NEW
Font size
WorksheetsPengawetan Makanan -Sains T6
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Apakah maksud pengawetan makanan?
Kaedah pemprosesan makanan yang mengaktifkan mikroorganisma
Kaedah pemuliharaan makanan yang melambatkan proses hidup mikroorganisma
Kaedah pemprosesan makanan bagi menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma
Kaedah pemeliharaan makanan yang melambatkan proses kematian mikroorganisma
Kaedah meyimpan makanan pada suhu takat beku dan ke bawah merupakan salah satu kaedah pengawetan makanan.
Apakah kaedah tersebut?
Pendinginan
Penyejukbekuan
Pempasteuran
Pembekuan
Kenal pasti kaedah yang paling sesuai bagi mengawet buah ini agar ianya tahan lebih lama.
Pengetinan
Pelilinan
Pempasteuran
Pemasinan
Kaedah pengawetan makanan ini menggunakan cara mengasap makanan untuk satu tempoh yang agak lama.
Antara jenis makanan di bawah ini, yang manakah paling sesuai menggunakan kaedah pengawetan tersebut?
Apakah tujuan pengawetan makanan melalui kaedah penjerukan?
Keasidan yang tinggi mengaktifkan mikroorganisma
Keasidan yang tinggi menjadikan keadaan yang sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh atau membiak
Keasidan yang rendah menjadikan keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh atau membiak
Keasidan yang tinggi menjadikan keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh atau membiak
Apakah kaedah pengawetan bagi jenis makanan ini?
Pengetinan
Pembotolan
Pendidihan
Pendinginan
Apakah maksud kaedah pempasteuran?
Proses memanaskan makanan pada suhu yang tinggi
Proses mendidihkan makanan dan kemudian disejukkan dan dimasukkan ke dalam bekas kedap udara
Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera
Kaedah menyimpan makanan di dalam persekitaran bersuhu kurang dari 18 darjah celsius
Rajah di atas menunjukkan proses yang terdapat dalam salah satu kaedah mengawet makanan.
Apakah tujuan pemanasan yang diikuti dengan penyejukkan segera dalam kaedah ini?
Melambatkan proses mikroorganisma
Membunuh kebanyakkan bakteria
Mengaktifkan mikroorganisma agar dapat bertumbuh di dalam susu
Menyejukkan susu dengan lebih cepat agar dapat dibotolkan dengan segera
Apakah tujuan utama pengawetan makanan menggunakan kaedah ini?
Suhu yang tinggi membunuh kebanyakkan mikroorganisma
Ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma akan mati atau menjadi tidak aktif
Ketiadaan udara membunuh kebanyakan mikroorganisma aktif tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan
Ketiadaan udara menyebabkan mikroorganisma tidak boleh bertumbuh dan membiak
Antara larutan berikut, larutan yang manakah yang tidak digunakan dalam kaedah penjerukan?
Larutan minyak
Larutan cuka
Larutan garam
Larutan gula
Kenal pasti 2 kaedah pengawetan yang paling sesuai bagi mengawet sayur ini.
Penyejukbekuan - Pendinginan
Pembotolan - Pelilinan
Pelilinan - Pemasinan
Pengetinan - Penyalaian
Selain produk ikan kering dan mihun kering, apakah produk makanan lain yang menggunakan kaedah pengawetan yang sama?
Daging lembu
Telur itik
Isi ayam
Asam gelugur
Berdasarkan produk makanan di atas, apakah makanan yang menggunakan konsep yang sama dalam proses pengawetan makanan ini?
"Bencana banjir menyebabkan banyak kemusnahan termasuklah stok makanan di rumah"
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kepentingan pengawetan makanan yang paling tepat semasa dalam keadaan kecemasan?
Mengatasi masalah bekalan makanan melalui makanan yang telah ditinkan
Memudahkan makanan tidak dihasilkan di negara kita dapat dinikmati di negara sendiri
Dapat menikmati buah bermusim sepanjang tahun semasa kecemasan
Membolehkan makanan diawet selepas banjir
Salah satu kepentingan pengawetan makanan adalah makanan bermusim dapat dinikmati dan diperoleh sepanjang tahun.
Berdasarkan pernyataan tersebut, kenal pasti makanan yang paling sesuai bagi menggambarkan kepentingan pengawetan tersebut.
Buah kiwi merupakan buah yang boleh didapati dari negara New Zealand dan tidak ditanam di Malaysia. Oleh itu, Malaysia telah mengimport buah ini bagi membolehkan kita menikmati dan memakan buah tersebut.
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah kepentingan yang paling sesuai bagi menggambarkan kepentingan pengawetan makanan?
Mengatasi masalah bekalan makanan
Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara boleh dinikmati di negara lain
Makanan bermusim sentiasa diperoleh
Senang diangkut dan mudah disimpan
Kenal pasti punca kerosakan pada makanan.
Kehadiran air
Kewujudan nutrien
Kecuaian manusia
Tindakan mikroorganisma
Apakah ciri kerosakan yang terdapat pada makanan tersebut?
Berlendir
Berbuih
Bertompok hitam
Berasa masam
Sawi yang tidak diawet boleh menjadi rosak.
Kenal pasti ciri kerosakan yang boleh didapati pada sawi.
Bertukar warna kekuningan
Tompok kehitaman
Berbau masam
Berketul-ketul
Apakah kaedah pengawetan makanan yang dapat mengekalkan kesegaran buah di samping mencegah pertumbuhan mikroorganisma pada permukaan buah?
Pengeringan
Penjerukan
Pelilinan
Pendinginan
