Font size
WorksheetsKuiz Cintai Diri
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Sebagai seorang yang sedang meningkat remaja, kita perlu tahu cara __________________ pengaruh dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi kesihatan kita.
menangani
menghargai
melindungi
Menghadkan batasan sentuhan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan dapat memupuk sikap saling ________________antara satu sama lain.
menjauhi
menghormati
mematuhi
Memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata dalam khalayak ramai menunjukkan seseorang perempuan itu menghormati dirinya sendiri dan ________________.
keluarga
kawan
masyarakat
Berikut merupakan kesan seseorang yang tidak menjaga kehormatan diri kecuali
A. masa depan gelap dan menjejaskan pelajaran
B. berani berkata TIDAK kepada perkara negatif
C. menanggung malu dan imej diri tercemar
D. masyarakat akan memandang serong dan sukar mendapat bantuan
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya rakan anda mengajak anda membaca majalah yang mengandungi unsur lucah ?
Membaca bersama-sama
Membuang majalah tersebut
Mengambil dan menyimpan majalah tersebut
Memaklumkan kepada guru disiplin sekolah
'Remaja perlu melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual. Mereka perlu tahu batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan'. Pernyataan ini menunjukkan hak daripada perspektif ...... .
individu
keluarga
masyarakat
dunia
Apakah tingkah laku yang betul apabila menerima video atau gambar lucah?
Sebarluas kepada rakan-rakan lain.
Diam sahaja sekiranya pengirim adalah berjantina sama.
Terus padam dan tidak memberi respon.
Hantar kepada kawan baik sahaja.
Seorang menghubungi anda melalui media sosial dan mengajak anda untuk berjumpa di taman yang berdekatan. Apakah tingkah laku anda yang bijak?
Berjumpanya bersama dengan rakan lain.
Tidak memberi respon dan tidak menerima pelawaannya.
Ajak ibu untuk berjumpa dengannya.
Beranikan diri untuk berjumpa dengannya.
Seorang kawan suka bergurau-senda dan selalu menyentuh bahagian tubuh badan anda menyebabkan anda merasa kurang selesa. Apakah reaksi anda yang paling baik? (Anda boleh pilih lebih daripada satu)
BIar sahaja.
Terus pukul kawan berkenaan.
Maklum kepada kawan ini bahawa anda tidak selesa dengan perbuatannya.
Lapor kepada guru atau kaunselor sekiranya kawan berkenaan masih terus berbuat demikian walaupun sudah dimaklumkan.
Anda telah berkongsi gambar peribadi anda dengan kawan media sosial dan sekarang kawan ini telah mengugut untuk menyebarluas gambar berkenaan sekiranya tidak dibayar jumlah wang tertentu. Apakah tindakan anda yang terbaik? (Boleh pilih daripada satu)
Bayar jumlah wang yang diminta.
Berunding dengannya untuk membayar secara ansuran.
Tutup akaun media sosial.
Buat laporan polis.
