wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TING 3 AYAT CAKAP AJUK & AYAT CAKAP PINDAH

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

"Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.

a)

Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

b)

Ali menerangkan kepada Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

2.

"Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.

a)

Guru itu berkata bahawa penipisan ozon berlaku kerana dunia pada hari ini semakin panas

b)

Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

3.

"Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu

a)

Guru disiplin itu menyuruh Raju memberi sebab datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

b)

Guru disiplin itu bertanya mengapa Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

4.

"Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim

a)

Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

b)

Mak Chan menyuruh Cik Lim supaya makan kuih itu.

5.

"Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu

a)

Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

b)

Doktor tersebut meminta pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

6.

"Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.

a)

Fai Jun Pui berjumpa Sally sambil bertanyakan khabar.

b)

Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

7.

"Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.

a)

Mak Tan memberitahu Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

b)

Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

8.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.

a)

Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja

b)

Salim bertanyakan masalah Nizam kerana dia kelihatan muram sahaja

9.

"Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?" kata Mawi kepada Felix .

a)

Dengan kagum Mawi memberitahu bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada Felix

b)

Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil Felix memberitahu nama mee tersebut

10.

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh kepada Ani.

a)

Salleh memberitahu kepada Ani tentang rancangannya itu.

b)

Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.