wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Biologi Ting 4 Bab 10.2 Sistem Peredaran Manusia Part 2

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Seorang wanita berlumuran darah setelah diserang seorang lelaki yang melibas pedang kearahnya. Dia bagaimanapun meninggal dalam perjalanan ke hospital kerana kehilangan banyak darah dan kegagalan oksigen untuk sampai ke otak. Apakah kemungkinan yang telah berlaku?

a)

Penyerang telah mencederakan saluran arteri perempuan tersebut

b)

Penyerang telah mencederakan saluran vena perempuan tersebut

2.

Tandakan ciri yang betul bagi eritrosit

a)

mempunyai nukleus

b)

mempunyai hemoglobin

c)

berbentuk cakera dwicekung

d)

Dihasilkanm di hati

3.

Gambar di atas menunjukkan bahagian darah yang disebut...

a)

Eritrosit

b)

Leukosit

c)

plasma darah

d)

platlet darah

4.

Fungsi utama platlet ialah

a)

mengangkut oksigen

b)

pembekuan darah

c)

menghasilkan antibodi

d)

menghasilkan antitoksin

5.

Berikut adalah contoh bagi granulosit KECUALI....

a)

neutrofil

b)

eosinofil

c)

basofil

d)

limfosit

6.

Rajah menunjukkan keratan rentas tiga jenis salur darah. Apakah salur darah X, Y dan Z?

a)

X - Arteri, Y- Kapilari, Z- Vena

b)

Y- Arteri, Z - Kapilari, X- Vena

c)

Z - Arteri, X - Kapilari, Y-Vena

d)

Z- Arteri, Y-kapilari, X-Vena

7.

Tandakan ciri yang betul bagi vena

a)

mempunyai saiz lumen yang kecil

b)

tekanan darah yang sangat rendah

c)

mempunyai injap

d)

dinding yang nipis

8.

Rajah menunjukkan salur darah manusia. Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan ciri­-ciri bagi P?

a)

Dinding berotot dan kenyal

b)

Lumen yang besar

c)

Mengangkut darah terdeoksigen

d)

Mempunyai injap

9.

salur darah yang mengembalikan darah terdeoksigen ke jantung ialah

a)

vena kava

b)

aorta

c)

arteri pulmonari

d)

vena pulmonari

10.

Salur darah berikut membawa darah beroksigen kecuali

a)

vena pulmonari

b)

aorta

c)

arteri pulmonari

d)

arteri koronari

11.

Ahmad mempunyai keradangan usus setelah memakan makanan yang menjadi alahannya. Ujian darah dilakukan dan doktor mendapati kandungan sel darah X adalah sangat tinggi. Apakah X?

a)

Basofil

b)

Eosinofil

c)

Neutrofil

d)

Limfosit

12.

Rajah menunjukkan komponen sel dalam

darah manusia. Antara berikut, yang manakah merupakan

fungsi F?

a)

Mengangkut oksigen

b)

Merangsangkan mekanisme pembekuan darah

c)

Menghasilkan antibodi untuk memusnahkan patogen

d)

Mengangkut urea ke organ perkumuhan

13.

Leukosit yang manakah berfungsi menghasilkan antibodi?

a)

Eosinofil

b)

Basofil

c)

Monosit

d)

Limfosit

14.

Leukosit yang manakah berfungsi membebaskan enzim bagi melawan keradangan dan tindak balas alergi?

a)

Neutrofil

b)

Eosinofil

c)

Limfosit

d)

Monosit

15.

Leukosit terbahagi kepada dua jenis iaitu granulosit dan agranulosit. Pilih leukosit dari jenis granulosit. (Pilih 3)

a)

Neutofil

b)

Eosinofil

c)

Basofil

d)

Limfosit

16.

Rajah menunjukkan aorta, iaitu arteri utama yang meninggalkan jantung. Mengapa dinding arteri bersifat kenyal? (Pilih 2)

a)

Mengembang apabila menerima darah yang keluar dari jantung

b)

Menghalan arteri daripada pecah akibat darah bertekanan tinggi yang mengalir melaluinya

c)

Membenarkan pertukaran gas berlaku

d)

Membenarkan aliran darah menjadi sehala

17.

Gabungan antara hemoglobin dengan oksigen akan membentuk (a)   .

18.

Antara sel darah berikut, yang manakah mempunyai tempoh hayat paling pendek?

a)

sel darah merah

b)

platelet

c)

eritrosit

d)

leukosit

19.

Rajah menunjukkan eritrosit. Mengapakah eritrosit berbentuk dwicekung?

a)

Membolehkan JLP/I yang besar bagi pertukaran gas respirasi berlaku dengan cekap

b)

Supaya lebih banyak hemoglobin dapat dimuatkan didalamnya

c)

Supayamempunyai tempoh hayat dengan lebih lama

d)

Untuk mencegah pembekuan darah

20.

Antara berikut, yang manakah dihasilkan dalam sumsum tulang?

a)

eritrosit

b)

platelet

c)

sel darah putih

d)

sel darah merah

21.

Rajah menunjukkan eosinofil, sejenis leukosit. Apakah fungsi eosinofil?

a)

Membebaskan enzim yang melawan keradangan dalam tindak balas alergi

b)

Menelan sel bakteria dan tisu mati secara fagositosis

c)

Mengandungi heparin yang mencegah pembekuan darah

d)

Menghasilkan antitoksin terhadap toksin yang dihasilkan oleh bakteria atau virus

22.

Sel darah putih yang manakah yang mengandungi heparin yang mencegah pembekuan darah?

a)

monosit

b)

eosinofil

c)

basofil

d)

neutrofil

23.

Rajah menunjukkan keratan rentas jantung. Mengapa ventrikel kiri mempunyai dinding berotot yang lebih tebal berbanding ventrikel kanan?

a)

Mengecut dengan lebih kuat untuk menjana tekanan yang lebih besar untuk mengepam darah keluar dari aorta ke seluruh badan

b)

Memisahkan bahagian jantung kiri daripada bahagian jantung kanan

c)

Memastikan darah beroksigen tidak bercampur dengan darah terdeoksigen

d)

Memastikan pengaliran darah adalah sehala

24.

Mengapakah eritrosit tidak mempunyai nukleus?

a)

Supaya usia eritrosit lebih panjang

b)

Supaya proses pembekuan darah berjalan lancar

c)

Supaya lebih banyak hemoglobin dapat dimuatkan didalamnya

d)

Supaya dapat membentuk oksihemoglobin

25.

Mengapakah eritrosit mempunyai bentuk cakera dwicekung?

a)

Lebih banyak hemoglobin dapat dimuatkan

b)

Membolehkan JLP/I yang besar bagi pertukaran gas respirasi

c)

Boleh meresap keluar liang kapilari

d)

Untuk memuatkan nukleus dalam sel

26.

Julia terlibat dalam kemalangan dan banyak kehilangan darah. Sel darah yang manakah yang mempunyai peranan paling penting?

a)

eritrosit

b)

platlet

c)

neutrofil

d)

basofil