Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains T5 : Unit 4 (Tumbuh-tumbuhan)

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah tumbuhan ini melindungi dirinya daripada musuh?

a)

Beracun

b)

Berduri

c)

Bergetah

d)

Bergetah

2.

Ciri-ciri yang manakah membantu tumbuhan ini untuk hidup di kawasan padang pasir? *Jawapan boleh melebihi SATU.

a)

Mempunyai akar yang panjang

b)

Daun berpecah-pecah

c)

menggulungkan daun

d)

Batang menyimpan air

3.

Manakah antara tumbuhan berikut BUKAN melindungi dirinya dengan bulu halus

a)

Lalang

b)

Daun buluh

c)

Daun tebu

d)

Pokok semalu

4.

Mengapakah pokok jagung dan pokok pisang menggulungkan daunnya?

a)

Menyejukkan daunnya

b)

Mengelakkan dari angin kencang

c)

Mengurangkan kehilangan air

d)

Menghalau serangga perosak

5.

Manakah antara berikut merupakan agen pencaran yang betul?

a)

Air, Angin, Mekanisma letupan dan Haiwan

b)

Air, Angin, Haiwan dan Tumbuhan

c)

Hujan, Tiupan, Mekanisma balingan dan Haiwan

d)

Air, Angin, Mekanisma sentuhan dan Haiwan

6.

Antara berikut, manakah ciri buah angsana yang membolehkannya dipencarkan ?

a)

rasa buah yang sedap dan warna menarik

b)

dinding buah menjadi kering dan tegang lalu meletup

c)

biji benih yang ringan, leper dan bersayap

d)

mempunyai sabut, ringan dan terapung di atas air

7.

Mengapakah lalat dan serangga lain tertarik kepada tumbuhan ini?

a)

Kerana, ia mampu menjadi hidangan makanan kepada lalat dan serangga lain.

b)

Kerana, baunya yang busuk menyebabkan lalat dan serangga lain dapat membantu dalam menyebarkan benihnya.

c)

Kerana, baunya yang busuk dapat membantu lalat dan serangga lain untuk membiak.

d)

Kerana, ia mampu menjadi produk minyak wangi bagai menghalau nyamuk.

8.

Apakah ciri khas yang terdapat pada pokok kelapa untuk mengurangkan rintangan angin? *Jawapan boleh melebihi SATU.

a)

batang mudah lentur

b)

daun berpecah-pecah

c)

akar panjang

d)

akar sokongan

9.

Pokok getah mengugurkan daun semasa musim kemarau. Apakah tujuan aktiviti tersebut?

a)

untuk mengurangkan kehilangan air

b)

untuk melukakan musuh

c)

untuk mencari air

d)

untuk mudah lentur

10.

Manakah antara tumbuhan berikut mempunyai cara yang sama untuk melindungi diri daripada musuh seperti tumbuhan dalam gambar?

a)
b)
c)
d)
11.

Pak Mat mengalami kegatalan selepas menyentuh tumbuhan A. Manakah antara berikut adalah tumbuhan A?

a)

Pokok buluh

b)

Pokok kaktus

c)

Pokok cendawan

d)

Buah pong-pong

12.

Rajah menunjukkan ciri sejenis buah. Apakah fungsi ciri di atas?

a)

untuk menarik perhatian haiwan

b)

membolehkan buah terapung di atas air

c)

memudahkan buah diterbangkan oleh angin

d)

supaya buah boleh merekah

13.

Tumbuhan ini mempunyai getah yang melekit. Getah ini dapat menghalang haiwan daripada memakannya. Apakah tumbuhan lain yang mempunyai ciri yang sama dengannya ?

a)
b)
c)
d)
14.

Apakah ciri yang terdapat pada tumbuhan ini yang membolehkannya dipencarkan jauh dari induknya? *Jawapan boleh lebih daripada SATU.

a)

besar

b)

ringan

c)

warna menarik

d)

kecil

15.

Ciri tumbuhan yang dipencarkan melalui air ialah....

Pilih 3 CIRI yang PALING TEPAT

a)

kulit kalis air

b)

sabut berongga

c)

boleh terapung

d)

kecil dan ringan

16.

Rajah menunjukkan seekor rubah. Bagaimanakah haiwan ini membantu menyebarkan biji benih?

a)

Makan buah- buahan dengan biji benih di dalamnya dan kemudian menyebarkan biji benih ke tempat lain dalam najis mereka

b)

Tiup biji benih yang mempunyai struktur seperti sayap ke tempat lain.

17.

Mengapakah biji benih perlu dipencarkan jauh daripada induknya?

a)

untuk mengelakkan berlakunya persaingan antara anak pokok dengan pokok induk

b)

untuk menambahkan bilangan pokok induk

c)

untuk membesarkan saiz poko induk

d)

untuk mengurangkan spesis tumbuhan tersebut

18.

Bagaimana pencaran biji benih dapat membantu tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya?

a)

Pokok induk dapat menghasilkan anak pokok.

b)

Anak pokok dapat tumbuh di tempat yang sama seperti induknya.

c)

Anak pokok berupaya untuk bersaing dengan induknya untuk mendapatkan keperluan asas.

d)

Anak pokok dapat memperolehi air, cahaya matahari, nutrien dan ruang hidup yang cukup untuk membesar.

19.

Kulit buah P akan menjadi kering apabila matang dan meletup untuk menyebarkan biji benih. Apakah buah P?

a)
b)
c)
d)
20.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang ciri-ciri khas tumbuhan menyesuaikan diri dengan iklim dan perubahan musim?

a)

Pokok kelapa mempunyai daun berbentuk jarum

b)

Pokok keladi mempunyai daun berlilin

c)

Pokok getah menggulungkan daun semasa cuaca panas

d)

Pokok tomato mempunyai kulit yang tebal

21.

Rajah ini menunjukkan seekor panda yang tinggal

di kawasan pokok buluh.


Apakah yang akan berlaku sekiranya spesies pokok buluh pupus?

a)

Panda tidak akan terjejas

b)

Panda akan turut pupus

c)

Panda akan terus membiak

d)

Panda akan berpindah ke pokok buah-buahan

22.

Apakah persamaan antara pokok kaktus dan pokok ru?

a)

Daun yang bergulung

b)

Daun berbentuk jarum

c)

Batang yang mudah melentur

d)

Batang yang boleh menyimpan air

23.

Antara yang berikut, yang manakah bukan cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya?

a)
b)
c)
d)
24.

Daun ini mengeluarkan bau yang kuat kerana mengandungi kandungan nikotin yang tinggi ?

a)

daun buluh

b)

daun semalu

c)

daun getah

d)

daun tembakau

25.

Mengapakah tumbuhan penting kepada manusia dan haiwan?

a)

kerana tumbuhan membekalkan karbon dioksida

b)

kerana tumbuhan membekalkan oksigen

c)

kerana tumbuhan membekalkan udara

d)

kerana tumbuhan membekalkan air