NEW
Font size
WorksheetsPENJODOH BILANGAN
Total questions: 37
Worksheet time: 19mins
Abang hanya makan dua___________________ durian selepas makan tengah hari.
ulas
biji
buah
urat
Di belakang pondok itu terdapat se ____________________ pokok buluh yang merimbun.
ruas
pohon
batang
rumpun
Cikgu Tiaga menulis beberapa __________________ ayat pada papan tulis.
baris
patah
rangkap
untai
Farid mencarik ____________ kertas untuk menulis nombor telefon rakannya itu.
segulung
secebis
seekor
Puan Anne memasukkan __________ garam ke dalam gulai yang dimasaknya.
secubit
seketul
secawan
Pasukan polis menemukan beberapa _______________ peluru terlekat pada dinding bangunan itu.
butir
kapal
buah
_____________ singa menggerumuni kerbau itu sebelum seekor daripadanya menerkam dan mengigit tengkuk mangsanya itu.
Sebiji
Segerombolan
Sekawan
Mak Teh Leha meletakkan beberapa ___________ timun ke dalam bungkusan nasi lemak yang dipesan pelanggannya.
hiris
batang
ketul
Tok Ayah membeli se _________ tongkat di pasar raya untuk memudahkannya berjalan.
kaki
bilah
buah
Se___________ burung terkukur terhinggap di atas dahan itu.
biji
buah
ekor
Beberapa ____________ rambut ditemukan di dalam perut buaya yang baru sahaja dibelah itu.
ikat
gulung
gumpal
Sesetengah ibu bapa menyumbangkan beberapa ____________ majalah pendidikan kepada pihak perpustakaan sekolah setiap bulan.
butir
buah
naskhah
Mesin itu boleh menghasilkan 1500 ___________ sate dalam masa sejam.
baris
hiris
cucuk
Mardiana memasukkan beberapa ___________ ais ke dalam gelas.
biji
ketul
batang
Se_________ durian itu tidak boleh dimakan kerana berulat.
biji
baris
pangsa
"Pak cik, berikan saya dua ____________ kuih keria," kata Vincent.
biji
buah
helai
Puan Ong duduk di atas se___________ kerusi sandar
buah
biji
batang
helai
Datuk bersiar-siar di pantai menggunakan se________ tongkat.
buah
batang
biji
helai
Kakak membaling se________ bola kepada adik.
buah
batang
biji
helai
Sin Ling mengelap peluh dengan se_______ sapu tangan.
buah
batang
biji
helai
Ayah membeli se________ basikal sebagai hadiah hari jadi saya.
buah
batang
biji
helai
Adik menggaris jawapan dengan se________ pensel warna yang berwarna merah
buah
batang
biji
helai
Abang memberi adik perempuan empat _________ gula-gula.
buah
batang
biji
helai
Wei Han berjaya meniup 10 __________ belon dalam pertandingan itu.
buah
batang
biji
helai
Di halaman rumah saya terdapat dua ________ pokok kelapa.
buah
batang
biji
helai
Kamal menjumpai se ___________________ kunci di tepi longkang.
butir
gugus
biji
kuntum
