Font size
WorksheetsPERNIAGAAN ULANGKAJI BAB 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara yang berikut, pernyataan manakah menerangkan maksud visi?
ia merupakan sebab perniagaan ditubuhkan
matlamat organisasi untuk jangka masa pendek
apa yang ingin dicapai dalam jangka masa panjang
dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang
Maklumat yang berikut merupakan pernyataan visi sebuah organisasi perniagaan.
'visi : menjadi syarikat pengeluar produk A yang terunggul di Malaysia
Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar tentang visi di atas
kerajaan memerlukan visi untuk tujuan pengutipan hasil cukai
pekerja-pekerja memerlukan visi untuk menyokong usaha mereka
pengurus menjadikan visi sebagai panduan untuk membuat keputusan
pemilik memerlukan visi untuk memastikan keuntungan dapat dimaksimumkan
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang objektif?
menggariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi
menjadi garis panduan dalam pengurusan perniagaan
matlamat atau sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi
tujuan atau matlamat utama perniagaan itu dibentuk oleh peniaga
Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?
Kedai Runcit Rahman
Syarikat Pertama Berhad
Majlis Perubatan Malaysia
Koperasi Pengangkutan Pahang Berhad
Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. apakah maksud spesifik?
jangka masa sesuatu objektif perlu dinyatakan secara tepat
objektif yang dibentuk perlu dinyatakan dengan jelas dan bersistem
setiap objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik
objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh yang diberikan
pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu ciri objektif.
jika kita hendak membentuk objektif, maka objektif yang dibentuk itu mestilah bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan.
apakah ciri yang dimaksudkan?
spesifik
realisitik
boleh diukur
boleh dicapai
antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri objektif yang baik?
dibuat secara umum
boleh diterjemahkan
mempunyai satu tarikh tertentu
mempunyai sasaran yang boleh dicapai
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan visi yang tepat?
sekolah dapat mengekalkan kelulusan 100% setiap tahun
menjadi sekolah terbaik di daerah Gombak menjelang 2020
melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah
melahirkan para graduan yang berdaya saing dan mampu mengurus dengan baik
Encik Jasmi telah menubuhkan perniagaan kraftangan di Merlimau, Melaka pada 1 Julai 2016. Apakah visi yang sesuai bagi perniagaan Encik Jasmi?
jualan sebanyak 50 unit bakul rotan sebulan
melahirkan pekerja yang mahir membuat bakul rotan
menghasilkan pengeluaran sebanyak 200 unit sebulan
untuk menjadi sebuah perniagaan yang disegani dan dicontohi
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan objektif kepada perniagaan?
Mengena lpasti tujuan penubuhan
mengenal pasti sasaran yang ingin dicapai
membantu perniagaan membuat perancangan
memudahkan perniagaan menilai prestasi perniagaan
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi.
Meningkatkan pembayaran gaji
Membawa masuk teknologi baru
Meningkatkan bilangan kakitangan
Mengadakan latihan dan pembangunan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Antara yang berikut, yang manakah merupakan elemen dalam perancangan strategik?
Pembentukan misi
Pembentukan objektif
Pembentukan taktik
Pembentukan strategi
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif Syarikat Baju Abadi.
Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 2 tahun
Nyatakan ciri-ciri SMART yang ada dalam pernyataan objektif tersebut.
Boleh diukur dan spesifik
Munasabah dan jangka masa
Boleh diukur dan jangka masa
Munasabah dan boleh diukur
Antara yang berikut, manakah merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi perubahan matlamat sesebuah perniagaan?
Perpaduan kaum
Teknologi yang canggih
Ekonomi yang melambung
Sumber kewangan yang banyak
Rajah menunjukkan publisiti di sebuah akhbar.
Apakah objektif syarikat yang mendorong kepada pengiktirafan tersebut?
Menyediakan perkhidmatan penerbangan ke negara-negara Eropah dua kali seminggu
Memastikan pengurusan pentadbiran syarikat diiktiraf 5 bintang
Memberikan harga tiket 10% lebih murah berbanding syarikat lain
Menukar pesawat setiap 10 tahun sekali
Manakah bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang mengalami pertumbuhan?
Pemilik mengubah lokasi perniagaan
Pemilik meningkatkan bilangan pekerja
Hasil meningkat dari semasa ke semasa
Pemilik membawa masuk modal tambahan
Apakah maksud berdaya saing perniagaan?
Jenama produk mendapat sambutan di pasaran
Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik
Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan
Berdasarkan rajah 2 di bawah, apakah peranan pihak di peringkat X dalam organisasi?
Apakah peranan pihak di peringkat X dalam organisasi?
Mengawal pekerja di bahagian operasi
Mengagihkan sumber-sumber organisasi
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti khusus
Menentukan hala tuju jangka panjang organisasi
Pernyataan di bawah merujuk kepada kesan kegagalan perniagaan mencapai matlamat dan objektif.
Kegagalan mendapatkan untung boleh menjejaskan imej perniagaan
Apakah kesannya terhadap perniagaan?
Sukar untuk mendapat pembiayaan bank
Terpaksa membayar pembekal secara tunai
Pengguna tidak akan membeli produk syarikat
Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
