Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 9 NUTRISI DAN SISTEM PENCERNAAN MANUSIA

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi salur pencernaan?

a)

Mengangkut darah kepada semua bahagian badan

b)

Mencerna dan menyerap nutrien dari makanan yang diambil

c)

Untuk mengawal suhu dalaman badan

d)

Mengkoordinasi tindakan terkawal dan tidak terkawal dalam badan

2.

Antara yang berikut, yang manakah akan dicerna oleh enzim dalam air liur?

a)

Maltosa

b)

Kanji

c)

Protein

d)

Lipid

3.

Antara organ berikut, yang manakah tidak merembeskan enzim pencernaan?

a)

Perut

b)

Duodenum

c)

Pankreas

d)

Ileum

4.

Apakah monomer yang terhasil daripada pencernaan protein?

a)

Asid lemak

b)

Gliserol

c)

Asid amino

d)

Glukosa

5.

Antara yang berikut, yang mnakah merupakan kesan sekiranya sel-sel parietal yang terdapat pada kelenjar gaster gagal untuk berfungsi?

a)

Polipeptida tidak dapat dicernakan

b)

Bakteria dalam makanan tidak dapat dimusnahkan

c)

Pepsinogen tidak dapat ditukarkan kepada pepsin

d)

Medium beralkali di dalam perut tidak dapat dihasilkan

6.

Rajah 2 menunjukkan organ-organ dalam sistem pencernaan manusia.


Namakan enzim yang dihasilkan oleh organ di atas yang terlibat dalam pencernaan lipid.

a)

Amilase

b)

Pepsin

c)

Lipase

d)

Tripsin

7.

Apakah jenis kelas makanan yang dicernakan di dalam perut?

a)

Lipid

b)

Vitamin

c)

Protein

d)

Karbohidrat

8.

Antara yang berikut, persamaan manakah yang mewakili tindak balas yang berlaku dalam duodenum?

a)

Kanji + Air -> Maltosa

b)

Protein + Air -> Polipeptida

c)

Maltosa + Air -> Glukosa

d)

Lipid + Air -> Asid lemak dan gliserol

9.

Rajah di bawah menunjukkan keratan memanjang struktur vilus.


Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang kandungan nutrien dalam salur Y?

a)

Mengandungi kandungan asid amino yang tinggi

b)

Mengandungi kandungan titisan lemak yang tinggi

c)

Mengandungi kandungan titisan lemak yang rendah

d)

Mengandungi kandungan glukosa yang tinggi

10.

Kelas makanan manakah yang memerlukan jus hempedu untuk melengkapkan sistem pencernaan?

a)

Protein

b)

Lipid

c)

Serat

d)

Karbohidrat

11.

Rajah di atas menunjukkan sebahagian organ dalam sistem pencernaan manusia.


Apakah yang berlaku sekiranya organ di atas gagal berfungsi?

I Toksin tidak dapat disingkirkan

II Pendeaminan tidak berlaku

III Glukosa berlebihan tidak dapat ditukarkan kepada kanji

IV Glukagon tidak dapat dihasilkan

a)

I & II

b)

I & III

c)

II & III

d)

III & IV

12.

Antara yang berikut, yang manakah tidak menghasilkan enzim-enzim yang diperlukan untuk pencernaan?

a)

Perut

b)

Usus kecil

c)

Pankreas

d)

Pundi hempedu

13.

Ke arah manakah darah dalam vena portal herpar mengalir?

a)

Dari hati ke pankreas

b)

Dari hati ke jantung

c)

Dari usus kecil ke hati

d)

Dari usus kecil ke pankreas

14.

Pernyataan berikut merujuk kepada satu proses dalam pencernaan.


Proses penggunaan nutrien untuk membentuk sebatian kompleks.


Apakah proses tersebut?

a)

Asimilasi

b)

Penyerapan

c)

Deaminasi

d)

Penyahtinjaan

15.

Antara yang berikut, yang manakah bukan fungsi hati?

a)

Membentuk urea

b)

Menghasilkan hempedu

c)

Merembeskan enzim pencernaan

d)

Mengubah toksin kepada bahan bukan toksik

16.

Apakah fungsi rektum dalam proses penyahtinjaan?

a)

Membentuk tinja

b)

Menyerap air daripada makanan tidak tercerna

c)

Menyimpan tinja buat sementara waktu

d)

Menghasilkan antibiotik

17.

Antara yang berikut yang manakah ialah proses utama yang berlaku dalam kolon manusia?

a)

Penyerapan air

b)

Penyerapan hasil pencernaan makanan

c)

Pencernaan selulosa

d)

Pencernaan protein

18.

Antara makanan-makanan berikut, yang manakah boleh mencegah sembelit?

a)

Kacang dal, limau, ayam rebus

b)

Jus epal, donat aiskrim

c)

Bayam, pisang, epal

d)

Ayam bakar, jus mangga, pisang

19.

Pundi hempedu seorang individu perlu dibuang disebabkan oleh pembentukan batu hempedu di dalamnya, Antara berikut, kelas makanan manakah yang perlu dikurangkan oleh individu tersebut?

a)

Protein

b)

Lipid

c)

Serat

d)

Karbohidrat

20.

Pernyataan berikut merujuk kepada salah satu isu kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan manusia.


Keradangan pada lapisan epitelium perut disebabkan oleh tindakan asid hidroklorik yang menghakis dinding perut.


Apakah isu kesihatan tersebut?

a)

Distrofi otot

b)

Gastritis

c)

Anoreksia nervosa

d)

Refluks asid