NEW
Font size
WorksheetsSinonim
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Bunga mawar yang ditanam oleh Neelofa di taman itu sedang mekar.
layu
hidup
kuncup
kembang
Puan Mimilana merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.
kuat
berani
gentar
kasar
Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.
petang
senja
malam
subuh
Pak Abu memberi amaran kepada Ali yang suka mencuri buah mangga di kebunnya.
ugutan
nasihat
teguran
peringatan
Lampu-lampu di rumah besar itu masih bernyala walaupun hari telah meninggi.
marak
berapi
terpancar
terpasang
Murid-murid Kelas Empat Kreatif yang keracunan makanan itu segera dikejarkan ke hospital.
dibawa
dilarikan
dipindahkan
dikuarantinkan
Keris Taming Sari yang menjadi lagenda sejak turun-temurun itu akan dipamerkan di Muzium Negara minggu hadapan.
petanda
kisah
riwayat
keagungan
Semenjak saya berkawan dengan Fattah Amin, dia tidak pernah bercakap bohong walau sekalipun.
berteman
bersahabat
berkenalan
bersama
'Buah-buahan tempatan memang banyak khasiatnya,' kata Azwan Ali.
tempahan
setempat
negara kita
negara luar
Walaupun Lisa Surihani seorang murid yang pandai tetapi dia tidak sombong.
cerdik
cantik
rajin
berjaya
Zizan terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke tangga dapur.
menghela
memimpin
mengheret
memegang
Tok Shahrul sedang mengutip buah-buah durian yang gugur malam tadi.
menghimpun
melonggok
menyimpan
memungut
Saya sering makan di restoran itu kerana masakannya sedap belaka.
selalu
jarang
kadang-kadang
sesekali
Encik Wafiy sekeluarga akan berhijrah ke Zimbabwe pada bulan hadapan.
beralih
berpindah
bertandang
berangkat
Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.
malu
marah
kecewa
terkilan
Encik Jimin menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu
kuat
ragu
cepat
hebat
Adik Jenny fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.
laju
yakin
tegas
petah
Kawasan rumah Mei Mei berubah sejak pokok bunga yang ditanam olehnya layu kerana tidak disiram.
lesu
kuyu
kecut
lembut
Johan mengajak saya ke rumahnya sempena sambutan hari lahirnya minggu hadapan.
arah
suruh
ziarah
pelawa
Pelancong asing yang menyewa di bilik hotel itu telah pulang ke negaranya.
pelawat
penjawat
pedagang
pendatang
