NEW
Font size
WorksheetsKata Ganda Separa
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Adik sedang bermain _______________ di tepi pantai bersama ayah.
pepara
lelayang
lelangit
bebuluh
Kebanyakan _____________ di negara Eropah tumbuh secara jarak antara satu sama lain.
tetingkap
kekisi
pepohon
leletup
______________ digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan seperti peralatan dapur terutama di rumah Melayu lama.
Pepara
Pepohon
Kekuda
Kekabu
Tujuan _____________ adalah untuk menahan bumbung rumah supaya tidak jatuh.
pepara
peparu
kekisi
kekuda
Manusia mempunyai organ ______________ yang digunakan untuk bernafas.
pepara
peparu
leletup
tetulang
_____________ digunakan untuk mengukur sudut atau membuat garisan.
Sesiku
Lelabah
Bebuluh
Peparu
Kakak membuka ______________ pada waktu pagi supaya udara segar masuk ke dalam rumah.
sesiku
kekuda
tetingkap
pepohon
Bantal atau tilam yang disi dengan _____________ mampu bertahan hingga 20 tahun.
kekabu
dedaun
pepohon
tetupai
____________ mempunyai banyak kaki dan membuat sarangnya di tempat tinggi untuk memerangkap serangga lain.
Tetupai
Lelabah
Sesiku
Lelayang
Di bahagian atas tiang rumah melayu selalunya diletakkan _____________ supaya sambungan kayu lebih kukuh.
tetupai
kekisi
bebuluh
tetingkap
Puan Rina menggunakan ________ yang pelbagai warna untuk membuat sulaman baju kebayanya.
jejarum
bebenang
dedaun
bebola
Nek Liah memasukkan air ke dalam ______________.
bebuli
lelangit
gegendang
lelabu
Ravi sedang membaiki____________basikalnya yang telah rosak
jejari
kekisi
sesiku
jemari
Jaden memelihara beberapa ekor _________ yang diimport dari luar negara.
bebawang
bebola
bebiri
bebayang
Xin Yin membantu ayahnya membersihkan sarang ___________ yang melekat di siling rumah.
lelabah
lelangit
kekuda
lelabi
Kain songket yang ditenun dengan ___________emas itu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
deduit
bebenang
kekabu
jejari
