Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL -KEJUJURAN

Total questions: 12

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Hadif segera menyampaikan pesanan Cikgu Aza kepada rakan sekelasnya supaya menghantar latihan yang diberikan semasa kelas Bahasa Melayu pada minggu lepas.

a)

Jujur

b)

Tidak jujur

2.

Badriyah tidak memulangkan buku rujukan yang dipinjam daripada perpustakaan walaupun sudah melebihi tempoh peminjaman.

a)

Jujur

b)

Tidak jujur

3.

Kevin memberitahu ibunya bahawa dia telah menumpahkan air secara tidak sengaja di atas katil kerana leka bermain telefon bimbit.

a)

Jujur

b)

Tidak jujur

4.

Encik James menjual barangan yang telah tamat tempoh kepada pelanggan di kedainya demi mengaut keuntungan.

a)

Jujur

b)

Tidak jujur

5.

Zhi Jiang memulangkan kasut sukan yang dipinjam daripada kawannya dengan segera selepas mencucinya dengan bersih.

a)

Jujur

b)

Tidak jujur

6.

Kamal mengutip plastik roti yang terjatuh dari poket seluarnya semasa berjalan-jalan di tasik.

a)

Jujur

b)

Tidak jujur

7.

Izwan mengakui bahawa kebakaran kecil yang berlaku di dalam makmal adalah berpunca daripada tindakannya.

a)

Jujur

b)

Tidak jujur

8.

Dewi berjumpa dengan guru kelasnya untuk memberitahu bahawa dia telah menggunakan duit tabung Kelas 5 Amanah bagi kegunaaan peribadinya.

a)

Jujur

b)

Tidak jujur

9.

Hadi terjumpa telefon bimbit kepunyaan seorang guru di kantin sekolah.Apakah tindakan yang sepatutnya..

a)

Membiarkan sahaja telefon itu

b)

Mengambil dan menyimpan telefon tersebut

c)

Memulangkan semula kepada guru

d)

Menggunakan telefon tersebut

10.

Di dalam bekas itu ada beberapa kotak minuman yang lebih selepas kamu agihkan kepada para peserta larian.Apakah tindakan kamu?

a)

Mengambil lebihan minuman tersebut

b)

Memulangkan kembali kepada penganjur

c)

Menyimpan dan bawa pulang minuman itu

d)

Menjual lebihan minuman supaya mendapat keuntungan

11.

Encik Wong telah dijangkiti penyakit Covid 19,namun dia tidak mengkuarantin dirinya di dalam rumah dan berhubung rapat dengan jiran yang lain.Apakah tindakan kamu?

a)

Mengelakkan diri dari Encik Wong

b)

Melaporkan keoada pihak berwajib dan mengelakkan diri daripada Encik Wong.

c)

Membiarkan sahaja kerana bukan masalah kamu

d)

Memarahi Encik Wong

12.

Kamu mendapati seorang pelanggan pasar raya itu telah tertinggal dompetnya di dalam troli yang kamu ambil.Apakah tindakan kamu?

a)

Membiarkan sahaja dompet itu

b)

Menggunakan troli yang lain

c)

Mengambil dompet itu dan menyimpan

d)

Melaporkan kepada pihak pasaraya