WorksheetsMPU23142: Topik 1 dan 2 PENDIDIKAN MORAL
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pernyataan berikut adalah benar mengenai aspek moral dalam Wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara KECUALI
Bahasa alternatif yang digunakan adalah bahasa Inggeris.
Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar rasmi dan digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan universal percuma selama 9 tahun iaitu Pendidikan sekolah rendah selama 6 tahun dan Pendidikan sekolah menengah selama 3 tahun.
Di antara falsafah pendidikan negara bertujuan untuk memperkembangkan lagi potensi individu,mewujudkan insan yang seimbang, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Pendidikan negara diusahakan dengan giat untuk mencapai beberapa matlamat yang ditetapkan. Di antara matlamat-matlamat yang lebih penting adalah seperti berikut KECUALI
Memperbanyakkan masyarakat yang berpengetahuan.
Mempertingkatkan produktiviti individu.
Melahirkan masyarakat yang selaras dengan aspirasi dan hasrat negara seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
Sebagai alat strategi dalam dasar ekonomi baru.
Perkara utama yang membezakan Pendidikan Moral di peringkat sekolah menengah dan IPT adalah
Nilai-nilai murni
Pengurusan masa
Pengurusan ekonomi
Etika bidang yang akan diceburi
Perkataan Moralis berasal daripada bahasa ............... yang bermaksud .............
Arab – Tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila masyarakat
Latin – Tingkah laku manusia dalam masyarakat sama ada benar atau salah
Greek – Tingkah laku manusia dalam masyarakat sama ada benar atau salah
Latin – Tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat
Suganthi merupakan seorang pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi. Beliau juga seorang yang bersikap lemah lembut dan sentiasa menghormati ibu bapa serta guru-gurunya. Tingkah laku ini merujuk kepada ...............
Konsep akhlak
Konsep kemoralan
Konsep pendidikan moral
Konsep agama/kepercayaan
Menurut ................... seseorang itu sepatutnya melakukan tindakan yang banyak menghasilkan kebaikan atau keseronokan. Kelemahan teori ini ialah membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapai keseronokan, menghadkan keseronokan dan kebahagiaan serta ada keseronokan yang berbentuk jahat.
Teori Egoisme
Teori Deontologi
Teori Utilitarianisme
Teori Eksistensialisme
Antara yang berikut BENAR tentang etika KECUALI
Ilmu berkaitan prinsip-prinsip akhlak, moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesebuah kumpulan.
Sains moral yang mengkaji nilai-nilai moral yang baik dalam masyarakat.
Norma, nilai dan kaedah- yang mengatur tingkahlaku manusia meliputi aspek baik dan buruk.
Set peraturan tingkah laku untuk melicinkan perjalanan sesebuah pentadbiran atau pengurusan
Perkataan akhlak membawa maksud yang berikut KECUALI
Budi pekerti seseorang individu.
Semua bentuk kelakuan samada baik atau buruk.
Kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang itu.
Semua bentuk kelakuan yang diiktiraf benar oleh masyarakat.
Pilih pernyataan yang BENAR mengenai moral dan akhlak
Moral adalah tingkah laku atau peraturan untuk hidup bermasyarakat.
Moral merupakan sesuatu amalan baik yang diamalkan oleh seseorang.
Akhlak didefinisi sebagai tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, watak.
Akhlak berasal daripada perkataan Arab dan digunapakai untuk tingkah laku yang baik sahaja.
Perkembangan niali-nilai mulia dalam individu boleh dianalisa dalam tiga peringkat hidup KECUALI
Peringkat dalam kandungan
Peringkat bayi dan kanak-kanak
Peringkat remaja
Peringkat dewasa
