?


(Sektor kedua melibatkan aktiviti pemprosesan)

a)

Perlombongan

b)

Pembinaan

c)

Peruncitan

d)

Perhotelan

3.

Jenis pekerjaan manakah yang tergolong dalam sektor utama?


(Sektor utama melibatkan pengeluaran secara langsung daripada alam semula jadi)

a)

Pengurus ladang kelapa sawit

b)

Pengurus Homestay

c)

Pemandu lori

d)

Arkitek

4.

Apakah aktiviti yang tergolong dalam sektor ketiga?


(Sektor ketiga menyediakan perkhidmatan)

a)

Perlombongan dan perkhidmatan kewangan

b)

E-dagang dan perkhidmatan hotel

c)

Pembinaan jalan dan perusahaan belacan

d)

Penanaman getah dan pembinaan rumah

5.

Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke berapa?

a)

7

b)

8

c)

9

d)

10

6.

Antara berikut yang manakah bukan fungsi bank perdagangan? Contoh bank perdagangan ialah CIMB, Maybank dan Alliance Bank.

a)

Memberi pinjaman

b)

Mengeluarkan mata wang

c)

Menerima dan membuat bayaran

d)

Urus niaga atas talian

7.

Fungsi wang adalah

i. membeli barang dan perkhidmatan

ii. mengukur nilai sesuatu barang dan perkhidmatan

iii. alat bayaran tertunda

iii. alat menyimpan nilai

a)

i,ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii,iii dan iv

d)

i,ii,iii dan iv

8.

Upah adalah faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan.

a)

BENAR

b)

PALSU

9.

Sarah merupakan lulusan Ijazah Perubatan, tetapi beliau memilih bekerja sebagai guru. Faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan Sarah ialah ........

a)

lokasi tempat kerja

b)

jaminan kerja

c)

pengalaman dan kemahiran

d)

suasana tempat kerja

10.

Wang boleh didapati dalam bentuk yang berikut kecuali.......

a)

syiling

b)

wang kertas

c)

cek

d)

sijil

11.

Antara yang berikut, siapakah yang memegang jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia yang paling lama?

a)

Tan Sri Muhammad bin Ibrahim

b)

Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

c)

Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman

d)

Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don

12.

Berikut adalah ciri-ciri wang kecuali .......

a)

tahan lama

b)

mudah dibawa

c)

diterima umum

d)

mudah koyak

13.

Untung, wang saku dan pencen dikategorikan sebagai jenis pendapatan.

a)

BENAR

b)

PALSU

14.

Cukai adalah sumber pendapatan negara.

a)

BENAR

b)

PALSU

15.

Antara yang berikut yang manakah bukan keperluan?

a)

Makanan

b)

Tempat tinggal

c)

Kereta

d)

Pakaian

16.

Barang tahan lama seperti televisyen, mempunyai ciri ............

a)

tempoh penggunaan melebihi satu tahun

b)

tempoh penggunaan kurang daripada satu tahun

17.

Pelbagai jenis iklan sering disiarkan di media sosial. Iklan akan mempengaruhi perbelanjaan orang ramai.

a)

BENAR

b)

PALSU

18.

Pendapatan seseorang individu dipengaruhi oleh.....

a)

latar belakang keluarga

b)

tahap pendidikan

c)

tempat tinggal

d)

jenis bangsa

19.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada pelaburan

i. Menyimpan wang dalam bank

ii. Membeli emas

iii. Membeli rumah

iv. Membeli kereta

a)

i,ii dan iii

b)

i,iii dan iv

c)

ii,iii dan iv

d)

i,ii,iii dan iv

20.

Kelebihan membeli secara tunai ialah

i. harga lebih murah

ii. barang terus menjadi hak milik

iii. risiko kehilangan tunai rendah

iv. menikmati diskaun tunai

a)

i,ii dan iii

b)

i,ii dan iv

c)

i,iii dan iv

d)

i,ii,iii dan iv