wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengukuran

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan kuantiti terbitan?

a)

Halaju

b)

Suhu

c)

Panjang

d)

Masa

2.

Antara kuantiti fizik berikut, yang manakah adalah kuantiti asas?

a)

Cas elektrik

b)

Luas

c)

Keamatan cahaya

d)

Daya

3.

Yang manakah padanan yang betul bagi unit SI terbitan dan kuantitinya

a)

Isipadu - liter

b)

Halaju - km j-1

c)

Pecutan - m s-1

d)

Momentum - kg m s-1

4.

Antara simbol berikut, yang manakah unit asas SI?

a)

oC

b)

W

c)

K

d)

ml

5.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang unit SI?

a)

Unit bagi kuantiti tertentu di negara berlainan mempunyai unit SI yang berbeza

b)

Unit SI hanya digunakan dalam bidang sains dan teknologi

c)

Penggunaan unit SI melibatkan salah faham antara ahli sains dari negara berlainan

d)

Penggunaan unit SI memudahkan kajian saintifik

6.

Antara kuantiti asas dan unit SI berikut, yang manakah adalah benar?

a)

Jisim - g

b)

Masa - s

c)

Panjang - cm

d)

Suhu - oC

7.

Masalah manakah yang mungkin timbul jika uni SI tidak wujud?

a)

Pertukaran mata wang asing

b)

Pemindahan teknologi

c)

Pertukaran data kajian antara saintis

d)

Kadar pembelian saham berbeza

8.

1 N m setara dengan

a)

1 kg m-3

b)

1 m s-1

c)

1 kg m2 s-2

d)

1 kg m-1 s-2

9.

Antara yang berikut, yang manakah tidak terlibat dalam analisis graf?

a)

Ekstrapolasi

b)

Interpolasi

c)

Kecerunan graf

d)

Titik persilangan antara dua garisan

10.

Antara langkah-langkah penyiasatan saintifik berikut, yang manakah mengikut urutan yang betul?

a)

Inferens, hipotesis, penyiasatan, pengumpulan data, analisis data

b)

Hipotesis, inferens, penyiasatan, pengumpulan data, analisis data

c)

Inferens, hipotesis, pengumpulan data, penyiasatan, analisis data

d)

Inferens, hipotesis, penyiasatan, analisis data, pengumpulan data

11.

Antara berikut, yang manakah bukan suatu contoh inferens dalam penyiasatan saintifik?

a)

Tempoh ayunan bandul ringkas bergantung pada panjangnya

b)

Pemanjangan spring dipengaruhi oleh daya yang bertindak ke atasnya

c)

Momentum bagi suatu objek ialah hasil darab jisim dan halajunya

d)

Perubahan suhu bagi 1 kg air bergantung kepada masa pemanasan

12.

Pembolehubah dimanipulasikan ialah kuantiti fizik yang nilainya adalah

a)

sentiasa malar

b)

diperolehi selepas eksperimen

c)

tidak bergantung pada pembolehubah bergerak balas

d)

dipengaruhi oleh pembolehubah malar

13.

Antara berikut, yang manakah benar tentang kaedah graf?

a)

Skala pada kedua-dua paksi hendaklah sama

b)

Pilihan paksi tidak bergantung kepada pembolehubah

c)

Graf dapat menunjukkan hubungan antara dua pembolehubah

d)

Kesimpulan dapat dibuat daripada data eksperimen

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan pembolehubah dimanipulasi bagi eksperimen bandul ringkas?

a)

Jisim ladung

b)

Panjang bandul

c)

Tempoh ayunan bandul

d)

Diameter ladung

15.

Fizik merupakan satu cabang bagi sains yang bermaksud

a)

kajian tentang zarah-zarah

b)

kajian tentang alam semulajadi

c)

kajian tentang benda hidup

d)

kajian tentang jirim dan tenaga

16.

Kuantiti fizik yang tidak boleh ditakrifkan oleh mana-mana kuantiti fizik lain dipanggil sebagai

a)

kuantiti bukan fizik

b)

kuantiti asas

c)

kuantiti tanpa dimensi

d)

kuantiti terbitan

17.

Momentum ialah

a)

kuantiti skalar dan kuantiti asas

b)

kuantiti skalar dan kuantiti terbitan

c)

kuantiti vektor dan kuantiti asas

d)

kuantiti vektor dan kuantiti terbitan

18.

Antara langkah berikut, yang manakah bukan keutamaan semasa memplot graf?

a)

Pemboleh ubah bergerak balas pada paksi-y

b)

Garis pemboleh ubah mesti dilukis melalui asalan

c)

Paksi-x dan paksi-y mesti dilabelkan dengan kuantiti fizik dan unitnya

d)

Semua titik mesti ditanda dengan betul dalam graf

19.

Apakah perbezaan antara kuantiti skalar dengan kuantiti vektor?

a)

Kuantiti skalar mempunyai magnitud sahaja manakala kuantiti vektor mempunyai arah shaja

b)

Kuantiti skalar mempunyai magnitud dan arah manakala kuantiti vektor mempunyai magnitud sahaja

c)

Kuantiti skalar mempunyai arah sahaja manakala kuantiti vektor mempunyai magnitud dan arah

d)

Kuantiti skalar mempunyai magnitud sahaja manakala kuantiti vektor mempunyai magnitud dan arah

20.

Kuantiti fizik manakah yang sama dengan sesaran/masa?

a)

Laju

b)

Halaju

c)

Jarak

d)

Pecutan