NEW
Font size
WorksheetsSimpulan bahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Disebabkan terbangun lewat, abang masuk ke bilik air lalu __________ dan bergegas untuk bersiap-siap ke pejabat.
mandi kerbau
mandi bunga
Tulisan Amir yang __________ itu tidak boleh dibaca oleh cikgu.
cakar ayam
kaki ayam
Ketika menziarahi rakannya di hospital, Hanim membawa ___________ berupa sebakul buah-buahan
buah hati
buah tangan
Hariram seorang yang _____________ kerana tiada rasa sedih ketika ibunya meninggal dunia.
hati terbuka
hati kering
Mua Auk sangat suka bercakap sehingga dia digelar _________
mulut murai
mulut banyak
Hairi mendapat hadiah ___________ kerana memenangi pertandingan Roda Impian.
cepumas
durian runtuh
Ketika cuti panjang, ayah selalu membawa kami ____________ di luar negara bagi menenangkan fikiran.
makan hati
makan angin
Rosli merupakan ____________ pasukan bola sepak sekolah kerana dia selalu menjaringkan gol.
ayam tambatan
anak emas
Sebagai anak, kita tidak boleh ___________ apabila bercakap dengan ibu bapa kita.
angkat suara
angkat bakul
Ketika di dalam kelas, Aura berasa __________ kerana selalu tidur lewat malam.
berat mata
berat hati
Syarikat itu terpaksa __________ kerana jualannya terjejas teruk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
bentang tikar
gulung tikar
Sikap __________ yang sering ditunjukkan oleh Aman telah menyebabkan rakan-rakannya bergaduh antara satu sama lain.
adu domba
busuk hati
"Saya berjaya menjadi jurutera seperti ayah" kata Munir kepada ayahnya.
jejak impian
jejak langkah
Budak yang suka berjalan __________ itu telah terpijak benda tajam ketika melalui semak samun di belakang rumahnya.
kaki ayam
kaki bangku
Oleh sebab sering mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, Ah Chong bersikap __________ dan tidak mahu mengajar kawannya yang lemah.
dahi licin
hidung tinggi
Ayah menerima __________ sebanyak RM5000 daripada majikannya kerana dia sangat rajin.
cepumas
durian runtuh
Kerana terlalu kedekut, Haji Ahmad digelar ________ oleh orang kampung.
tangkai jering
haji bakhil
Cikgu Rajesh sangat sedih kerana akan berpindah sekolah sedangkan banyak _________ beliau di sekolah tersebut menjadi kebanggaannya.
bekas tangan
anak emas
Syidah sudah _________ dengan pendiriannya iaitu dia tetap akan berkahwin dengan Syamsul walaupun dihalang oleh keluarganya.
patah hati
bulat hati
Mei Mei disisihkan oleh rakan-rakannya kerana dia _________ dan pendiam seolah-olah ada emas di dalam mulutnya itu.
mulut lancang
berat mulut
