Font size
WorksheetsKUIZ SAINS T5 5.1 & 5.2
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon dan dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu sebatian karbon organik dan sebatian karbon bukan organik. Antara berikut, yang manakah bukan contoh bagi sebatian karbon organik?
Arang kayu
Petroleum
Sutera
Batu Kapur
Kitar karbon mengitarkan unsur karbon melalui proses berikut kecuali _____.
Kenyataan yang manakah adalah tidak benar berkaitan dengan sebatian di bawah.
Formula am bagi siri homolog ialah Cn H2n di mana n = 2,3...
Merupakan sebatian hidrokarbon tepu
Mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon
Nama bagi struktur tersebut adalah propena
Sumber tenaga alternatif menjadi semakin penting untuk membekalkan tenaga dalam kehidupan seharian. Antara berikut, yang manakah bukan contoh bagi sumber tenaga alternatif?
Sumber tenaga biojisim
Sumber tenaga arang batu
Sumber tenaga geoterma
Sumber tenaga gelombang ombak
Kitar karbon mengekalkan kandungan karbon dalam alam semula jadi. Nyatakan proses-proses yang berlaku dalam kitar karbon untuk 1 dan 4.
Fotosintesis dan respirasi
Respirasi dan pereputan
Pembakaran bahan api dan respirasi
Pereputan dan fotosintesis
Alkana ialah contoh bagi hidrokarbon tak tepu kerana alkana mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon (C=C) atau ikatan kovalen ganda tiga di antara atom karbon (C≡C).
Benar
Tidak benar
Kenal pasti nama bagi siri homolog berikut. Tulis jawapan yang betul bagi nombor 1 dalam ruangan yang disediakan.
(a)
Antara berikut, yang manakah penjelasan bagi siri homolog?
Kumpulan sebatian organik yang mempunyai sifat kimia yang sama
Kumpulan sebatian organik yang mempunyai sebatian karbon, hidrogen dan oksigen
Kumpulan sebatian organik yang mempunyai bilangan atom yang sama
Mempunyai jumlah bilangan karbon yang sama
Petroleum merupakan suatu campuran hidrokarbon dan perlu diasingkan sebelum petroleum tersebut dapat digunakan. Apakah kaedah yang perlu dilakukan untuk mengasingkan campuran ini?
Peretakan
Penulenan
Penapisan petroleum
Penyulingan berperingkat
Kenal pasti ciri homolog berdasarkan kenyataan yang diberikan:
1) Sebatian hidrokarbon tepu.
2) Mempunyai ikatan kovalen tunggal di antara atom karbon.
3) Formula am ialah; Cn H2n+2 dimana n = 1,2,3...
Ester
Alkohol
Alkana
Alkena
