NEW
Font size
WorksheetsImbuhan Awalan dan Akhiran
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Ali ____________ bunyi radio datuknya kerana lagu kegemarannya sedang dimainkan.
menguati
menguatnya
menguatan
menguatkan
Setiap kenderaan hendaklah memberi ______________ kepada ambulans di mana-mana, termasuklah di lebuh raya.
lalulah
laluan
lalukan
lalui
Pada perkhemahan kali ini, kami telah ______________ khemah di padang sekolah untuk berteduh dan tidur.
mendiri
mendirian
mendirinya
mendirikan
Seorang guru sedang ________________ nasihat dan peringatan kepada sekumpulan murid lelaki yang berada di surau sekolah.
menberikan
berberikan
memberikan
mengberikan
Datuk sedang ___________ sambil membaca surat khabar di bawah pokok.
menjahit
berehat
bersedih
memasak
Pengunjung yang bercuti di Pulau Perhentian tidak melepaskan peluang untuk ____________ di lautnya yang biru.
berenang
perenang
merenangi
merenangkan
Kilang yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden untuk ___________ daging.
diproses
terproses
pemproses
memproses
Sawah padi yang terdapat di kawasan Sungai Kuala Kedah itu _________ luas saujana mata memandang.
dibentang
terbentang
membentang
pembentangan
Kakak Akmal merupakan graduan ____________ Universiti Sains Malaysia.
lepasan
terlepas
berlepas
kelepasan
___________ pada tangan Ahmad hanya akan dibuka setelah lukanya benar-benar sembuh.
Balutan
Berbalut
Membaluti
Membalutkan
Pesawat yang mengalami kerosakan itu akhirnya berjaya __________ dengan selamat.
daratan
mendarat
pendaratan
mendaratkan
Puan Kamariah menasihati jirannya yang sakit itu agar segera mendapatkan _____________ di hospital.
dirawat
rawatan
merawat
jururawat
___________ mencari mangsa yang hanyut di sungai itu masih dijalankan.
Gerakan
Tergerak
Bergerak
Pergerakan
Pokok durian di belakang rumah Encik Sundram itu _______________ lebat.
membuah
terbuah
berbuah
buahan
Petani itu ________________ sebentar selepas penat membajak sawahnya.
terehat
merehat
direhat
berehat
Van yang dipandu dengan laju itu _______________ ke dalam longkang.
terjunam
junaman
berjunam
junamkan
6. Walaupun kalah dalam pertandingan badminton itu, Sunny tidak pernah ______________ asa.
diputus
terputus
berputus
memutuskan
Ibu mengambil serbuk_______________________ untuk dimasukkan ke dalam adunan kek itu.
menaik
penaik
ternaik
dinaik
Pada waktu senja kala, panorama matahari ________________ di pantai Port Dickson yang luas terbentang itu memukau para pengunjung.
benam
dibenam
membenam
terbenam
Mina gemar menggubah bunga untuk dijadikan ______________ di ruang tamu rumahnya.
hiasan
menghias
berhias
dihias
