WorksheetsUNIT 11 PM T3 Hindari Jenayah Kanak Kanak
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Maksud jenayah secara umumnya ialah.........
perbuatan yang berdosa
perbuatan yang menyalahi undang-undang negara
perbuatan yang menyakiti orang lain
perbuatan kurang baik
Manakah antara berikut termasuk dalam contoh jenayah kanak-kanak?
buli
gangsterism
berjudi
vandalism
Pilih pernyataan yang salah tentang Akta Kanak-Kanak
Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dibebaskan daripada apa-apa jua tanggungjawab jenayahnya
Kanak-kanak yang berusia antara 9 hingga 12 tahun dipertanggungjawab sekiranya keupayaannya melakukan jenayah berjaya dibuktikan
kanak-kanak yang berumur lebih daripada 12 tahun bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jenayah yang dilakukan
Ali yang berusia 18 tahun 1 hari tidak termasuk dalam tindakan Akta Kanak-kanak
Pilih sebab berlakunya jenayah kanak-kanak yang merupakan sebab diri sendiri
perasaan ingin mencuba
kurang dibawa ke masjid/tokong/gereja
kurang amalan agama dan nilai murni
berfikiran singkat dan kurang matang
Keluarga sangat memainkan peranan dalam mencegah jenayah kanak-kanak daripada berlaku. Pilih pernyataan yang merupakan faktor berlakunya jenayah kanak-kanak disebabkan oleh keluarga.
diabaikan oleh ibu atau bapa
ibu bapa menunjukkan contoh yang baik
ibu bapa sentiasa sibuk bekerja
ibu bapa suka memarahi anak sehingga tertekan
Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kita terpengaruh dengan media massa dan akhirnya menjadi jenayah kanak-kanak?
Tidak menonton paparan yang ganas di media sosial
menonton hanya rancangan yang berstatus umum
melayari laman web yang ganas
menjadikan influencer yang berakhlak tidak baik sebagai idola
Mengapakah pengaruh rakan sebaya juga menyumbang kepada kejadian jenayah kanak-kanak?
semua rakan sebaya memaparkan pengaruh yang negatif
masa yang dihabiskan bersama-sama rakan sebaya agak lama dan boleh mempengaruhi seseorang
ada kanak-kanak yang takut disisihkan oleh rakan jadi terpaksa mengikut walaupun rakan berkelakuan buruk
rakan sebaya sangat baik
Antara berikut, yang manakah bukan kesan jenayah terhadap kanak-kanak yang melakukannya?
masa hadapan kanak-kanak tersebut tidak terjejas kerana tidak dikenakan tindakan
dibuang sekolah
kemungkinan akan mengulangi jenayahnya adalah tinggi
hilang maruah diri
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang kesan jenayah kanak-kanak kepada keluarga.
imej keluarga akan tercemar
keluarga dipandang serong oleh masyarakat
ahli keluarga mengalami tekanan perasaan
keluarga tidak mengalami apa-apa kesan
Pada pendapat anda, apakah yang patut kamu lakukan berkaitan isu jenayah kanak-kanak ini?
saya tidak patut terlibat dalam apa pun jenayah
saya tidak perlu berfikir secara rasional kerana saya masih kecil
saya perlu mendapatkan bantuan orang dewasa jika mendapati jenayah kanak-kanak terjadi kepada saya atau orang berdekatan
isu ini tidak penting kerana sekarang covid masih tinggi
