Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4 - TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Berikut ialah tiga isu sosiosaintifik yang berkaitan dengan sektor tenaga kecuali

a)

pemanasan global

b)

kehabisan sumber bahan api fosil

c)

bencana alam

d)

fotosintesis

2.

Berikut yang manakah bukan tonggak utama yang menguatkan Dasar Teknologi Hijau Negara?

a)

Tenaga

b)

Ekonomi

c)

Pendidikan

3.

Pernyataan-pernyataan berikut merujuk kepada satu sektor dalam Teknologi Hijau. Apakah sektor tersebut?


Memfokus pada penggunaan tenaga alternatif yang lebih bersih dan bebas karbon


Mengurangkan dan menggantikan penggunaan bahan api fosil

a)

Sektor bahan api fosil

b)

Sektor pertanian dan perhutanan

c)

Sektor pengangkutan

d)

Sektor tenaga

4.

Berikut yang manakah adalah indeks yang diberikan kepada bangunan yang mempunyai ciri-ciri mesra alam?

a)

Indeks Pembinaan Hijau

b)

Indeks Bangunan Hijau

c)

Indeks Pembangunan Hijau

d)

Indeks Ekonomi Hijau

5.

Jejak kaki karbon merujuk kepada jumlah gas rumah hijau yang dibebsakan daripada aktiviti manusia. Antara berikut yang manakah aktiviti yang tidak menyumbang kepada jejak kaki karbon?

a)

Penggunaan bahan api fosil

b)

Pembakaran terbuka

c)

Pembalakkan

d)

Penanaman semula pokok-pokok

6.

Apakah Teknologi Hijau

a)

Teknologi hijau ialah penciptaan produk yang tercanggih untuk manusia

b)

Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam semula jadi dan sumbernya, yang meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia

c)

Teknologi hijau ialah penciptaan produk yang memberi kemudahan kepada manusia tanpa melihat kesan negatif kepada alam

d)

Teknologi hijau ialah pembangunan yang menekankan kemudahan kepada pengguna khususnya

7.

Apakah aplikasi teknologi hijau untuk menangani isu sosiosaintifik dalam sektor pengurusan sisa dan air sisa?

a)

Pencegahan pembaziran makanan dan pengurangan sisa kertas

b)

Sisa diubah menjadi tenaga dan baja

c)

Pengasingan sisa dan kitar semula sisa

d)

Meminimumkan sisa

8.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Teknologi Hijau?

a)

Meningkatkan penghasilan sisa

b)

Membantu mengawal degradasi kualiti persekitaran

c)

Meningkatkan gas rumah hijau

d)

Meningkatkan penggunaan sumber asli

9.

Definisi 5R membawa maksud ...

a)

Rethink, Repair, Reuse, Reduce & Recycle

b)

Rethink, Repair, Reorder, Reduce & Recycle

c)

Rethink, Replace, Reuse, Reduce & Recycle

d)

Refill, Repair, Reuse, Reduce & Recycle

10.

Kementerian berikut merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam membangunkan teknologi hijau.

a)
b)
c)
d)
11.

Apakah yang dimaksudkan dengan kecekapan tenaga?

a)

Penggunaan tenaga yang kurang untuk menghasilkan kerja yang lebih banyak

b)

Penggunaan tenaga yang banyak untuk menghasilkan kerja yang kurang

c)

Penggunaan tenaga yang sama dengan hasil kerja yang diperoleh

d)

Penggunaan tenaga yang banyak untuk menghasilkan kerja yang banyak

12.

Apakah maksud bilangan bintang yang terdapat pada label cekap tenaga yang diletakkan pada barangan elektrik?

a)

Informasi model

b)

Penilaian tenaga

c)

Penggunaan tenaga

d)

Kadar penjimatan tenaga

13.

Maklumat berikut menunjukkan kesan aktiviti-aktiviti manusia ke atas alam sekitar.


- Peningkatan aras laut

- Peningkatan suhu dunia

- Pencairan ais di Artik

- Tumbuhan layu dan mati


Apakah yang menyebabkan kesan-kesan di atas?

a)

Hujan asid

b)

Hakisan tanah

c)

Pemanasan global

d)

Penipisan lapisan ozon

14.

Antara gas yang berikut, yang manakah merupakan penyumbang utama kepada kesan rumah hijau?

a)

Sulfur dioksida

b)

Karbon dioksida

c)

Nitrogen dioksida

d)

Karbon monoksida

15.

Apakah langkah terbaik untuk mengawal pencemaran di atas?

a)

Tutup cerobong asap

b)

Rendahkan cerobong asap

c)

Tambahkan lebih banyak cerobong asap

d)

Pasang penapis udara pada cerobong asap

16.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN contoh bagi Teknologi Hijau dalam kehidupan?

a)

Kereta Solar

b)

Kincir Angin

c)

Baja Kimia

d)

HCFC dalam peti sejuk

17.

Maklumat di bawah mengenai fenomena yang berlaku sekarang.


‘Pentas ais di kawasan Artik dan Antartika mula runtuh sedikit demi sedikit. Keadaan ini telah menrungsingkan para saintis. Jika keadaan ini berterusan, paras air laut akan naik mendadak dan akan menenggelamkan sebahagian besar kawasan daratan yang rendah’


Apakah punca fenomena tersebut berlaku?

a)

Penghasilan gas rumah hijau yang tidak terawal

b)

Penghakisan disebabkan penurunan hujan asid

c)

Pembuangan sisa pepejal seperti plastik ke dalam sungai dan lautan

d)

Peningkatan kadar kemasinan air laut di Artik

dan Antartika

18.

Antara yang berikut, manakah merupakah gas rumah hijau?

a)

Sulfur dioksida

b)

Nitrogen dioksida

c)

Karbon monoksida

d)

Oksigen

19.

Apakah sektor dalam Teknologi Hijau?

I Tenaga

II Pengangkutan

III Perindustrian

IV Astronomi

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III, dan IV

20.

Pernyataan di atas menunjukkan isu

sosiosaintifik yang melibatkan satu sektor. Apakah sektor yang menyumbang isu

sosiosaintifik ini?

a)

Sektor pengurusan sisa dan sisa air

b)

Sektor pertanian dan perhutanan

c)

Sektor bekalan tenaga

d)

Sektor pengangkutan

21.

Antara berikut, manakah peranan yang

boleh dimainkan oleh individu untuk

mengurangkan jejak kaki karbon bagi

memelihara kelestarian alam sekitar?

a)

Penggunaan racun serangga organik

b)

Penanaman semula hutan

c)

Penggunaan empangan hidro untuk menjana

tenaga elektrik

d)

Menanggalkan plag elektrik daripada

soketnya apabila tidak digunakan

22.

Rajah menunjukkan sejenis tong sampah. Antara sisa pepejal berikut, yang manakah tidak boleh dimasukkan ke dalam tong sampah tersebut?

a)

Botol minuman ringan kaca

b)

Balang makanan kaca

c)

Botol vitamin kaca

d)

Cermin tingkap