NEW
Font size
Worksheetsteknologi untuk kita
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Tumbuh mencelah pokok selasih,
Tumbuh sekata di tepi telaga;
Kawasan sekolah perlulah ___________,
Keselesaan kita akan terjaga.
bersih
kotor
Limau bali beli di kota,
Buah betik juga pulasan;
Ceria sekali sekolah _______,
Bunga cantik menjadi hiasan.
insan
kita
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Kerat pantun yang berwarna merah merupakan ..........
Permulaan
Pembayang
Maksud
Soalan
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Kerat pantun yang berwarna hijau merupakan .........
Permulaan
Pembayang
Maksud
Soalan
Burung merpati hinggap di dahan,
Cantiknya amat putih _________.
Berhati-hati wahai Wei Han,
Moga selamat sampai ke mari.
berseri
selamat
Anak Pak Dollah menanam ciku,
Menanam ciku dan juga kuini;
Rajin-rajinlah membaca buku,
Membaca buku amalan _____________ .
murni
baik
ikhlas
rajin
Buah bidara buah duku,
Bawa ke kota sebakul cuma;
Ai Lin gembira mendapat buku,
Buku cerita dibaca ______________ .
seorang
bersama
kawan
sendiri
Aktiviti ( Rujuk Buku Teks )
Membina pantun empat kerat dan melafazkannya dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
Pak Tahir membawa timba,
Timba lama berisi paku;
Hari lahir menjelang tiba,
Ai Lin terima hadiah ___________ .
basikal
duit
buku
beg
Ikan kerapu dari seberang,
Jual di kota sangatlah laku;
cahaya lampu sungguh ____________,
Mudahnya kita membaca buku.
pergi
terang
sini
Pergi ke kedai membali halia,
Halia dibeli bersama serai;
Rajin belajar amalan _________,
Agar menjadi orang yang pandai.
baik
mulia
saya
Singgah sebentar di pekan Chini,
Membeli rebung dan pisang rastali;
Telefon pintar inovasi _________,
Kita berhubung mudah sekali.
sampan
terkini
kayu
Lompat si katak lompat,
Lompat dalam perigi;
Cepat adik cepat,
Pergi mandi gosok _________.
gigi
tangan
kaki
Durian atas titi,
Pisang dalam dulang;
Sukanya rasa __________,
Ayah sudah pulang.
gembira
sedih
hati
Pokok berembang di pinggir desa,
Di tanah lapang tumbuh kuini;
Kapal terbang tinggi di ____________,
Membawa penumpang ke sana sini.
angkasa
bahaya
pulang
Terbang kenari nun di sana,
Mencari makan tiada berteman;
Buku memberi ilmu berguna,
Menjadi rujukan sepanjang _____________ .
hari
minggu
masa
zaman
