Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 4 (Set 1)

Total questions: 19

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Datuk memetik buah rambutan yang telah __________ itu lalu dimasukkan ke dalam bakul yang dibawanya.

a)

matang

b)

masak

c)

mentah

d)

empuk

2.

Ayah menghalang adik __________ televisyen dalam gelap kerana akan merosakkan matanya.

a)

melihat

b)

menatap

c)

menonton

d)

memandang

3.

___________ penonton kecewa apabila persembahan tarian singa itu terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.

a)

Segala

b)

Semua

c)

Pelbagai

d)

Segenap

4.

Ibu mengambil __________ ketul gula kabung kerana mahu membuat buah melaka dan kuih koci sebagai hidangan minum petang.

a)

sepuluh

b)

kesepuluh

c)

persepuluh

d)

berpuluh-puluh

5.

_________ lagi mereka sudah ke sekolah kerana mahu menyiapkan Jalur Gemilang gergasi.

a)

Pagi-pagi

b)

Malam-malam

c)

Samar-samar

d)

Siang-siang

6.

Irfan menggunakan __________ optik sewaktu kerja-kerja mewarnakan Jalur Gemilang.

a)

tetingkap

b)

tetikus

c)

tetuang

d)

tetingkat

7.

Mereka menaiki feri ke __________ dari jeti Kuala Perlis.

a)

Pulau Langkawi

b)

Kuala Lumpur

c)

Terengganu

d)

Singapura

8.

Amira berjanji tidak akan ________ rahsia itu kepada sesiapa pun.

a)

memberikan

b)

menjelaskan

c)

membalikkan

d)

membongkarkan

9.

Pesakit itu terpaksa diasingkan supaya penyakitnya tidak ________ kepada orang lain.

a)

berpindah

b)

berjangkit

c)

berbalik

d)

bersatu

10.

Penunggang motosikal itu ________ oleh polis kerana tidak memakai topi keledar.

a)

disaman

b)

dihukum

c)

dipanggil

d)

disamun

11.

Perlawanan akhir itu sangat ________ kerana kedua-dua pasukan beraksi dengan hebat.

a)

sulit

b)

pahit

c)

rumit

d)

sengit

12.

Pemuda yang berwajah _________ itu ditawarkan berlakon dalam sebuah filem.

a)

lawa

b)

gebu

c)

cantik

d)

tampan

13.

Aiskrim yang dijual oleh Syafiq kurang mendapat sambutan ________ cuaca pada hari itu mendung.

a)

kecuali

b)

sambil

c)

kerana

d)

apabila

14.

Kita akan disenangi ramai ________ bersikap ramah ________ tidak sombong terhadap orang lain.

a)

jika ............ dan

b)

dan ........... jika

c)

atau ......... lalu

d)

serta ......... lalu

15.

__________ pemuda baju biru yang membantu Pak Jamal ketika kemalangan tadi?

a)

Apakah

b)

Bilakah

c)

Siapakah

d)

Berapakah

16.

Pilih perkataan sinonim bagi perkataan "menebarkan".

a)

mencampakkan

b)

menyerahkan

c)

membesarkan

d)

menjatuhkan

17.

Pilih perkataan antonim bagi "tewas".

a)

berjaya

b)

menang

c)

gagal

d)

kalah

18.

Pilih Kata Ganti Nama daripada senarai yang diberikan.

a)

Saya

b)

Ibu

c)

Kami

d)

Abang

e)

Dia

19.

Senaraikan Kata Kerja daripada senarai yang diberikan.

a)

Makan

b)

Sayang

c)

Kamu

d)

Lompat

e)

Mandi